Anda di halaman 1dari 6

MATEMATIK KEJURUTERAAN II

B2001

BAB 3
PEMBEZAAN
2.0 Pengenalan
Kebanyakan fenomena fizikal melibatkan penukaran kuantiti, misalnya kelajuan roket,
kadar inflasi, kekuatan gempa bumi, voltan elektrik dan sebagainya. Kecerunan bukit
boleh ditentukan dengan mempertimbangkan perubahan pada nilai menegak, y
terhadap perubahan nilai mengufuk, x.
Kecerunan bagi satu garis lurus ditakrifkan sebagai:
Kecerunan
= Perubahan pada y
Perubahan pada x
Untuk fungsi linear, kecerunannya sentiasa tetap iaitu tiada kadar perubahan. Jika fungsi
bukan linear dipertimbangkan, didapati bahawa kadar perubahannya tidak tetap.
f x h f x
Fungsi f dikatakan terbezakan pada x jika dan hanya jika had
wujud. Jika
h 0
h
had ini wujud , ia disebut pembezaan atau terbitan bagi f pada x dan dilambangkan
sebagai f ' x . Jika y di dalam sebutan x , maka pembezaan atau terbitan bagi y terhadap
df x
dy
x ditulis sebagai
. Ini bermakna f ' x setara dengan
.
dx
dx
Dalam bab ini, kita akan mempelajari dan memahami secara matematik tentang
perubahan dan pekadaran.
2.1 Idea Had
Aplikasi had juga diperlukan dalam kalkulus pembezaan atau terbitan. Pertimbangkan
suatu fungsi f yang ditakrifkan pasa suatu nombor yang berhampiran dengan c tetapi
tidak semestinya tertakrif pada c. Apabila x menghampiri c, f x akan menghampiri
suatu nombor. Pernyataan ini boleh ditulis seperti berikut:
had f x L
x c

Ini bermakna had bagi f x apabila x hampir dengan c tetapi tidak sama dengan c ialah
L. Konsep ini boleh diterangkan pada rajah di bawah.

Lengkungan di atas mewakili suatu fungsi f dan nilai c terletak pada paksi x . Dengan
menggunakan konsep had di dapati bahawa apabila x menghampiri c sama ada dari kiri
atau dari kanan , maka nilai f x akan mendekati L yang terletak pada paksi y.
15

LEILA @ JMSK

MATEMATIK KEJURUTERAAN II
B2001
Selain daripada kaedah jadual, kita juga boleh mengira had suatu fungsi dengan cara
menggunakan sifat-sifat had

f x A dan had g x B , maka


Jika had
x a
xa
1. had f(x) + g ( x ) = had f (x ) + had g (x )
xa

xa

xa

= A+ B
2. had f(x) - g ( x ) = had f (x ) - had g (x )
xa

xa

xa

= A- B
3. had f(x).g ( x ) = had f (x ) . had g (x )
xa

xa

xa

= AB

4. had
x a

had f x

f x
xa
=
g x
had g x
xa

A
=
, B0
B

5. had c = c dimana c ialah pemalar


xa

g x
6. had c . g(x ) = c had
x a
xa

= cA dimana c ialah pemalar

2.2 Pembezaan Menggunakan Prinsip Pertama


Pertimbangkan y= f(x) dan titik P (x , y ) di atas lengkung pada di bawah

y
y=f(x)
Q ( x + x , y + y)
y

P( x , y )

16

x
x
LEILA @ JMSK

MATEMATIK KEJURUTERAAN II
B2001
Jika x bertambah sebanyak x, y bertambah sebanyak y, maka koordinatnya menjadi
satu titik baru iaitu Q ( x + x , y + y ). Perhatikan apabila Q menghampiri P, x
menghampiri sifar,ditulis sebagai x

0.

Oleh yang demikian, daripada idea had, pembezaan

dy
mewakili kecerunan lengkung
dx

pada suatu titik dan kita akan memperolehi bahawa


dy
dx

Dengan demikian,

had

x 0

y
x

dy
y
boleh diterbitkan sebagai had
apabila x menghampiri sifar.
dx
x

Kaedah mencari pembezaan menggunakan idea had dikenali sebagaai kaedah Prinsip
Pertama.
2.3 Petua Asas Pembezaan
Ciri-ciri penting yang dapat diperhatikan dalam pembezaan ialah:
i. Indek bagi x berkurang 1 unit
ii. Hasil pembezaan didarab dengan indeks asal bagi x
Secara amnya, jika y = nx, maka

dy
= nx n 1 dan pernyataan ini adalah benar jika n
dx

ialah sebarang nombor nyata.


