Anda di halaman 1dari 46

Nota M1

PBK3063:
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KELOMPOK
MHD SHOKKERI BIN HJ. ISMAIL
IPG KAMPUS DARULAMAN, JITRA, KEDAH

K-Shok 2014

1. Pengenalan Asas
Bimbingan dan Kaunseling
Kelompok

K-Shok 2014

KANDUNGAN KULIAH HARI INI


1.1 Definisi Kelompok
1.2 Konsep kelompok
1.3 Jenis Kelompok
1.3.1 kelompok bimbingan
1.3.2 kelompok kaunseling
1.3.2 kelompok psikoterapi
1.4 Jenis kaunseling Kelompok
1.4.1 Berstruktur
1.4.2 Tidak Berstruktur
1.5 Kelebihan dan kekurangan kaunseling
kelompok
(2Jam)

K-Shok 2014

Hasil Pembelajaran:
1. Menjelaskan konsep bimbingan dan
kaunseling Kelompok

2. Membincangkan kelebihan dan kekurangan


kaunseling kelompok
RUJUKAN
1. Corey,G. (2012). Theory and practise of group Counseling
2. Ibrahim Ahmad. (2002). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah
3. Sapora Sipon. (2012). Kaunseling Kelompok
4. Sapora Sipon. (2003). Pengenalan Kaunseling Kelompok

K-Shok 2014

1.1 Definisi Kelompok


Perkataan kelompok mempunyai maksud yang
berbeza-beza. New World Dictionary oleh
Webster memberi enam definisi 'group'
bermula daripada "beberapa orang atau benda
yang berlonggok setempat dengan jumlah yang
boleh dibilang", hingga kepada penggunaan
yang dipakai oleh Tentera Udara Amerika
Syarikat yang menunjukkan seunit empat
pasukan kapal terbang yang sama jenisnya.

K-Shok 2014

1.2 Konsep Kelompok


Kamus Dewan (2002), menyatakan
'Kelompok ialah himpunan (beberapa
orang, binatang, benda dan lain-lain),
kumpulan (yang kecil bilangannya,
jumlahnya dan sebagainya), gugusan
(awan, bintang).

K-Shok 2014

1.3 Jenis Kelompok


Kewujudan kelompok dalam perhubungan membantu
membenarkan lebih ramai ahli melibatkan diri dalam
proses kelompok pada satu-satu masa. Terdapat
pelbagai jenis kelompok dapat dilaksanakan. Antara
jenis-jenis kelompok ialah:
1. Kelompok tugasan
2. Kelompok bimbingan
3. Kelompok perkembangan ataupun pengalaman
4. Kelompok bantu diri
5. Kelompok psikoterapi
6. Kelompok kaunseling ataupun terapeutik

K-Shok 2014

Menurut Mahler (1971), kelompok-kelompok


ini dibezakan oleh beberapa aspek seperti:
1. Tujuan kelompok itu diadakan
2. Saiz kelompok
3. Pengurusan kandungan perbincangan
kelompok
4. Tempoh jangka hayat kelompok
5. Tanggungjawab pemimpin
6. Tahap keseriusan masalah
7. Kecekapan ataupun keterampilan pemimpin
Mahler, M. S. (1971). A study of the separation and individuation process.
The Psychoanalytic study of the child, 26, 403-422. New York: Quadrangle.
K-Shok 2014

Jenis kelompok pilihan:


1. Kelompok bimbingan
2. Kelompok kaunseling
3. Kelompok psikoterapi

K-Shok 2014

Kelompok Bimbingan
Menurut Trotzer (1985), kelompok bimbingan
membekalkan maklumat dan kemahiran yang
berguna secara peribadi dan menggalakkan
interaksi interpersonal, perbincangan dan perkongsian demi membantu ahli kelompok
memahami diri, perkembangan dan dunia
mereka. Semua ini dapat memudahkan proses
membuat keputusan secara berkesan,
penyesuaian diri yang lebih bermakna dan
perkembangan peribadi yang memuaskan.
Trotzer, J. P. (1985). Interpersonal problem solving. The group counseling approach.
Dalam R.K. Conyne (ed.). The group workers handbook. Varieties in group
experience. Ms 99-112. Springfield, II: Charles C. Thomas.
K-Shok 2014

