Anda di halaman 1dari 16

Adalah sesuatu yang lumrah dan semula jadi bagi manusia sejak bertahun-lahun

dahulu lagi tnelihat kepada kekuatan dan keupayaan menerusi perlaku_berlari,


melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ni
dianggap serta dilambangkan sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pnda
mata masyarakat dan pemerintah.Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan
diimpikan. oIeh setiap individu terutama kaum Ielaki. Kemahiran-kemahiran ini
diperkernbangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan
yang kernudiannya dipertandingkan.
Tujuan diadakan pertandingan diadakaan hanyalah semata-mata unituk
rnencari siapa yang lebih pantas, lebih tinggi atau lebih kuat daripada yang lain.
Untuk mencapai hasrat itu setiap individu akan berusaha menandingi yang lain, dan
akhirnya wujudlah ciri-ciri ingin berjaya, menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat
berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan
kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaaa itu
diteruskan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih
tekun lagi untuk menumpaskan lawan dan mahu muncul sebagai pemenang
pula.Disini sudah wujud suatu pertandingan yang sudath tentu akan menjadi
menarik.
Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin
ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian menguji kebolehan. Lama
kelamaan lebih ramai mereka yang mengambil bahagian serta bertanding menguji
keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu. mereka
akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar
semasa pertandingan. Ini rnenjadikan pertandingan menguji kebolehan itu menarik
dan berjaya pula menarik minat orang rarnai di merata dunia. Walaupun ada
kalanya bentuk pertandingnn agak berbeza, tetapi mat1arnat dan tujuan sebenar
adalah sama.
Hari ini kita dapat melihat di rnerata tempat di dunia, pelbagai bentuk
pertandingan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga
pertandingan di kalangan kaumwanita.Inilah yang mewujudkan pertandingan
olahraga atau athletics. Sejak zaman sebelum Masehi lagi sudah terdapat
pertandingan olahraga ini khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

SEJARAH AWAL
Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan sejak zaman Sebelum Masehi lagi,
tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan jelas dan tepat bila manusia
menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai pertandingan.Jika
permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan
sejarah,bermakna olahraga sudah bermula sejak 2000 tahun yang lampau Iagi.

Jika demikian diakui bernakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di
dunia.
Salah satu bukti kuat untuk mejelaskan kesahihan kenyataan ini, dapat dilihat
pada sejarah awal Sukan Olimpik Rome.Sukan itu yang dipercayai berrnula pada
tahun 776 SM hingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanva
olahraga sebagai sukan yang merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata
lain, orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan
olahraga,walaupun difahamkan matlamat awal dan utama mereka bukanlah
menjadikan olahraga sebagai acara sukan. Mereka lebih menganggap olahraga
sebagai salah satu cabang seni yang dapat dilihat daripada peserta yang
mengambil bahagian.
DaIam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno,olahraga merupakan acara
utama,mula mendapat perhatian ramai. Sebuah bukti tentang sejarah dan
perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyebut tentang
olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno dan mencatat bahawa lornpat jauh
dianggap sebagai acara pertama dipertandingkan dalam sukan tersebut.Sukan
Olimpik itu yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun
sekali sehingga tahun 379 SM. Selepas itu sukan ini tidak dapat diadakan lagi atas
arahan Maharaja Rome, Theodosius, yang tidak menyatakan sebarang alasan.
Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk berasa kehilangan ssesuatu.
Mereka tidak lagi dapat berkurnpul dan bertanding seperti
sebelumnya.Bagaimanapun,mereka tetap meneruskan akttviti yang melibatkan
mereka berlari, melompat dan melontar. Setidak-tidaknya mereka dapat juga
mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang
ramai.Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Olimpik Kuno itu diadakan
khusus untuk penduduk sekitar Greek, maka tiadalah negara lain yang mahu atau
sanggup meneruskan tradisi mengadakan sukan tersebut. Akhirnva berkuburlah
sukan itu untuk sekian Iama.
Hal ini berlanjutan sehingga abad ke 19.Selarna tempoh itu,, rnereka yang
ternanti-nantikan akan kemunculan Sukan Olimpik itu tidak berputus asa.Mereka
terus mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecil-kecilan.

PERKEMBANGANAN PADA ZAMAN MODEN


Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan
Olimpik yang sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat juga usaha negaranegara selain daripada Creek yang mula menunjukkan minat untuk menghidupkan
semula sukan olahraga.Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan
kemballi oIeh Royal Military College menerusi temasya sukan yang diadakan pada
tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan

selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu rnengadakan temasya
sukan olahraga tolah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama
mengembangkan sukan ini ke merata ternpat, khususnya di England.
Tidak berapa lama selepas itu muncul pula kelab olahraga yang pertama di
dunia iaitu Kelab The New Guild di England.Penubuhan kelab ini juga turut
mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga lain selepas itu. Banyak sekolah
turut menggalakkan pelajar-pelajar mengelibatkan diri dalam olahraga, begitu juga
dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah,kolej danuniversiti sebagai
tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala
kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan
olahraga amat sesuai.Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti terawal
menubuhkan pasukan olahraganya, iaitu Exeter College Athletics Club yang
ditubuhkan pada tahun 1850. Sesuatu yang manbanggakan ialah kelab itu masih
wujud hingga ke hart ini.

Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England pada abad ke19 memang ketara termasuk sukan olahraga.Ini menjadikan penerimaan penduduk
di situ mudah untuk mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga
ini.Oleh itu tidak hairanlah dikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan
tempoh perkembangan pesat sukan olahraga di England.Sambutan penduduk
setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini.
Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini,kejohanan olahraga
berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara
tersebut.Sekali lagi olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan
daripada penduduk di situ. Orangramai sudah mula meminati sukan olahraga dan
turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada.Usaha untuk mengembangkan
sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876, negara tersebut berjaya
mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk pertandingan peringkat
antarabangsa.Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland.
Kemunculan sukan olahraga di Amenika Syarikat telah mendapat
sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan
olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat.Pada penghujung abad ke-19
dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja
didedahkan dengan sukan ini telah mampu menunjukkan prestasi yang
membanggakan.Sebilangan besar daripada olahragawan Amerika Syarikat berjaya
memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk
di luar Amerika Syarikat.
Perkara yang membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga
Amerika Syarikat ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan
rekod yang sedia ada. Bagaimanapun, ketika itu kebanyakan rekod dunia masih

belum mendapat pengiktirafan sehingga mengakibatkan rekod-rekod ini tidak


dicatat untuk rujukan kemudiannya. Bagaimanapun yang pasti daripada senarai
pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa
sebahagian besar adalah peserta Arnerika Syarikat.
Perkembangan seterusnya ialah ke. negara-negara Eropah yang lain, selain
Kepulauan lnggeris. Selanjutnya, olahraga juga turut diperkenalkan ke berapa
negara dunia lain. Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada penduduk setempat,malah dalarn rnasa yang singkat
sahaja sudah rnampu menghasilkan ahli-ahli olahraga bertaraf dunia. Walau
bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika tidak tergugat
kerana mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga
antarabangsa..Hal inji ditambah lagi dengan kemunculan ahli-ahli olahraga Amerika
Syarikat yang berketurunan Negro yang rnenunjukkan keupayaan dan prestasi yang
rnembanggakan malah menakjubkan.
Sementara itu di negara-negara lain turut diadakan perjumpaan olahraga
yang turut disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malah menerusi persatuan
olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai
perjumpaan tahunan yang diadakan dengan meriah dan menggalakkan.
Perjumpaan oIahraga seperti Sukan Olirrpik telah dijadikan medan perjumpaan para
olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para
peserta dalam bidang olahraga.Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan
sukan dianggap sebagai perjumpaan sukan terbesar di dunia dan olahraga
-merupakan acara yang utama dalarn sukan tersebut.
Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang
mampu rnenandingi peserta dan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.Ahliahli olahraga dan Asia,Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu
menggugat atau menandingi peserta-peserta tersebut, walaupun sukan olahraga
sudah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an
barulah muncul peserta-peserta dari tiga kawasan dunia ini yang mampu
menandingi dan memberikan saingan, walaupun prestasi yang mereka tunjukkan
rnasih belum mampu rnenggugat penguasaan ahli-ahli olahraga dari ketiga-tiga
rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik
dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini.Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan
menarik.
Kebanyakan negara dunia mula menubuhkan persatuan masing-masing
seteIah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan
kejohanan yang diadakan serta yang ingin disertai oleh negara berkenaan.
Persatuan ini juga bertujuan rnenjadi badan yang bertanggungjawab ke atas
perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing. Negara. kita juga

tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1926 lagi.
Apa yang pasti ialah dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah
memberi kesempatan kepada peserta-peserta dari negara-negara ini mengambil
bahagian dalam kejohanan dan perjurnpaan olahraga yang dianjurkan oleh rnanamana persatuan yang bergabung di dalam persekutuan Olahraga
SUKAN OLIMPIK PERJUMPAAN SUKAN TERBESAR DUNIA
Jika ditanya apakah perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, tanpa ragu-ragu kita
sudah dapat memberi jawapan. Dengan penglibatan lebih daripada 10,000 orang
peserta merangkumi seluruh negara di dalam IAAF serta berpuluh-puluh ribu
pegawai dan petugas sememangnya Sukan Olimpik ini adalah rrerupakan
perjumpaan sukan terbesar dunia.Malah sejak pertama kali diadakan,hingga kini
Sukan Ohmpik berjaya menarik minat dan tumpuan seluruh masyarakat dunia
tanpa mengira agama,warna kulit dan perbezaan corak hidup. Inilah keunikan yang
terdapat pada sukan ini.
Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi.
Bagaimanapun,seperti yang dinyatakan, sukan yang diadakan ketika itu amat
berlainan dari segi corak dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik unsur moden
diadakari buat kali pertama pada tahun 1896 di Greek, sudah tentu ramai yang
rnengalu-alukannya.Sukan o1ahraga merupakan acara utama dan wajib dalam
sukan ini dan kini walaupun terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan
dalam senarai acara Sukan Olimpik, namun olahraga masih menduduki kedudukan
teratas dan segi keutaman.Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara
olahraga,sudah tentu Sukan Olimpik tidak semeriah yang dapat kita lihat sekarang.
Sukan ini diadakan setiap empat tahun sekali dan diadakan dipelbagai negara dunia
mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadi penganjur.
Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga
kekal menjadi acara utama.Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun 1992
di Barcelona, dengan penyertaan daripada 135 buah negara dunia,termasuk negara
kita.Sukan Olimpik berikutnya akan diadakan pada tahun 1996. Dengan moto atau
cogan kata berbunvi: Citius, Altius, Fortius(Swifter,Higher,Stronger) jelas
menunjukkan bahawa sukan olahraga yang menjadi tunjang kepada cogan kata
ini.Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut dijadikan cogan kata Sukan
Olimpik moden ini;iaitu Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah
kemenangan dalam sukan, tetapi mengambil bahagian.Ini seolah-olah memberi
dorongan kepada negara-negara kecil untuk turut serta yang awal-awal lagi sudah
mengaku bahawa kemenangan bukanlah harapan atau cita-cita negara ini.

MALAYSIA DAN SUKAN OLIMPIK

Berbincang tentang Sukan Olimpik, tentu ada daripada kita yang tertanya-tanya
bilakah negara kita mula mengarnbil bahagian dan adakah kita pernah memenangi
sebarang pingat di sepanjang penyertaan kita. Negara kita mula rnengambil
bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu ketika sukan itu diadakan di
Melbourne, Australia. Dalarn penyertaan kali pertama itu, kita mengambil bahagian
dalam acarra hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu ,negara kita tidak
pernah gagal mengambil bahagian,kecuali pada tahun 1980 sebagai pemulauan
disebabkan pencerobohan tuan rumah Russia ke atas Afganistan ketika itu.
Sepanjang penyertaan negara kita dalarn sukan terbesar di dunia itu, cuma satu
pingat gangsa yang rnarnpu kita menangi iaitu menerusi acara badminton dalam
Sukan Olimpih 1992 yang pertama kali memasukkan badminton sebagai salah satu
acara.Dalam acara atau sukan lain kita masih belum memenangi sebarang
pingat.Semangat Olimpik,pengalaman dan persahabatan ,serta ingin turut serta
merupakan beberapa faktor penyertaan kita dan mungkin sebilangan besar negara
lain.Yang penting sukan olahraga berjaya meletakkan Sukan Olimpik pada
tahap tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat dan peserta
dunia.Di samping itu yang tidak kurang pentingnya juga ialah Sukan Olirnpil berjava
rnengumpulkan tumpuan dan minat seluruh penduduk dunia dan
melupakan sejenak sebarang masalah dan krisis yang timbul..Secara tidak Iangsung
sukan ini berjaya meleraikan sebarang masalah yang timbul.

PERSATUAN DAN ORGANISASI OLAHRAGA


Seperti kebanvakan sukan dunia, cara paling baik dan berkesan untuk
mengembangkan dan menyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan
terrmasuk olahraga ialah menerusi persatuan.Oleh itu,adalah penting ditubuhkan
persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat tertentu.Bagi olahraga,badan atau
pertubuhan tertinggi untuk maksud ini ialah Persekutuan Olahraga Amatur
Antarabangsa(IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912.Keahlian persatuan ini terdiri
daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing.
Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini.Negara kita menerusi
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai persatuan ini.
Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga pada
peringkat antarabangsa hendaklah sama ada mendapat kebenaran dan
pengiktirafan IAAF ataupun. dianjurkan sendiri oleh badan itu.Badan ini juga
bertanggtingjawab menyelesaikan sebarang rnasalah atau pertikaian yang mungkin
timbul di kalangan negara-negara atau persatuan-persatuan gabungan.Umpamanva
dalam menganjurkan perjurnpaan sukan utama seperti Sukan
Olimpik,Sukan Komanwel,Sukan Asia dan lain-lain,persetujuan daripada Majlis
OlimpikAntarabangsa (IOC) dan IAAF hendaklah diperolehi.

Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa juga berperanan mengeluarkan


segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk
diikuti atau dipatuhi oleh semua negara yang menganggotai Persatuan Olahraga
Arnatur Antarabangsa. Begitu jtiga dengan rekod-rekod pencapaian yang dicipta
oleh setiap peserta, tidak kira di rnana asalkan rnendapat kelulusan IAAF, dicatat
dan dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa. Ringkasnya IAAF sememangnya berperanan dalam sebarang hal berkaitan sukan olahraga di peringkat
dunia.

