Anda di halaman 1dari 8

SULIT

MAC 2013/SET A/MPW 1143

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


KURSUS
KOD KURSUS
TEMPOH

:
:
:

PENGAJIAN ISLAM
MPW 1143
2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN:


1. Kertas soalan ini mengandungi DUA(2) BAHAGIAN: BAHAGIAN A (Aneka Pilihan)
BAHAGIAN C (Esei)
2.

Jawab SEMUA soalan BAHAGIAN A. Jawab SATU (1) soalan BAHAGIAN B di


kertas jawapan yang disediakan.

3. Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali


dengan kebenaran pengawas peperiksaan.
4. Kertas soalan TIDAK boleh dibawa keluar dari dewan peperiksaan.
5. Sila jawab soalan dengan menggunakan pen mata bulat (ball-point pen).
6. Sila isi maklumat di bawah:
NAMA PELAJAR

____________________________________

NO. KAD PELAJAR

____________________________________

NAMA PENSYARAH

____________________________________

SEKSYEN

____________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU


Kertas soalan ini mengandungi 8 muka surat bercetak termasuk muka hadapan

SULIT

SULIT

MAC 2013/SET A/MPW 1143

BAHAGIAN A : ( SOALAN ANEKA PILIHAN )


ARAHAN : Pilih jawapan yang TEPAT dan HITAMKAN jawapan pada kertas OMR.
1. Pengabdian diri kepada Allah s.w.t dengan perasaan seolah-olah kita melihatnya dan
jika kita tiada perasaan melihat kepadanya, maka hendaklah kita berasa bahawa Allah
s.w.t melihat kita. Penyataan tersebut adalah merujuk kepada
A.

iman

B.

ihsan

C.

islam

D.

akhlak

2. Persoalan muamalat dalam syariat Islam adalah berkaitan dengan perkara-perkara


berikut
A.

hukum dan peraturan berkaitan dengan soal-soal ibadat

B.

perundangan berkaitan dengan kesalahan dan hukuman

C.

hukum-hukum yang melibatkan harta dan persoalan ekonomi

D.

hukum-hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan dan nikah kahwin

3. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk menghayati ajaran Islam ?


A.

Menghadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah agama

B.

Memahami semua aspek syariat dengan mendalam

C.

Memahami dan mempraktikkan ajaran-ajaran agama

D.

Sentiasa prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan

4. Manakah di antara kenyataan berikut adalah BENAR ?


A.

Perselisihan suami isteri lebih baik diakhiri dengan perpisahan

B.

Suami hendaklah memberi nafkah mengikut semua kehendak isteri

C.

Nafkah zahir meliputi penyediaan tempat tinggal, makanan dan pakaian

D.

Dalam sebuah rumahtangga, semua tanggungjawab dipikul oleh suami

5. Kenyataan-kenyataan berikut menjelaskan tentang konsep iman, KECUALI

SULIT

SULIT

MAC 2013/SET A/MPW 1143

A.

membuat pengakuan dengan lidah

B.

mengagungkan kebesaran makhluk

C.

membenarkan pengakuan dengan hati

D.

mengamalkan dengan rukun-rukun (anggota-anggota)

6. Segala dasar yang telah digariskan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran dan sunnah tidak
boleh dan tidak akan berubah hingga ke hari akhirat.
Apakah ciri yang digambarkan dalam pernyataan di atas ?
A.

Thabat

B.

Alamiyyah

C.

Waqiiyyah

D.

Syumuliyyah

7. Syariat Islam adalah bertujuan untuk memelihara keselamatan terhadap perkaraperkara berikut
A.

agama, akal, hati, harta dan keturunan

B.

agama, akidah, syariat, akal dan nyawa

C.

keturunan, agama, akal, harta dan nyawa

D.

agama, harta, keturunan, akal dan perasaan

8. Hukum asal perkahwinan adalah harus, tetapi menjadi sunat apabila seseorang itu
memenuhi syarat-syarat berikut, KECUALI
A.

mempunyai kemampuan untuk berkahwin

B.

mencukupi syarat yang ditetapkan oleh syarak

C.

mempunyai keinginan untuk mendapatkan zuriat

D.

seseorang itu telah mempunyai ikatan pertunangan

SULIT

SULIT

MAC 2013/SET A/MPW 1143

9. Istilah qadar dalam rukun Iman adalah merujuk kepada


A.

perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

B.

kadar atau had kemampuan manusia dalam kehidupannya.

C.

perlaksanaan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

D.

pembalasan bagi setiap perbuatan manusia, sama ada baik ataupun buruk.