10

Zuraidah (2004), kelompok bimbingan atau


psychoeducational juga diertikan sebagai aktiviti kumpulan
yang memfokuskan kepada menyedia dan menyebar
maklumat melalui aktiviti kumpulan yang terancang.
Brown,1997 (dalam Gladding, 1999) mengatakan kerja
kumpulan psychoeducational menekankan penggunaan
kaedah pendidikan untuk memperoleh maklumat dan
membangunkan kemahiran berkaitan yang bermakna.
(Contohnya mengadakan orientasi pelajar baru, penjelajahan kerjaya,
melawat institusi pendidikan dan memberi maklumat institusi pengajian
tinggi). Mengikut Gazda (1978), kelompok bimbingan diatur untuk
mengelakkan timbulnya pelbagai masalah.
Gladding, S. T. (1999). Group work: A Counseling specialty (3rd Edition).
Upper Saddle River, NJ: Pearson Education Inc.
Gazda. G.M. (1978). Group counseling: A Developmental Approach (2nd Ed.)
Boston: Allyn and Bacon.
K-Shok 2014

11

Kelompok bimbingan mengikut Gibson & Mitchell


(2008), merupakan aktiviti kelompok yang memberi
fokus penyediaan maklumat atau pengalaman
melalui satu aktiviti kelompok yang terancang.
Kelompok bimbingan mempunyai peranan yang
hampir sama dengan kelompok kaunseling iaitu
membantu ahli-ahli kelompok, tetapi amat berbeza
dari persoalan masalahnya serta membina
kemahiran-kemahiran untuk membuat pilihan dan
pertimbangan pada setiap tahap perkembangan
hidupnya (Mohamed Mansor Abdullah dan Siti
Nordinar Mohd Tamin, 1989). Tujuan kelompok
bimbingan bersifat pendidikan, vokasional, peribadi
kerjaya dan pendekatan memberi pertolongan.
K-Shok 2014

12

K-Shok 2014

13

Kelompok Kaunseling
Zuraidah (2004), kelompok kaunseling dilihat sebagai
proses penyesuaian diri dengan menggunakan
pengalaman-pengalaman dalam kelompok sebagai
penggalak perkembangan diri ahli. Kaunseling
kelompok memfokuskan aktiviti kepada kaedah
menolong ahli untuk mengatasi kebimbangan biasa
yang dihadapi sehari-hari. Aktiviti mungkin tertumpu
kepada pembetulan tingkah laku membina kemahiran
perhubungan di antara individu, membuat keputusan,
membina sikap dan nilai yang sihat.

K-Shok 2014

14

Kelompok Kaunseling

Kelompok kaunseling bersifat pencegahan, pertumbuhan


dan pemulihan. Fokus utama kelompok kaunseling ialah
perubahan tingkah laku setiap individu dan
perkembangan serta perubahan yang berlaku dalam
kelompok. Keutamaan diberikan semasa interaksi ahli
untuk penyelesaian masalah (ASGW dalam Posthuma,
1999). Kelompok ini menekankan dinamika kelompok
dan perhubungan yang berbentuk interpersonal.
Kebiasaannya, tajuk yang dibincangkan dalam kelompok
kaunseling adalah bersifat perkembangan atau situasi
seperti pendidikan, sosial, kerjaya dan peribadi.

K-Shok 2014

15

Kelompok Kaunseling

Sementara itu, Gibson dan Mitchell (dalam Zuraidah Abdul Rahman,


1999) menjelaskan kelompok kaunseling merupakan proses
penyesuaian diri dengan menggunakan pengalaman-pengalaman
dalam kelompok sebagai penggalak perkembangan diri ahli-ahli.
Mahler dalam Mohd Mansor Abdullah dan Sid Nordinar Abdullah,
1998) pula mengatakan kaunseling kelompok sebenarnya
menumpukan perhatian yang lebih terhadap individu daripada pokok
permasalahan. Mohd Mansor dan Siti Nordinar Mohd Tamin (1998),
mengatakan kaunseling kelompok merupakan proses pemulihan
dan mempercepatkan masalah individu itu diputus atau diatasi
bersama kelompoknya. Kebaikan utama kelompok kaunseling ialah
interaksi interpersonal, tindak balas dan sumbangan pengalaman
ahli-ahli dari semasa ke semasa sewaktu sesi kelompok dijalankan.