OLAHRAGA SEBAGAI SUKAN


Tiga kemahiran utama manusia sejak bertahun-tahun,iaitu berlari,melompat dan
melontar sememangnya merupakan asas kepada setiap pergerakan dan aktiviti lain
yang mampu dilakukan oleh manusia sama ada seorang lelaki atau wanita ,tua atau
muda,bekerja sebagai buruh atau pegawai ,asakan sihat tubuh badan.,akan
melakukan ketiga-tiga aktiviti ini,baik secara sedar atau tidak.Daripada pergerakan
inilah munculnya satu bidang sukan yang amat diminati sehingga sekarang iaitu
olahraga.
Sebagai sejenis sukan yang dipertandingkan,sudah tentu aktivitri ini
diubahsuai dan diperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan
peraturan yang ditetapkan.Begitu juga dengan cabang atau pecahan daripada
olahraga juga dicipta atau atau diperbaiki dengan tujuan dapat dijadikan acara
yang menarik lagi sesuai dipertandingkan.Yang nyata kini ialah daripada
poerlakuan memenuhi riadah atau rekreasi,lama-kelamaan olahraga menjadi acara
sukan yang amat di minati sehingga menjadi bidang dipertandingkan yang menarik
dan sengit.
Tidak dinafikan juga banyak lagin kebaikan daripada sukan olahraga ini yang
menyebabkan orangramai berlumba-lumba menyertainya,daripada peringkat paling
rendah seperti sekolah rendah sehingga ke peringkat yang tingi seperti Sukan
Olimpik.Sukan khususnya olahraga mampu menjadi penyumbang utama ke arah
perkembangan tingkahlaku manjusia serta peribadi seseorang.
Sifat-sifat seperti bersemangat waja,keazaman kuat,berdisiplin tinggi,keinginan
untuk mencapai kejayaan,semangat berpasukan,bertimbang rasa ,dan bertolak
ansur,tolong-menolong,menengkan fikiran dan bersaing adalah antara factor yang
membantu perkembangan mental,fizikal dan fikiran serta peribadi seseorang yang
melibatkan diri dalam olahraga.Ini diperolehi bukan sahaja oleh mereka yang
menjadi peserta ,tetapi merangkumi pegawai,jurulatih,pengajar,pembantu malahan
penonton umumnya.
Olahraga mempunyai sejarah paling tua.Seperti yang dinyatakan,manusia
sudah mula melakukan aktiviti berlari,melompat dan melontar sejak zaman kuno

lagi.Sukan Olimpik kuno membuktikan bahawa aktiviti yang manusia lakukan itu
kemudianya dijadikan sukan yang dipertandingkan sehinga menjadi persaingan
yang menarik dan diminati ramai.Kiniramai anak muda dan remaja yang yang ingin
malah telah menceburkan diri dalam olahraga.Ada yang mengambil bahagian
diperingkat sekolah ,ada juga yang telah mewakili daerah,negeri dan tidak kurang
pula yang berjaya mewakili negara.
Pertandingan dan perjumpaan olahraga diadakan dan dianjurkan dipelbagai
peringkat.Pelbagai acaradiadakan sama ada untuk Ielaki ataupun perempuan.
Daripada pertandingan yang dijalankan, para pemenang diberikan hadiah yang
menarik. Kepuasan memecah dan mencipta rekod baharu dan semasa ke semasa
sehingga kemuncak menerusi Sukan Olimpik atau kejohanan dunia menjadikan
peserta olahraga terpaksa berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat dan
impian tersebut.Dengan demikian,kita dapat lihat dalam setiap perjumpaan
olahraga ada sahaja rekod haharu menggantikan yang lama.

SIFAT-SIFAT OLAHRAGAWAN
Seseorang yang mengamhil bahagian dalam olahraga disebut atlit bagi lelaki dan
atlit bagi wanita. Gelaran ini berlainan daripada mereka yang mengambil bahagian
dalam sukan-sukan lain. Seseorang olahragawan atau olahragawati mungkin terdiri
daripada peserta yang mengambil bahagian sebagai amatur dan rnungkin juga
bertaraf profesional, yakni Mereka dibayar gaji atau ganjaran tertentu untuk
mengambil bahagian. Kini ramai juga para olahragawan dan olahragawati
terutamanya di Barat yang dikategorikan sebagai profesional.Malah ada antara
mereka yang sudah menjadi jutawan.
Apakah boleh setiap orang mengambil bahagian dalam sukan olahraga?
Apakah acara yang sesuai bagi seseorang untuk disertai? Disebabkan terdapat
banyak acara di dalam sukan olahraga, maka seseorang olahnagawan bebas
memilih acara yang paling sesuai berdasarkan keupayaan dan kebolehan mereka
sendini. Adalah tidak mungkin seseorang olahragawan rnampu mengambil
bahagian dalarn semua atau sejumlah besar acara, padahal dia hanya
berkeupayaan dalam beberapa atau satu dua acara tertentu sahaja. Ada pula
olahnagawan yang terpaksa membuat pilihan walaupun dia mampu mencapai
prestasi yang baik dalam sebilangan besar acara.
Sebagai olahnagawan, seseonang itu diharapkan mempunyai beberapa sifat
dan ciri tertentu yang diharapkan mampu membawa kepada kejayaan kepadanya.
Penentuan penyertaan dalam sesuatu acara itu walaupun bergantung kepada diri
individu itu, juga bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih atau guru pengawas.
Antara sifat dan ciri-ciri itu adalah sepenti berikut:

1. Disiplin tinggi
Setiap olahnagawan seharusnya mempunyai disiplin yang tinggi, sama ada
semasa mengikuti latihan ataupun pentandingan. Arahan junulatih dan guru
pengawas hendaklah dipatuhi. Segala peraturan dan undang-undang hendaklah
diikuti juga.
2. Semangat tinggi
Setiap olahragawan harus mem punyai semangat yang tinggi untuk bertanding dan
seterusnya kejayaan. Semua ini hanya akan tercapai menerusi latihan dan
tunjukajar junulatih.
3. Berperibadi mulia dan dihormati
Olahnagawan serta ahli-ahli sukan amnya sering menjadi perhatian ikutan orang
ramai. O!eh itu mereka harus menunjukkan peribadi dan mempamerkan gerak geri
yang terbatas serta tidak terkeluar daripada lunas-lunas kemasyarakatan,
keagamaan dan aspirasi negara.
4. Mempunyai semangat berpasukan
Sebagai ahli olahraga, mereka juga diharapkan mempunyai semangat berpasukan
yang harus saling membantu, bekerjasama dan bertanggungjawab terhadap
pasukan yang mereka wakili, terutamanya jika penyertaan mereka adalah menerusi
acara-acara berpasukan.
5. Bersemangat tinggi dan tidak menyerah kalah
Matlamat utama seseorang yang mengarnbil bahagian dalam olahraga ialah untuk
mencapai kejayaan serta mernpamerkan prestasi terbaik melebihi lawan. Di sini
mereka terpaksa mempunyai semangat juang yang tinggi tanpa mudah mengaku
kalah. Jika mereka tidak mencapai kejayaan, mereka patut berusaha mempamerkan
persembahan terbaik sedaya mungkin.
6. Penyabar dan bertimbang rasa
Olahragawan mempunyai sifat penyabar dan bertimbang rasa walaupun dalam
pelbagai situasi dalam dan luar kejohanan, lebih-lebih lagi jika dia gagal dalam
kejohanan itu.
Di samping itu banyak lagi contoh teladan yang baik yang menjadi ciri-ciri
ahli-ahli olahraga. Walaupun ada kalanya terdapat berita yang tidak disenangi
daripada olahragawan, keseluruhannya mereka mempunyai ciri-ciri yang menjadi
ikutan masyarakat umum. Mereka pula hendaklah berusaha bersungguh-sungguh
serta mengamalkan sifat dan sikap yang dapat membantu mereka meningkatkan
prestasi mereka sendiri. Tidak dapat dinafikan mereka sering dijadikan teladan

kepada mereka yang mula menceburkan diri dalam bidang ini. Segala yang baik
daripada mereka dijadikan pendorong kepada meneka yang barn menceburkan din

PENGELIBATAN WANITA DALAM OLAHRAGA


Olahraga bukan hanya diceburi oleh kaum lelaki sahaja. Kaum wanita atau
perempuan juga turut melibatkan diri. Mungkin pada peringkat awal pengllibatan
kaum wanita dalam olahraga khususnva dan sukan amnya mendapat tentangan
daripada bebenapa pihak tertentu, tetapi Iama kelamaan diakui bahawa
penglibatan mereka adalah setanding dengan kaum lelaki, sehingga ada kalanya
pencapaian rnereka amat membanggakan malah menandingi Ielaki. Banyak acara
olahraga yang disertai oleh Ielaki juga menjadi acara untuk wanita.Gaya larian,
keupayaan, teknik dan prestasi mereka ada yang menakjubkan.
Penglibatan wanita dalarn sukan khususnya olahraga tidaklah semudah dan
seawal seperti yang berlaku kepada lelaki. Mengikut sejarah kemunculan olahnaga
sebagai sukan, wanita dilarang daripada rnengambil bahagian. Pelbagai anggapan
negatif dilemparkan kepada mereka malah mereka dilarang daripada menonton
kaum lelaki mengambil bahagian dalam sukan.Dalam Sukan Olimpik Kuno yang
telah diadakan pada zaman silam, wanita tidak dibenarkan menonton.
Bagi memenuhi permintaan kaum wanita yang menunjukkan minat yang
tinggi dalam Bidang sukan ini, dicadangkan supaya mengadakan suatu kejohanan
khusus untuk mereka. Sukan yang dikenali sebagai Sukan Hareaa juga diadakan
pada tahun-tahun Sebelum Masehi lagi. Ketika olahraga rancak menular ke negaranegara Eropah khususnya ke England, wanita juga dilarang mengamhil bahagian
dalam olahraga. Persatuan olahraga juga enggan menganjurkan kejohanan dan perjumpaan olahraga untuk wanita.
Bagaimanapun ini tidaklah bermakna tiada pula usaha dilakukan oleh pihakpihak tertentu untuk menganj urkan kejohanan untuk wanita.Menyedari penglibatan
dan penvertaan wanita juga perlu, maka sebuah persatuan olahraga khusus untuk
kaum ini ditubuhkan.Persatuan ini diberi nama Federation Sportive Feminine
Internationale. Persatuan ml ditubuhkan pada tahun 1921. Tujuan utama penubuhan
persatuan ini ialah sebagai usaha untuk mencadangkan kepada Majlis Olimpik
Antarabangsa supaya penyertaan Sukan Olimpik yang akan diadakan pada tahun
1924, dibuka juga kepada wanita.Cadangan itu mendapat sambutan yang
menggalakkan.Akan tetapi bukan untuk Sukan Olimpik tahun 1924 seperti yang
dicadangkan.