10. Epistemologi membahaskan tentang persoalan-persoalan berikut, KECUALI


A.

tujuan pengetahuan

B.

sumber pengetahuan

C.

sifat asas pengetahuan

D.

kebenaran pengetahuan

11. Aksiologi Islam merujuk kepada nilai yang bersumberkan


A.

pendapat majoriti masyarakat

B.

wahyu iaitu al-Quran dan as-Sunnah

C.

keabsahan undang-undang ciptaan manusia

D.

kriteria seseorang individu yang berpengaruh

12. Antara jenis kesalahan yang termasuk dalam jenayah `hudud adalah seperti berikut
I

murtad

II

mencuri

III

rasuah

IV

menuduh melakukan perzinaan

A.

I, II dan III

B.

I, II, dan IV

C.

I, III dan IV

D.

II, III dan IV

SULIT

SULIT

MAC 2013/SET A/MPW 1143

13. Sesuatu pemberian atau sedekah perlu memenuhi prinsip-prinsip berikut


I

dilakukan dengan niat yang ikhlas

II

barangan yang diberikan merupakan sesuatu yang bermanfaat

III

sedekah hanya diberikan oleh orang kaya kepada orang miskin

IV

pemberian hendaklah mengikut keperluan seseorang penerima

A.

I dan II

B.

I dan III

C.

I, III dan IV

D.

II, III dan IV

14. Manakah di antara ciri-ciri berikut menjelaskan tentang konsep dan cara pelaksanaan
ibadah ?
I

Setiap perbuatan dilakukan dengan niat dan ikhlas

II

Tunduk, patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah

III

Membuat segala yang disukai dan diredhai oleh Allah S.W.T

IV

Ibadah yang dilakukan terbatas kepada masa dan tempat tertentu

A.

I, II dan III

B.

I, II, dan IV

C.

I, III dan IV

D.

II, III dan IV

SULIT

SULIT

MAC 2013/SET A/MPW 1143

15. Jihad dalam Islam merupakan____________________


I

kemuncak dakwah Islam

II

misi perluasan tanah jajahan

III

tenaga yang menggerakkan dakwah

IV

kembalikan pengabdian kepada Allah

A.

I, II dan III

B.

I, II dan IV

C.

I, III dan IV

D.

II, III dan IV

16. Jihad dengan lisan (dakwah) wajib dilaksanakan untuk mengajak manusia
I

memperbaharui agama

II

melaksanakan keadilan

III

menegakkan kebenaran

IV

menghapuskan kezaliman

A.

I, II dan III

B.

I, II dan IV

C.

I, III dan IV

D.

II, III dan IV

17. Munakahat ialah suatu peraturan atau hukum yang berkaitan dengan hal ehwal
perkahwinan dan kekeluargaan seperti_________________
A. kesederhanaan
B. syarat-syarat saksi
C. berbuat baik terhadap semua makhluk
D. perihal perbuatan atau tindakan yang ditegah oleh syara

SULIT

SULIT

MAC 2013/SET A/MPW 1143

18. Anisah baru kematian suami 4 bulan 10 hari. Beberapa hari kemudian Anisah dipinang
oleh Ali. Apakah hukum Anisah berkahwin sekiranya ia bersetuju?
A. Harus
B. Sunat
C. Haram
D. Makruh
19. Ali dibenarkan melakukan solat jama dan qasar kerana bermusafir.
Pernyataan di atas menerangkan Islam bersifat_________________
A. Maliyah.
B. Murunah.
C. Tawazun.
D. Syumuliah.
20. Apakah yang dimaksudkan dengan Jinayat ?
A. Nama bagi tiap-tiap perbuatan atau tindakan yang ditegah oleh syara.
B. Mentauhidkan Allah S.W.T patuh, dan jujur hati kepadanya serta beriman
dengan pengajaran agama.
C. Membebaskan minda dan kepercayaan daripada belenggu khurafat, tahyul
kemunafikan dan kesyirikan.
D. Suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang menghasilkan segala
perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran.

( JUMLAH 20 MARKAH )

SULIT

SULIT

MAC 2013/SET A/MPW 1143

BAHAGIAN B : ( SOALAN ESEI )


Arahan : Jawab SATU (1) soalan sahaja dan jawab di kertas jawapan yang disediakan.

SOALAN 1
a.

Bincangkan tentang hubungan antara manusia dengan Allah dan manusia sesama
manusia berserta contoh dalam tatacara hidup muslim.
( 10 MARKAH )

b.

Huraikan tentang ciri-ciri Islam yang bersifat anjal dan mudah menurut kefahaman anda
berserta contoh yang berkaitan.
( 10 MARKAH )

SOALAN 2
a.

Islam terdiri daripada TIGA (3) asas utama iaitu aqidah, syariat dan akhlak. Huraikan.
( 10 MARKAH )

b.

Ulamak membahagikan jihad dalam Islam kepada beberapa peringkat. Huraikan


peringkat-peringkat jihad beserta contoh yang berkaitan.
( 10 MARKAH )

( JUMLAH 20 MARKAH )

KERTAS TAMAT

SULIT

Anda mungkin juga menyukai