Anda di halaman 1dari 2

Penyata professional SEBELUM

Saya merupakan pelajar PISMP Pengajian Sosial Sem 6 dan akan menjalani
praktikum fasa 2 die SK Nanga Machan. Pada semester yang lepas juga, saya
turut menjalani praktikum di sekolah yang sama. Setelah selesai menjalani
praktikum fasa 1 dahulu, saya merasa lebih yakin untuk menjalani praktikum
kali ini. Ini kerana, banyak pengalaman yang telah saya kutip dan pelajari
semasa menjalani praktikum fasa 1 dahulu. Jika praktikum fasa 1 dahulu,
saya hanya mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Kajian
Tempatan, praktikum fasa 2 saya akan mengajar satu lagi subjek untuk
elektif saya iaitu Pendidikan Jasmani.

Saya akan menjalani praktikum di SK Nanga Machan, Kanowit selama 8


minggu.

Praktikum bermula pada 23 Julai sehingga 21 September.

Ini

bermakna, saya akan menjalani praktikum semasa bulan puasa dan selepas
hari raya. Sedikit sebanyak, situasi ini akan memberi cabaran kepada saya
terutamanya untuk menjalankan kelas Pendidikan Jasmani pada bulan puasa.
Nama saya noorvina binti wahi. call me maybe! Namun begitu, saya
sentiasa positif dan menganggap cabaran ini akan menjadikan saya guru
lebih baik pada masa hadapan.

Saya mengharapkan segala teori-teori yang telah saya pelajari di dalam


kelas dapat diaplikasikan dalam situasi kelas yang sebenar. Saya yakin dan
percaya, bahawa saya dapat mempraktikkan teori dengan lebih berkesan
berdasarkan pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani
praktikum fasa 1 dahulu.

Disamping itu juga, saya merasakan mendapat satu kelebihan, apabila saya
mendapat tempat praktikum di sekolah yang sama. Saya tidak berasa kekok
kerana saya telah mengenali kebanyakkan staf akademik dan staf sokongan
di sini. Saya tidak merasakan sesuatu kekurangan apabila saya ditempatkan
di sekolah yang sama, kerana saya yakin kekurangan itu muncul disebabkan
oleh sikap dan sifat individu tersebut.

Akhir kata, saya mengharapkan agar warga SK Nanga Machan dapat


menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka dan memberi tunjuk ajar
kepada saya. Amat besar harapan saya, supaya pengalaman yang saya
kutip sepanjang praktikum nanti, akan menjadikan saya sebagai guru yang
akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara saya.

Anda mungkin juga menyukai