K-Shok 2014

16

K-Shok 2014

17

Gazda, Duncan dan Meadows (1967) menyatakan kaunseling


kelompok ialah suatu proses antara individu dinamik yang
mementingkan fikiran dan tingkah laku secara sedar. Fungsi
terapinya terletak pada suasana yang permisif, percayamempercayai, faham-memahami, penerimaan dan sokongan.
Fungsi terapi wujud dalam satu kumpulan kecil yakni ahliahlinya rela berkongsi masalah peribadi dengan ahli-ahli sebaya
yang lain dan kaunselor mereka. Ahli-ahli pada dasarnya terdiri
daripada individu yang biasa atau normal yang mana masalahmasalah mereka tidak memerlukan perubahan personaliti yang
meluas. Ahli boleh menggunakan interaksi dengan individu lain
dalam kumpulan itu untuk meningkatkan fahaman dan
penerimaan nilai-nilai dan matlamat-matlamat hidup atau
mengikis sikap dan tingkah laku yang tidak diingini.

K-Shok 2014

18

Trotzer, J.P. (1977) mentakrifkan kaunseling


kelompok sebagai perkembangan suatu
perhubungan antara individu. Perhubungan ini
mempunyai ciri seperti kepercayaan, penerimaan,
hormat-menghormati, kemesraan, komunikasi dan
fahaman. Kumpulan ini terdiri daripada seorang
kaunselor dan beberapa orang klien yang bertemu
dengan tujuan menolong antara satu sama lain untuk
menghadapi masalah-masalah dalam hidup serta
mencari, memahami dan melaksanakan cara-cara
untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

K-Shok 2014

19

Ohlsen, M.M. (1977), menyatakan


kaunseling kelompok ialah suatu
perhubungan unik yakni klien berasa
selamat membincangkan apa jua
perkara yang membimbangkan mereka
serta untuk mengenal pasti tingkah laku
baharu yang diingini, mengamalkan
kemahiran-kemahiran antara individu
yang asas dan melakukan tingkah laku
yang baharu.

K-Shok 2014

20

Berg dan Johnson (1971), mentakrifkan kaunseling


kelompok merupakan suatu proses dinamik; interindividu
dan intraindividu yang pada mulanya merupakan perasaanperasaan dan tingkah laku ahli-ahli dalam kumpulan.
Ketuanya ialah seorang kaunselor terlatih yang berupaya
mewujudkan suasana percaya-mempercayai, terbuka,
bertanggungjawab dan saling bergantung antara satu sama
lain melalui proses-proses terapi seperti faham-memahami,
penerimaan dan pengurusan konflik. Kumpulan ini terdiri
daripada ahli-ahli normal yang berhajat mencari fahaman
yang lebih mendalam tentang diri sendiri serta orang lain
agar mereka lebih berupaya mengendalikan situasi-situasi
perkembangan.

K-Shok 2014

21

Hansen, Warner dan Smith (1980), menghuraikan


kaunseling kelompok sebagai suatu perhubungan
antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau
ahli-ahli. Fokusnya adalah pada pencegahan dan
rawatan. Kaunseling pencegahan menolong ahliahlinya menyelesaikan masalahnya sebelum
masalah tersebut bertambah rumit. Bagi individu
yang menghadapi masalah serius, kaunseling
kelompok boleh menggerakkannya untuk berubah.
Kumpulan ini adalah lebih berkesan kerana
seseorang ahli akan berasa lebih selamat serta lebih
rela menerima maklum balas daripada rakan
sebayanya.
K-Shok 2014

22

McLeod, J. (2007), menjelaskan


kaunseling kelompok sebagai proses
menggunakan intervensi kelompok
untuk memudahkan pemahaman diri
dan juga perubahan tingkah laku
individu.

K-Shok 2014

23

Kelompok Psikoterapi
Kelompok psikoterapi bersifat merawat dan memberi
tumpuan kepada ahli yang mengalami gangguan
psikologi. Tujuan utama kelompok psikoterapi adalah
membentuk semula melalui analisa mendalam,
ataupun memperbaiki melalui pelbagai kaedah
rawatan, personalia ataupun fungsi intrapersonal ahli
yang terlibat dalam kelompok itu (Brammer, Abrego &
Shostrom,1993). Saiz kelompok adalah antara 2
hingga 12 ahli dan tempoh rawatan mungkin
menjangkau beberapa bulan ataupun tahun
bergantung pada keseriusan masalah pesakit yang
terlibat.
K-Shok 2014

24

Klien bagi kelompok psikoterapi terdiri daripada


mereka yang mengalami gangguan mental dan
menepati mana-mana diagnosis dalam Diagnotic
Statistical Manual of Mental Disorder atau DSMIV.
Klien dalam kategori ini mungkin mengalami
kecelaruan serius seperti kebimbangan serius,
depresi, kecelaruan identiti, dan lain-lain.
Lazimnya kecelaruan ini dihidapi bagi jangka
masa yang panjang dan pesakit memerlukan
rawatan lebih intensif bagi masa yang lebih lama.

