Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha, EN ZALZAIFULKHAFIZ BIN SULAIMAN, Penolong PPD

Sains & Matematik (Rendah), selaku wakil rasmi PPD Kulaijaya.


Yang Dihormati, En Syamsul Kamal bin Mohd Nasir, YDP Persatuan Ibu
Bapa dan Guru.
Yang Dihormati, En Mohd Tahir bin Hj Ismail, GPK Kokurikulum, En
Masaud bin Baharom GPK HEM, Pn Norazzah binti Misban GPK
Petang, GKMP, Rakan-rakan Guru, AJK PIBG, Tuan-tuan, puan-puan dan
semua murid yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya
dapat kita bersama-sama berkumpul untuk menjayakan Majlis
Perasmian Kejohanan Olahraga SMK Kulai Besar kali Ke-21, 2011.
Sidang hadirin yang berbahagia.
Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam
kalangan kita. Dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi
minda, fizikal, otot, saraf, emosi dalam lain-lain faktor sama ada
dalaman atau luaran akan membentuk seorang murid yang patuh
dengan aturan dan secara tidak langsung mendidik seorang atlet
berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan membina jati diri
ke arah kepimpinan.
Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh atau role model
kepada pelajar lain. Dalam sukan pelbagai perkara dipelajari dari patuh
kepada arahan jurulatih sehinggalah membina kesepaduan pasukan
menerusi kesabaran, ketetapan masa, bertolak ansur, bekerjasama
dan sebagainya.
Saudara dan saudari sekalian,
Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa
responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan
membina bakat bagi murid yang berkecenderungan memilih kerjaya
mereka dalam apa jua bidang sukan.
Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah, bahkan
ia telah menjadi satu gaya hidup sihat, dan merupakan pelaburan
terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan.
Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang berlari berkaki
ayam di atas trek rumput tetapi pada satu hari nanti dengan
bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat yang ada murid tadi akan belari
di persada trek antarabangsa mengibarkan bendera negara.

Dalam kejohanan sedemikian rupa kejayaan selalu menjadi


pengukuran yang jitu. Selalunya juara menjadi kebanggaan semua
pihak sama ada menerusi sanjungan, pujian dan pemberian insentif.
Kesinambungan untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi perlu
disemat di hati sanubari setiap murid untuk menjulang nama sekolah.
Untuk mencipta nama perlu kepada usaha yang gigih dan sepenuh
tumpuan kepada latihan yang sepadu. Dalam hal ini atlet Malaysia
amat beruntung kerana kerajaan sentiasa memberi pelbagai imbuhan
dan kemudahan.
Dalam konteks sekolah semua murid amat bertuah sekali kerana pihak
sekolah sentiasa memberi galakan dan dorongan yang berterusan
serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid
untukbergiat dalam bidang sukan.
Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan
olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi
anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain dapat menjamin
kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang
melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk
semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali
silaturahim dan muhibah.
Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha
kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal
insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan.
Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini sekali saya ingin mengambil
kesempatan pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada EN ZALZAIFULKHAFIZ BIN
SULAIMAN , EN SYAMSUL KAMAL BIN MOHD NASIR - YDP PIBG serta
para tetamu yang telah sudi menerima undangan kami pada Majlis
Perasmian Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-24, SMK
Kulai Besar.

Anda mungkin juga menyukai