Anda di halaman 1dari 7

UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN

1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.


2. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta
dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik di antara
kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika
berlaku seri di tempat yang kelapan, ia tidak diputuskan. tetapi pesenta-peserta yang
seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan
peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8
peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan 6 percubaan sahaja.
[Nota: Maksud seri di sini ialah peserta-peserta mencapai aras yang sama oleh sebab
itu peraturan 146[3] tidak akan dikenakan]
3. Di tempat pertandingan, setiap peserta, jika boleh, diberi dua percubaan sahaja
untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta dipanggil
nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim.
4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar meggunakan alatalat itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk Iatihan,
dengan atau menggunakan bulatan dalam sekotor untuk latihan, dengan atau tanpa
alatan - alatan akan meninggalakan kesan.
5. Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah
memulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang peserta
dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.
6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap (keadaan tidak
bergerak) dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah
tangan sahaja. Semasa peserta membuat pemulaan lontaran dalam bulatan, peluru
mestilah menyentuh atau rapat dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke
bawah daripada tempat lontaran. Peluru tidak boleh dibawa kebelakang dan paras
garisan bahu.

7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari yang boleh membantu
peserta bila rnernbuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaan pita ditangan tidak
dibenarkan kecuali untuk membalut luka.
(b) Sarung tangan tidak boleh digunakan.
(c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan
bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja.
(d)

Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta peserta

dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu.


(e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam
bulatan atau kesutnya.
Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki
bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-mana bahagian sebarang
anggotan badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau
dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan.

9.

Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturan-

peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah memulakannya,


meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan
(semasa meninggalkan bulatan ia mestilah keluar dengan mengikut peraturan diberi di
bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan percubaan yang baru.
[Nota:

Semua pergerakan yang dibenarkan dalam perengganinmi adalah termasuk

dalam had maksimum masa untuk sesuatu percubaan seperti dalam Peraturan 142
para 4].
10.

Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaktah jatuh di datam kawasan

di antara dua sisi sebelah dalarn garisan 50mm lebar.

11.

Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada

tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru kebahagian dalam relung
bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.
12.

Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh tanah. Ia

mestitah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan ditandakan
dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan
berakhir di luanya. (Lihat para 17)
13.

Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa batik ketempat

pemulaan atau bulatan dan tidak secara dibaling.


14.

Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta, termasuk

lontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira.
15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang
disediakan oleh pihak Pengelola sahaja boleh digunakan, dan sebarang pengubahan
kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada
sesiapa pun di antara peserta akan dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam
gelanggang. Di pertandingan di antara dua atau lebih, para peserta boleh
menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan
tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum pertandingan
dijalankan dan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua yang rnengambil bahagian.
16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik
selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian
tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian
dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh
menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan
iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah
berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga

dengan

kasut

yang

sesuai

mengikut

mengganggunya ketika melakukan lontaran

keselesaan

peserta

dan

tidak

pula

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU


1.

Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya

berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik
dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan
tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas
yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa
yang berikutnya.
2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar
hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku
yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang
kurang rnemuaskan
3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri
seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya
menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit
meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan
kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.
4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran
pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa
yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa
gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan
akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan.
5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu
selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang
biasa berlaku ialah over pulled atau Thnder pulled. Ini berpunca dari tangan kiri yang
tidak dikunci sikunya. Over pulled bermakna pusingan yang terlebih dan Under pulled
pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah
lontaran.

6.

Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan

pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke


hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan
yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri,
manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.
7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450 Biasanya peluru yang menghasilkan jarak
yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450 Ianya bergantung kepada fasa
selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik.
Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan
juga jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya
sendiri jika dia cuai. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan
orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat dengan
peserta. Oleh itu adalah penting
Iangkah-Langkah Ini Diperhatikan:
1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.
2.

Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang

dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta.


3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut
peluru juga dilakukan serentak.
4.

Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan

membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid
memegang peluru.
5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.
6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak
5 meter antara satu sama lain.
7.

Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi

dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat
lontaran.
8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu kumpulan
9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.
10.

Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS.

Anda mungkin juga menyukai