Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI INDIVIDU

Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat
beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam
program Sayangi Sekolahku ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan
jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke
pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami
sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, Berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha
menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya
dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej
kami sebagai bakal guru yang disegani.
Selain itu juga faktor pengalaman sedia ada kami juga dapat dimanfaatkan dalam
merancang sesebuah program. Ramai antara ahli kelas kami yang sudah mempunyai
pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi
kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat
menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat
dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan
untuk menyempurnakan tugas tersebut.
Seterusnya dapat dilihat daripada kerjasama warga SK Taman Seri Saujana itu
sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan
aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, mereka juga
banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan
penyediaan tempat dan kawasan untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam
menjayakan program ini. Contohnya semasa aktiviti senaman pagi dan gotong royong yang
sekaligus mengeratkan hubungan di antara kami. Kami juga turut rasa dihargai dan berbaloi
merancang program Bina Insan Guru di tempat tersebut.
Walaubagaimanapun,

masih

terdapat

beberapa

beberapa

kelemahan

yang

mengganggu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai. Pertama
dari segi cuaca. Sepanjang sehari berada disana iklim cuaca tidak begitu menentu.. Hujan
telah turun pada sebelah petang dan agak mengganggu aktiviti gotong royong kami.
Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat. Sepanjang sehari kami berada di sana
masa yang dapat kami luangkan bersama-sama para peserta tidak banyak. Kami hanya
dapat berjumpa dengan mereka selepas mereka pulang dari sekolah dan sepanjang aktiviti
pada sebelah petang.

Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah pada
masa akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya mungkin
apabila menjalani Bina Insan Guru siri keempat, pastikan tarikh yang dipilih tidak bertemu
dengan hari persekolahan dan mungkin lebih elok jika program seperti ini dilakukan pada
waktu cuti sekolah. Masalah cuaca juga boleh diselesaikan jika pemilihan tarikh dilakukan
dengan merujuk ramalan kaji cuaca sekiranya terdapat aktiviti yang memerlukan kawasan
luar dewan yang luas. Sekaligus, perjalanan program yang telah dirancang berjalan dengan
lancar.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang
tempoh tiga hari dua malam kita perlu mempunyai perancangan yang rapi bermula dari
peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem supaya
program yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. jadikan pengalaman
orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat pertimbangan bijak
untuk menghadapi masalah yang mendatang.
Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman hidup bersama masyarakat
dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti gotong royong, kerana ia
dapat membantu para guru mendampingi masyarakat. Setiap latarbelakang komuniti dalam
sesebuah masyarakat adalah berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan jika ke
tempat orang. Jadi, melalui program seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba
mengadaptasi dengan komuniti dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosial seperti
berkomunikasi.
Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang guru haruslah
mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat kerana guru
berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi rujukan disekolah. Tugas
guru ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat melalui didikan kepada generasi
baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi kurikulum, agama serta
bangsa malah guru juga boleh menggantikan pemimpin kerana kualiti kepimpinan dan sikap
tanggungjawab yang terdapat pada seseorang guru.

Disediakan oleh,

(MUHAMAD BIN SMAIL)


OPSYEN

BM2 PPG AMBILAN JUN 2011

NO K.P.

781201015925

Anda mungkin juga menyukai