Sukan Olimpik tahun 1928 akhirnya membuka pintu kepada kaum


wanita. Penerimaan wanita dalam sukan yang terbesar di dunia it telah disambut
dengan gembira oleh olahragawati pelbagai negara yang sudah tentu mahu
menunjukkan pencapaian mereka yang tidak kurang hebatnya daripada kaum
lelaki. Sejak itu penyertaan kaum wanita dalam Sukan Olimpik tidak pernah
dilupakan. Di samping berjaya mempamerkan persembahan dan prestasi yang
tinggi mutunya, mereka juga mampu menarik minat sebahagian besar peminat
sukan dunia. Secara tidak Iangsung mereka memeriahkan lagi temasya sukan itu.
Negara kita juga memheri peluang kepada kaum wanita untuk menceburkan
diri bukan sahaja dalam sukan olahraga tetapi juga dalam bidang-bidang sukan
yang lain. Prestasi yang mereka pamerkan bukan sahaja tinggi dan segi mutu,
tetapi turut menaikkan nama negara dalam sukan antanabangsa, khususnya
olahraga. Begitu juga dengan pelajar dan murid-murid sekolah, yang turut diberi
peluang mengamhil bahagian dalam sukan ini sejak daripada sekolah rendah lagi.Ini
jelas menunjukkan bahawa olahraga khususnya dan sukan amnya adalah milik
semua rakyat tidak kira lelaki atau wanita

ACARA-ACARA PADANG
Seperti yang dinyatakan terdahulu, olahraga sebagai sukan dibahagikan kepada
dua bahagian yang berlainan, iaitu bahagian balapan atau trek dan bahagian
padang. Kita telah bincangkan dengan
meluas bahagian balapan yang
merangkumi semua acara larian, sama ada larian pecut, larian jarak sederhana,
larian jarak jauh, larian berpagar ataupun larian berganti-ganti.Ini bermakna semua
acara ini dijalankan di dalam balapan. Ada acara yang disertai khusus oleh lelaki
dan tidak kurang pula acara yang tunt disertai oleh wanita.
Dalam bahagian padang pula, umumnya terdapat dua jenis acara yang
dipertandingkan menerusi sukan olahraga, iaitu lompatan, Iontaran atau balingan.
Kebanyakan acara yang terdapat dalam bahagian padang disertai oleh lelaki dan
wanita walaupun ada juga yang hanya melibatkan lelaki. Semua acara ini diadakan
dalam kawasan padang, atau kawasan selain daripada balapan. Pihak penganjur
hendaklah memastikan semua peralatan dan persediaan untuk semua acara ini
diadakan sebelum rnemulakan sesuatu pertandingan.
Acara-acara yang tergolong dalam bahagian padang adalal-t Ianjutan daripada
cogan kata awal Sukan Olimpik iaitu lebih pantas, lebih tinggi dan lebih kuat. Sejak
zaman kuno lagi kegiatan berlari, melontar dan melompat adalah aktiviti utama
yang dilakukan manusia dalam usaha meneruskan penghidupan mereka. Ketiga-tiga
aktiviti ini merupakan seni yang terdapat pada setiap manusia yang sihat. Sama
ada disedari ataupun tidak semua manusia yang sempurna fizikalnva melakukan
aktiviti ini dan perlakuan mereka adalah mengikut keupayaan dan keholehan
masing-masing, sama ada laju, tinggi, jauh ataupun kuat.

