Anda di halaman 1dari 5

Novel Hikmah Tingkatan1 (10 MARKAH)

Soalan: 1
Berdasarkan novel Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tema bagi
novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat
menggambarkan tema tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul Hikmah, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak
memberontak dan berubah tingkah laku.
Peristiwa yang berkaitan dengan tema ini ialah Amri merupakan anak
yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Malangnya, sikap
ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap
keluarga menyebabkan Amri yang berubah sikap.
Ekoran daripada itu, Amri menjadi murid yang bermasalah disiplin di
sekolah. Dia sering membuli murid lain di sekolahnya.
Selain itu, Amri juga tidak suka akan Sapura, seorang pengawas
sekolah yang selalu melaporkan salah lakunya kepada guru. Dia juga pernah
mengganggu ketika Sapura sedang berbasikal sehingga Sapura terjatuh ke
dalam bendang berlumpur.

Soalan: 2
Berdasarkan novel Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga
persoalan yang terdapat dalam novel ini. Berikan juga contoh peristiwa yang
sesuai bagi menggambarkan persoalan tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul Hikmah, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan.
Antaranya ialah tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan
keluarga. Bapa Amri tidak bertanggungjawab dan kejam sehingga sanggup
memukul ibunya. Keadaan ini menyebabkan Amri berubah sikap menjadi
budak nakal.
Persoalan seterusnya adalah kasih sayang ibu terhadap anaknya.
Emak Amri sangat sayang dan mengambil berat terhadap Amri. Segala
keperluan Amri sedaya upaya dipenuhi walaupun dia sendiri dalam keadaan
lemah.
Di samping itu, prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan
juga merupakan satu daripada persoalan yang dapat ditampilkan daripada
novel ini. Sapura dan ayahnya bersimpati dengan nasib yang menimpa Amri
dan ibunya. Mereka menghantar ibu Amri yang demam dan cedera di dahi dan
Amri yang cedera dipukul ke hospital.

Soalan : 3
Berdasarkan novel Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan watak utama
dalam novel ini. Nyatakan juga tiga perwatakannya dan berikan contoh
peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap perwatakan
tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul Hikmah, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Watak Utama dalam novel ini ialah Amri.
Perwatakan Amri ialah dia seorang yang berani. Contohnya, Amri
berani meminta ayahnya memulangkan semula gelang emaknya walaupun
akhirnya dia ditampar oleh ayahnya.
Selain itu, Amri juga seorang anak yang bertanggungjawab. Hal ini
dibuktikan apabila ibunya cedera akibat dipukul oleh ayahnya, Amri pergi ke
pekan untuk membeli ubat demam dan ubat luka bagi merawat luka emaknya.
Di samping itu, Amri juga merupakan anak yang baik dan mentaati
emaknya. Walaupun Amri nakal di sekolah tetapi dia sangat baik ketika di
rumah. Amri juga akan mematuhi setiap arahan ibunya.

Soalan: 4
Berdasarkan novel Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga latar
masyarakat. Bagi setiap latar masyarakat tersebut, berikan contoh peristiwa
yang berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul Hikmah, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ialah masyarakat
yang mengalami tekanan hidup, Contohnya Amri mengalami tekanan hidup
kerana keadaan keluarganya yang porak-peranda, ayahnya hanya tahu pulang
meminta duit dan berjudi.
Seterusnya, terdapat juga masyarakat yang mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya ayah Amri yang terlibat dengan
kegiatan perjudian dan penyalahgunaan dadah telah mengabaikan
tanggungjawabnya kepada keluarga.
Selain itu, latar masyarakat yang lain pula ialah masyarakat yang suka
membantu. Contohnya Sapura telah membantu Amri semasa diperas ugut di
satu lorong semasa hendak pulang daripada membeli ubat untuk ibunya di
farmasi.

Soalan: 5
Berdasarkan novel Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga nilai.
Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap nilai
tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul Hikmah, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.
Nilai yang pertama adalah bertanggungjawab. Contoh peristiwa yang
terdapat dalam novel ialah ibu Amri telah menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang ibu dengan menyediakan makan tengah hari dan wang saku
untuk persekolahan anaknya walaupun hidupnya susah.
Nilai yang seterusnya adalah berani. Contohnya, Sapura berani
melaporkan tindakan Amri membuli murid-murid lain di sekolah kepada guru
Disiplin
Dalam pada itu, nilai yang lain pula adalah tolong-menolong. Contoh
peristiwa yang menunjukkan nilai ini ialah Sapura dan ayahnya menolong
membawa ibu Amri yang demam mendapatkan rawatan di hospital.

Anda mungkin juga menyukai