Anda di halaman 1dari 4

SK KAMPUNG KUDONG

86500 BEKOK,
SEGAMAT, JOHOR
KERTAS CADANGAN
MELUKIS MURAL

03 FEBRUARI 2015 20 FEBRUARI 2015

PROGRAM ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL SK KAMPUNG KUDONG

1.0 PENGENALAN
Projek melukis mural merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh
Panitia Pendidikan Seni Visual . Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan
pengisian program dengan mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas
bantuan dari semua guru-guru.
Pada masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk
dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan
lagi persekitaran sekolah.
2.0 RASIONAL
Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting
dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek mulukis mural ini dijalankan berhasrat
menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran
pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang bersih dan sihat akan
memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik
secara tidak langsung di sekolah.
3.2 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Menjadikan kawasan dinding pagar di hadapan berhampiran pondok letak
kereta sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.
4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.
5.0 NAMA PROGRAM
Projek Melukis Mural Dinding Pagar Dalam Kawasan Sekolah
6.0 ANJURAN
Pniti Pendidikan Seni Visual SK Kampung Kudong
7.0 TARIKH
2 Februari 2015 hingga 20 Februari 2015

8.0 TEMPAT
SK Kampung Kudong Bekok, Segamat.
9.0 ORGANISASI
Pengerusi

Tn. Hj Rusdin bin Mahammud


(Guru Besar SK Kampung Kudong)

Naib Pengerusi

En. Azman bin Ayun


( PGB 1)

Ketua Panitia

En. Moahamda Farez bin Basiran

Ahli Jawatankuasa

Semu guru Pendidikan Seni Visual

10.0

PELAN TINDAKAN PROJEK

Langkah
1

Aktiviti

Mencari bahan yang sesuai untuk melukis melalui internet.


Melakar lukisan.

Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat


pelaka dan berus.

3
4
5

Mewarnakan lukisan.
Memperbaiki ton warna
Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

11.0 SUMBER KEWANGAN


Peruntukan dari SK Kampung Kudong ( Panitia PSV)
12.0

ANGGARAN BELANJAWAN
BIL.
1.
2.

PERKARA

UNIT

Cat Pelaka (hitam, merah,


2
Kuning, Hijau, Biru)
Berus (8 dan 10)
8
JUMLAH KESELURUHAN

HARGA
SEUNIT (RM)
18.00
4.20

JUMLAH (RM)
180.00
33.60
213.60

13.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua
pihak.

Disediakan oleh:

...........
(MOHAMAD FAREZ BIN BASIRAN )
Ketua Panitia,
SK. Kampung Kudong

Disemak dan Disahkan oleh:

(Tn. Haji Rusdin bin Mahammud)


Guru Besar,
SK. Kampung Kudong

Anda mungkin juga menyukai