Aktiviti yang kemudiannya menjadi acara sukan yang diminati menerusi


olahraga ialah lompat jauh, lompat tinggi, lompat kijang dan Iompat bergalah dalam
bahagian lompatan dan lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing serta baling
tukul besi dalam bahagian lontaran. Semua acara ini turut disertai oleh wanita
kecuali lompat bergalah, lontar tukul besi dan lompat kijang (kini lompat kijang
sudah dibuka penyertaan untuk wanita, termasuk dalain kejohanan peringkat
kebangsaan di negara kita).
Sebagai menjadikan kedua-dua aktiviti Iompatan dan balingan atau lontaran
sebagai acara sukan, perancangan dan Iatihan yang teratur, penuh disiplin dan
perbelanjaan sewajarnya amat diperlukan. Bagi rnereka yang mengambil bahagian
dalam mana-mana acara ini dan ingin menjadi ahli yang mahir dan berprestasi
sudah tentu beberapa pengorbanan dan ciri diperlukan daripada mereka. Mungkin
ramai yang berpendapat bahawa semua orang boleh dan mampu berlari, tetapi
tidak semua orang pula yang mampu melompat atau melontar dengan baik.
Semua acara lompat dan lontar ini rnemerlukan kernahiran dan teknik
tertentu daripada mereka yang menyertai acara itu.Jika dalam kebanvakan acara
Iari, tiada sebarang peralatan dan kemahiran yang diperlukan, kecuali dalam acara
Ian berpagar, tetapi dalam acara lompat dan Iontar ini beberapa peralatan tententu
diperlukan. Begitu juga bentuk dan kaedah Iatihan yang diadakan agak benbeza
daripada latihan untuk balapan. Bagi rnereka yang mengambil bahagian dalam
acara-acara padang ini memerlukan jurulatih yang berlainan daripada jurulatih
untuk balapan. Dalam olahraga peringkat antarabangsa, jurulatih untuk setiap
acara padang disediakan untuk rnemberikan Iatihan dan panduan kepada
olahragawan yang mengambil bahagian dalam acara-acara ini.
Setiap acara juga mempunyai sejarah dan tradisi sendiri. Dengan itu, tidak
hairanlah jika acara-acara ini diterima sebagai acara sukan olahraga pada masa
yang berbeza-beza. Begitu juga dengan penyertaan dan tahap pencapaian mereka
yang mengambil bahagian.Perbezaan juga terdapat pada jenis atau berat bahan
atau peralatan umpamanya untuk Iontaran, mengikut peringkat umum dan jantina.
Bagaimanapun, semua acara Iontaran dan lompatan ini kini sudah diterima sebagai
acara-acara olahraga yang menarik dan setanding dengan acara larian.
Kita akan bincangkan setiap acara padang ini secara terperinci dalam babbab berikutnya. Dalam setiap acara yang dibincangkan, penumpuan adalah
terhadap peralatan dan penggunaan, teknik dan kemahinan, taktik dan pencapaian,
ciri-ciri peserta dan jenis Iatihan dan panduan ke arah prestasi cemerlang.
Senarai acara-acara Iontaran dan lompatan seperti yang diterima dalam
kebanyakan penjumpaan olahnaga, sama ada pada peringkat kebangsaan ataupun
antarabangsa adalah seperti di bawah. Mungkin di peringkat sekolah, terdapat
beberapa acara yang diketepikan kerana kesesuaiannya pada peringkat sedemi-

kian, serta mungkin juga disebabkan kemudahan dari segi peralatan dan
kepakaran.

Acara-acara padang yang dipertandingkan :

Jenis/Bahagan

Acara

Penyertaan

Lompat

Lompat jauh
Lompat tinggi
Lompat kijang
Lompat bergalah

Lelaki /Wanita
Lelaki/Wanita
Lelaki/Wanita
Lelaki

Lontar

Lontar peluru
Lempar cakera
Rejam lembing
Lontar tukul besi

Lelaki/Wanita
Lelaki/Wanita
Lelaki/Wanita
Lelaki

Dalarn acara-acara balapan, penentuan pencapaian atau prestasi seseorang


peserta adalah berdasarkan masa yang diambil.Lebih sedikit rnasa, bermakna lebih
pantaslah pencapaian peserta dalarn sesuatu acara yang jisertainya. Jika rnasa
yang diambil itu lama berrnakna larnbat dan lemah prestasinya. Bagi mengukur
pencapaian seseorang peserta olahraga bahagian padang, ketinggian dan kejauhan
jarak menjadi ukuran.ini bermakna jika seseorang peserta berjaya membuat
lompatan yang jauh atau paling tinggi atau lontaran paling jauh bererti seseorang
itu rnempunyai prestasi yang baik dan rnenduduki tempat teratas. Sebaliknya jika
Iontaran atau lompatannya dekat atau rendah, bermakna lernah prestasinya.
Dalam usaha melakukan lontaran atau lompatan. seseorang peserta
mempunvai dua matlamat, iaitu untuk mencatat jarak atau ketinggian terbaik
berbanding dengan peserta lain. Matlamat kedua ialah mendapatkan ketinggian
atau jarak paling jauh dan terbaik bagi diri sendiri, tanpa membandingkan dengan
prestasi peserta lain. Pencapaian peserta itu akan dijadikan landasan baginya untuk
memperbaiki lagi prestasi pada masa akan datang.
Di negara kita khususnva dalam kejohanan olahraga peringkat sekolah,
daerah malah negeri dan kadang kala kebangsaan, kita masih menggunakan
kaedah lama iaitu menggunakan pita pengukur untuk mengukur sesuatu jarak atau
ketinggian dalam sesuatu acara padang. Adakalanva penggunaan peralatan
elektronik digunakan dalam kebanyakan perjumpaan olabraga peringkat