K-Shok 2014

25

Melibatkan profesional terlatih dalam


pelbagai bidang perubatan dan kesihatan
mental. Lazimnya pemimpin kelompok ini
adalah ahli psikiatri ataupun ahli psikologi
yang terlatih dan berlesen. Mungkin juga
dilaksanakan oleh kaunselor kesihatan
mental yang mendapat latihan khas dalam
bidang kesihatan mental.

K-Shok 2014

26

Ia biasa dijalankan di setting hospital, pusat


kesihatan mental ataupun melalui programprogram rawatan pesakit luar. Dalam setting
hospital dan pusat kesihatan mental,
berkemungkinan ahli kelompok atau pesakit
bertemu setiap hari bagi membolehkan pemimpin
memantau perkembangan pesakit. Keadaan
pesakit yang dirawat dalam setting ini adalah agak
serius. Namun sesudah pesakit beransur baik,
mereka mungkin hanya perlu menghadirkan diri ke
sesi kelompok seminggu sekali melalui program
rawatan pesakit luar sahaja.
K-Shok 2014

27

Dalam kelompok psikoterapi lazimnya ahli mempelajari


kemahiran coping, pengurusan diri dan emosi,
interpersonal dan cara-cara menangani isu masa
lampau. Namun, ini semua bergantung pada tahap
keseriusan kecelaruan mental yang dialami. Kelompok
psikoterapi lebih mencabar kerana pemimpin tidak dapat
menjangka apa yang berlaku dengan tepat. Ia juga melibatkan sensitiviti yang tinggi supaya pemimpin
memahami masalah dan perkembangan ahli dengan
lebih tepat. Ini juga bermakna kelompok psikoterapi
bergantung kepada struktur yang jelas dan kemahiran
pemimpin yang tinggi.

K-Shok 2014

28

Kelompok psikoterapi menangani masalah kehidupan individu


untuk penyesuaian yang bersifat kronik. Kelompok ini bersifat
penyembuhan dan menekankan bantuan kepada individu yang
mengalami masalah yang serius. Individu pertama yang memimpin
kelompok terapi dan menerangkan teknik-tekniknya dengan jelas
ialah Irwin Yalom. Beliau menjelaskan kelompok terapi merupakan
sejenis rawatan berdasarkan model interpersonal dalam
perkembangan manusia. Konsep ini telah dibuktikan dengan jelas
oleh Harry Stack Sullivan (1940, 1995). Terapi kelompok
menyediakan pengalaman dengan individu yang membuat
penyesuaian serius, masalah emosional atau keperluan
perkembangan. Terapi kelompok berbeza daripada kelompok
kaunseling berdasarkan jangka masa dan masalah individu yang
terlibat.

K-Shok 2014

29

Zuraidah Abdul Rahman (1999) pula mengatakan


kelompok terapi menyediakan pengalaman-pengalaman
yang mendalam bagi individu yang menghadapi
masalah penyesuaian diri, emosi dan masalah-masalah
perkembangan diri yang serius. Ia berbeza dengan
kelompok kaunseling dari segi jangka masa, seting dan
pengkongsian masalah. Ini disebabkan kelompok terapi
membincangkan masalah peribadi yang mendesak,
mendalam dan serius serta mengambil masa yang agak
panjang. Selalunya, tempoh masa rawatan lebih lama
daripada kelompok kaunseling dan kelompok kerja.