2.4 Pembezaan Bagi Fungsi-Fungsi Hasil Tambah Dan Hasil Tolak
Secara amnya, jika y = f(x ) + g(x ) maka
dan jika y = f(x ) - g(x ) maka

dy
f (x) + g(x)
dx

dy
f (x) g (x)
dx

2.5 Pembezaan Fungsi Gubahan


Pembezaan bagi fungsi-fungsi algebra seperti y=(1+x)4 atau y 1 x 2 tidak dapat
dilakukan menggunakan kaedah-kaedah seperti yang dibincangkan di atas. Fungsi di atas
dikenali sebagai fungsi gubahan dan untuk melakukan pembezaan bagi fungsi tersebut,
Petua Rantai digunakan. Petua ini kadangkala dikenali sebagai Pembezaan
menggunakan Gantian .

17

LEILA @ JMSK

MATEMATIK KEJURUTERAAN II
B2001
Jika y = f (u), di mana u adalah fungsi dalam x, maka
dy dy du

.
dx du dx

Secara amnya ,
d
d
(ax n b) k k (ax n b) k 1
(ax n b)
dx
dx
kanx n 1 ( ax n b) k 1

2.6 Petua Hasil Darab


Jika y = uv, di mana u dan v adalah fungsi-fungsi bagi x, maka
dy
dv
du
u
v
dx
dx
dx

2.7 Petua Hasil Bahagi


Jika y =

u
, di mana u dan v adalah fungsi-fungsi bagi x maka
v

dy

dx

du
dv
u
dx
dx
v2

2.8 Pembezaan Fungsi Trigonometri, Fungsi Logarithma Dan Fungsi Eksponen

18

LEILA @ JMSK

MATEMATIK KEJURUTERAAN II
B2001
Selain fungsi algebra yang telah dibincangkan di atas, pembezaan juga boleh dilakukan
ke atas fungsi-fungsi trigonometri, logarithma dan eksponen.
Pembezaan Fungsi Trigonometri
Pembezaan bagi fungsi-fungsi trigonometri dapatlah diringkaskan seperti berikut :
d
sin x kosx
dx
d
kosx sin x
dx
d
tan x sek 2 x
dx

Daripada contoh-contoh di atas didapati bahawa


d
sin( ax b) a kos(ax b)
dx
d
kos(ax b) a sin( ax b)
dx
d
tan(ax b) a sek 2 (ax b)
dx

Penghasilan rumus bagi


pembezaan trigonometri

Dengan menggunakan Petua Rantai juga, pembezaan fungsi-fungsi trigonometri dapat


dicapai menggunakan petua-petua berikut:
d
sin n x n sin n 1 x kosx
dx
d
kos n x n kos n 1 x sin x
dx
d
tan n x n tan n 1 x sek 2 x
dx
dan seterusnya
d
sin n (ax b) an sin n1 (ax b) kos (ax b)
dx
d
kos n (ax b) an kos n 1 (ax b) sin( ax b)
dx
d
tan n ( ax b) an tan n 1 ( ax b) sek 2 (ax b)
dx

Pembezaan Bagi Fungsi Logarithma

19

LEILA @ JMSK

MATEMATIK KEJURUTERAAN II
B2001

d
1
ln x
dx
x
d
a
ln(ax b)
dx
ax b

Pembezaan Fungsi Eksponen


Jika y = ex , maka
dan

d x
e ex
dx
d ax
e ae ax
dx

d ax b
e
ae ax b
dx

2.9 Pembezaan Peringkat Kedua


Jika y adalah fungsi dalam x , maka pembezaan peringkat pertama bagi ditulis sebagai
dy
dy
d dy
d2y
Membezakan
bagi kali kedua ditulis sebagai
( )
di mana ini
dx
dx
dx dx
dx 2

dikenali sebagai Pembezaan Peringkat Kedua. Secara amnya tatatanda bagi pembezaan
Peringkat Pertama ditulis sebagai
Kedua ditulis sebagai

dy
atau f '(x) manakala bagi Pembezaan Peringkat
dx

d2y
atau f "(x).
dx 2

20

LEILA @ JMSK

Anda mungkin juga menyukai