antarahangsa, boleh dikatakan semua acara sudah menggunakan kaedah elektronik


ini yang sudah tentunya lehih mudah, cepat dan yang lebih penting ialab tepat,
dibandingkan dengan cara lama.

ACARA PADANG UNTUK MURID SEKOLAH DAN WANITA


Daripada senarai acara padang yang diberikan, tidak semua diambil bahagian oleh
murid dan wanita. Faktor umur, jantina, keselamatan dan kesukaran menyebabkan
ada sesetengah acara terpaksa diketepikan. Tiga acara lompat dan tiga acara baling
atau Iontar dipertandingkan pada peringkat sekolah dan oleh kaum wanita.Kecuali
lompat bergalah dan lontar tukul besi, acara-acara lain turut rnenjadi acara
olahraga untuk peringkat sokolah dan khususnya kaum wanita.
Walau bagaimanapun peralatan yang digunakan untuk ketiga-tiga acara lontar
adalah berbeza-beza antara satu peringkat dengan peringkat yang lain.
Umpamanya, peralatan yang digunakan pada peringkat sekolah lebih ringan dan
kecil daripada peralatan yang digunakan untuk peringkat dewasa. Biasanya di
peringkat s ekolah pertandingan olahraga serta sukan-sukan lain adalah mengikut
peringkat umur seperti bawah 15 tahun, bawab 16 tahun, bawah 18 tahun, bawah
20 tahun dan bawah 21 tahun.Ini bermakna mereka dalam lingkungan umur yang
dinyatakan sahaja dibenarkan mengarnbil bahagian dalam sesuatu peringkat
pertandingan. Dengan ara demikian,. pertandingan itu memberi kesempatan
kepada setiap peserta yang berbakatherdasarkan peringkat umur tertentu.
Teknik lontaran dan lompatan yang digunakan oleh peserta pada peringkat
sekolah tidak begitu ditekankan. Perkara utama ialah pendedahan mereka kepada
sesuatu acara, khususrnya acara padang, dengan penekanan kepada cara
rnelakukan dan aturan umum acara. Pada peringkat menengah pula pendedahan
mereka ditingkatkan kepada kemahiran dan teknik dalam melakukan sesuatu acara
dengan harapan akan meningkatkan prestasi mereka dan akan memperoleh
peningkatan yang menggalakkan.
Daripada pengalaman pada peringkat awal lagi, rnurid-murid biasanya
menunjukkan potensi yang berbeza-beza. Umpamanya jika seseorang murid itu
rnenunjukkan prestasi yang baik dalam acara-acara larian, dia kurang berrninat
dalarn acara lompatan atau lontaran, begitu juga jika potensinya Iebih dalarn acara
lontaran, dia kurang berminat dalam acara lompatan.Daripada potensi yang
ditunjukkan inilah, murid-murid itu digilap dan diberi latihan serta pendedahan
dengan mengambil bahagian dalam perjumpaan olahraga dan semasa ke semasa.

Sebagai sukan, sememangnya olahraga merupakan jenis sukan yang


berlainan dan penyertaan yamg ramai.Dalam sesuatu perjumpaan sama ada

peringkat dunia atau.pun peringkat rantau kebangsaan, diadakan perjumpaan


khusus untuk sukan ini. Dengan pelbagai acara yang dipertandingkan sudah tentu
olahraga merupakan gelanggang terbaik untuk dilibatkan diri, terutamanya jika
jumlah pungutan pingat dijadikan faktor penentu dalam memastikan prestasi
sesebuah negara yang mengambil bahagian. Sukan olahraga boleh dijadikan sukan
pengukur yang utama.
Dan segi sambutan penonton dan orang ramai, mungkin di negara kita sukan
ini rnasih belumboleh dibanggakan jika dibandingkan. dengan sukan-sukan lain
seperti bola sepak atau badminton. Sehingga kini bilangan penonton tidak sesuai
kejohanan olahraga kebangsaan amat rnenyedihkan.Walhal menerusi olahraga
negara kita berjaya menyumbangkan jumlah pingat terbanyak umpamanya dalarn
Sukan SEA. Bagaimanapun pada peningkat antarabangsa, sambutan adalah
sungguh menggalakkan.Da!arn kebanyakan perjumpaan olahraga,bilangan
penonton kadang-kadang melebihi 50,000 orang.

Anda mungkin juga menyukai