K-Shok 2014

30

Salah satu contoh kelompok psikoterapi ialah kelompok


yang mengendalikan masalah penderaan. Individu
yang mengalami penderaan seringkali menghadapi
kesukaran membentuk perhubungan yang selesa
dengan orang lain.
Contoh terapi Kelompok Psikoterapi ialah:
i. Klien yang didiagnosis sebagai mempunyai
kecelaruan emosi.
ii. Remaja dalam pusat pemulihan.
iii. Individu yang mempunyai masalah kecelarauan
pemakanan atau penagihan dadah.
iv. Individu yang didera secara seksual.
K-Shok 2014

31

1.4 Jenis Kaunseling


Kelompok
Berstruktur (Structured)
Tidak Berstruktur (Unstructured)

K-Shok 2014

32

1.5 Kelebihan dan kekurangan


kaunseling kelompok
Kelebihan:
1. Ahli-ahli boleh menerokai cara mereka berhubungan
dengan ahli-ahli lain serta mempelajari kemahirankemahiran sosial yang berkesan.
2. Suasana kelompok memberikan sokongan kepada
tingkah laku baharu dan menggalakkan ahli-ahli
mencuba tingkah laku tersebut. Seterusnya, ahli akan
memutuskan sama ada hendak menerapkan kelakuan
baharu dalam hidup mereka atau sebaliknya.
K-Shok 2014

33

3. Pelbagai jenis sahsiah dapat ditemukan. Ahli akan


mendapat maklum balas yang pelbagai jenis
daripada individu-individu yang berlainan. Hal ini
akan mendorong seseorang individu melihat dirinya
dari pelbagai segi.
4. Faktor-faktor dalam kelompok boleh mendorong
perkembangan peribadi. Contohnya, ahli
berpeluang mempelajari tentang diri sendiri melalui
pengalaman orang lain, mengalami kemesraan
yang mendorong pendedahan kendiri dan cuba
menyelesaikan setiap masalah sendiri dan juga
masalah orang lain sebagai suatu tanggungjawab
bersama.
K-Shok 2014

34

5. Kaunseling kelompok dapat menguruskan


lebih ramai peserta pada satu-satu masa
berbanding kaunseling individu. Ini bermakna
kaunselor kelompok dapat menjangkau lebih
ramai klien dalam jangka masa yang spesifik.
Kaedah ini lebih menjimatkan masa, kos dan
tenaga kaunselor kerana lebih ramai klien
yang dapat dibantu dalam masa yang terhad.

K-Shok 2014

35

6. Kaunseling kelompok adalah perwakilan


kehidupan sebenar bagi ahli kelompok.
Manusia hidup dalam kelompok dan
berinteraksi secara aktif dalam kelompok
mereka tersendiri. Tiada siapa yang dapat
menjalani kehidupan berseorangan. Oleh itu
kelebihan kaunseling kelompok adalah ia
menyediakan suasana yang hampir sama
dengan realiti.

K-Shok 2014

36

7. Ahli-ahli dalam kelompok dapat membekalkan


sokongan dan empati yang diperlukan sesama
mereka. Sistem sokongan yang terhasil mampu
menggalakkan ahli mem-beri komitmen yang
serius kepada perkembangan peribadi dan
kelompok. Suasana terapeutik ini menggalakkan
ahli meneroka masalah mereka dengan
mendalam. Ia juga menggalakkan ahli berkongsi
dengan lebih terbuka ber-kaitan isu-isu yang
peribadi ataupun sensitif.

K-Shok 2014

37

8. Melalui kaunseling kelompok, ahli-ahli


kelompok dapat memilih alternatif yang
dirasakan bersesuaian kerana wujudnya banyak
pilihan alternatif hasil sumbangan ahli kelompok
yang lain. Di samping itu ahli dapat menilai
keberkesanan dan kesesuaian alternatif yang
dipilihnya bagi menangani sesuatu masalah.
Ahli menerima komen daripada ahli lain
berkaitan kelebihan dan kekurangan sesuatu
alternatif yang diambil.

K-Shok 2014

38

Kelemahan :
1. Kelompok bukan merupakan sesuatu
yang boleh menyelesaikan semua masalah.
2. Adanya tekanan untuk mematuhi normanorma kelompok yang mungkin membawa
unsur paksaan dari segi seseorang ahli.
Unsur paksaan tidak sejajar dengan konsep
kaunseling.

K-Shok 2014

39

3. Setengah-setengah ahli menjadi terlalu


bergantung pada ahli-ahli kelompok. Setiap masalah
yang dihadapi walaupun kecil, seharusnya
dikemukakan dengan harapan diselesaikan oleh
kelompok.
4. Bukan semua individu didapati sesuai bagi
kaunseling kelompok. Ada yang terlalu agresif, yang
mirip untuk mengesyaki orang lain atau terlalu
mudah tersinggung perasaan. Individu-individu
seperti ini mungkin tidak dapat berfaedah daripada
sesi-sesi kelompok.
5. Ada ahli-ahli yang menggunakan situasi kelompok
untuk meluahkan perasaan dan masalahnya untuk
mendapatkan empati tetapi tidak serius untuk
bertindak ke arah penyelesaian masalahnya.
K-Shok 2014

40

6. Walaupun kaunseling kelompok dianggap


lebih mudah dijalankan, tetapi kehadiran ramai
ahli dalam kelompok menyebabkan timbul
tingkah laku yang pelbagai ragam. Ahli yang
pelbagai memerlukan pemimpin memahami gaya
hidup dan dinamik yang berlainan di kalangan
ahli. Ini ada kalanya menyukarkan pemimpin
kelompok mengawal keadaan terutama apabila
timbulnya konflik yang serius. Kaunselor
kelompok perlu memiliki pengalaman yang luas
dalam pengendalian kelompok supaya dapat
menangani kelompok dengan efektif.
K-Shok 2014

41

7. Ahli dalam kelompok secara amnya mendapat


kurang perhatian berbanding klien dalam sesi
individu. Ahli terpaksa berkongsi masa sesi
bersama beberapa orang ahli lain yang masingmasing mempunyai madamat sendiri. Masalah
timbul apabila tidak ada keseimbangan daripada
segi masa yang diluangkan bagi setiap ahli.
Mungkin ada ahli yang mendominasi sesi dengan
mengambil masa sesi bagi menyelesaikan masalah
peribadinya. Akibatnya ada ahli yang kurang puas
hati dengan perjalanan sesi kerana kurang
mendapat peluang berkongsi masalah.

K-Shok 2014

42

8. Ahli kelompok mungkin terpengaruh ataupun mempengaruhi ahli lain. Dinamik kelompok bergantung
kepada interaksi antara ahli. Tugas pemimpin
kelompok adalah menentukan supaya tiada ahli yang
terpaksa menerima pengaruh ahli lain. Ahli perlu
digalakkan membuat keputusan sendiri walaupun
mereka dihidangkan dengan pelbagai nasihat,
cadangan dan pandangan daripada ahli lain. Ada
kalanya pemimpin sukar menentukan sama ada pilihan
klien terhasil akibat daripada pertimbangannya sendiri
ataupun kerana terpengaruh dan terpaksa mengikut
kata ahli-ahli lain.

K-Shok 2014

43

9. Kaunseling kelompok bukannya sesuai untuk


semua individu. Individu yang memberi risiko kepada
ahli lain seperti yang agresif, suka memanipulasi,
memudaratkan ahli lain secara fizikal ataupun
psikologi tidak sepatutnya dilibatkan dalam sesi
kaunseling kelompok. Ahli yang mengalami sakit
mental, ketidakstabilan emosi yang teruk,
berkecenderungan membunuh diri ataupun
berkemungkinan menghalang progres kelompok
secara serius juga tidak sesuai menjadi ahli kelompok.
Pemimpin perlu melakukan proses penapisan ataupun
screening secara teliti sebelum menerima individu
sebagai ahli kelompok.
K-Shok 2014

44

10. Ada klien yang lebih sesuai menghadiri kaunseling individu.


Ini biasanya ditentukan oleh intensiti dan sensitiviti sesuatu
masalah. Lazimnya, klien yang mempunyai masalah yang serius
memerlukan lebih tumpuan daripada kaunselor dan memerlukan
masa yang khas bagi meluahkan masalahnya. Dalam
kaunseling kelompok, pemimpin tidak dapat menumpukan masa
kepada seorang ataupun dua orang klien sahaja. Masa perlu
dibahagikan sama rata. Di samping itu, klien yang mempunyai
masalah yang terlalu sulit dan sukar dikongsi dengan individu
lain juga memerlukan sesi individu. Masalah yang berkaitan
dengan maruah biasanya tidak dikongsi secara terbuka dalam
kaunseling kelompok. Oleh itu, bagi klien yang memerlukan
bantuan dan perhatian yang lebih, kaunseling individu adalah
lebih sesuai.

K-Shok 2014

45

TERIMA KASIH!

K-Shok 2014

46

Anda mungkin juga menyukai