Anda di halaman 1dari 5

ALAM SEKITAR

KESENIAN, KEBAHASAAN, KEBUDAYAAN, DAN KESUSASTERAAN


SAINS DAN TEKNOLOGI
Apa itu teknologi? Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, teknologi merujuk kepada:-

1.

Aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian,

perubatan, perniagaan, sains gunaan dan lain-lain.


2.

Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn

pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan
komunikasi teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat
melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik
termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai teknologi: masyarakat ~
tinggi.

Kebaikan Teknologi:1.

Memudahkan Kerja Seharian


Teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Mesin basuh kain, mesin basuh pinggan dan
peti ais telah meringankan kerja di rumah dan hampir setiap rumah di Malaysia kini telah memiliki sekurangkurangnya mesin basuh kain dan peti ais. Para suri rumah tidak perlu lagi membasuh kain dengan
menggunakan tangan. Teknologi bukan sahaja telah membantu kerja-kerja di rumah menjadi semakin mudah
malah di pejabat juga. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan pekerja untuk membuat
salinan sesuatu dokumen . Disamping itu penggunaan applikasi seperti Microsoft Word telah memudahkan
pekerja dipejabat untuk membuat laporan, menaip surat dan sebagainya. Ianya jauh berbeza dengan
penggunaan mesin taip yang terpaksa menaip balik seluruh dokumen jika terdapat sebarang kesilapan.

2.

Menjimatkan Masa
Perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa. Perkembangan pesat teknologi pengangkutan
telah menjimatkan masa perjalananan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Penggunaan LRT dan komuter
menjadi pilihan warga kota untuk pergi dan balik dari kerja. Ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah
menjimatkan duit kerana penggunaan banyak minyak petrol di dalam keadaan jalan yang sesak dan sekaligus
dapat mengurangkan tekanan kepada mereka yang memandu. Teknologi juga telah banyak membantu petani
dalam mempercepatkan proses pembajakan tanah. Jika dahulu tanah dibajak dengan menggunakan cangkul
dan bajak besi, ianya memerlukan banyak tenaga manusia dan memakan masa yang lama. Penggunaan alat
pembajak seperti traktor telah banyak menjimatkan masa para petani.

3.

Kemudahan komunikasi
Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di
dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger,
Email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu,
suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam menyalurkan
maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk
menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas. Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk
berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk
berhubung sesama mereka.

4.

Teknologi perubatan membantu mengawal/mengubat penyakit


Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu menyelamatkan manusia. Penggunaan incubators
telah banyak membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan untuk terus hidup. Begitu juga dengan penggunaan
kimoterapi, ianya telah banyak membantu sesetengah pesakit kanser dalam mengubati penyakit mereka.
Walaupun tidak semua pesakit kanser boleh pulih dengan sesi kimoterapi tetapi ianya memberi sedikit harapan
kepada pesakit untuk terus hidup. Perkembangan teknologi pengimejan juga telah membantu dalam
mengenalpasti pelbagai jenis penyakit dengan lebih cepat dan mudah. Ianya sekaligus membantu untuk
kenalpasti rawatan yang diperlukan. Teknologi ini telah banyak membantu pengamal perubatan.

5.

Meningkatkan pengeluaran
Teknologi telah banyak membantu para peniaga dalam meningkatkan pengeluaran. Penggunaan pelbagai jenis
mesin dan peralatan telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan tenaga buruh,
contohnya penggunaan mesin dalam penyediaan makanan, pembuatan kereta dan sebagainya. Penggunaan
mesian dan peralatan ini mampu mengurangkan kebarangkalian dalam kerosakan sesuatu produk yang
dihasilkan.

Keburukan Teknologi:1.

Jenayah
Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah siber, ianya seperti kecurian
maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam , pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya.
Jenayah Siber amat berleluasa sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung. Kecanggihan teknologi telah
disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Di
samping itu, teknologi juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah contohnya dengan
penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta dan juga alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat
ini banyak digunakan oleh penjenayah.

2.

Kurang Pergaulan
Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya pergaulan dikalangan
remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya berlarutan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh
mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan masyarakat
sekeliling. Ini jelas memberi kesan yang negatif kepada individu tersebut. Perkembangan teknologi juga boleh
melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi apabila masing-masing sibuk dengan
telefon atau gadget masing-masing tanpa berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat
masyarakat di luar sana, terdapat ramai keluarga yang datang menjamu selera, duduk dalam satu meja tetapi
masing-masing sibuk dengan alat komukasi masing-masing. Inilah yang berlaku pada masa kini.

3.

Mengancam Nyawa Manusia


Teknologi nuklear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan teknologi nuklear banyak memberi
kebaikan kepada manusia, di samping kebaikan, ianya juga boleh memberi keburukan kepada manusia.
Tragedi di Chernobyl yang berlaku pada 1986 di Ukraine merupakan antara tragedi nuklear yang paling teruk
berlaku. Tragedi ini telah mengorbankan banyak nyawa manusia dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara
iaitu Belarus, Ukraine dan Russia. Kesan radiasi ini juga telah memberi impak yang buruk kepada manusia di
mana manusia boleh mendapat penyakit kanser dan penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang.

4.

Menjejaskan kesihatan

Pada masa kini terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus dimakan. Pernahkah kita terfikir, adakah
makanan dalam tin selamat untuk dimakan? Apakah bahan yang digunakan bagi memastikan ianya tahan
lama? Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi makanan seperti sulfur dioksida, asid
benzoik da asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sesak nafas. Disamping itu juga,
kenderaan yang terlampau banyak di kota raya juga boleh menjejaskan kesihatan manusia akibat daripada
pelepasan asap dari kenderaan.

Read more: http://alyadina.blogspot.com/2013/04/kebaikan-dan-keburukan-teknologi.html#ixzz32zg8EdUi


Sains dan Teknologi: Suatu kelebihan atau kemudaratan?
Ditulis oleh Norkumala binti Awang. Posted in Artikel
Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Sains dan teknologi
membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan. Namun,
dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan
yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada
membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat.
Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam
pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk
dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Semua ini tidak dapat
dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan
sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan sains
dan teknologi yang lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak
mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Tidak hairanlah jika kini banyak
pengamalan sains dan teknologi juga mengundang kepada kemudaratan jika batas- batas
penerokaan ilmu sains tidak menepati apa yang telah Islam utarakan.
Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan mampu
melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata
sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu
sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi
kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah
terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam
sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan
penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk
menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundangkan kepada kemusnahan alam
sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap kepakaran yang tinggi
dan peralatan canggih diperlukan untuk membina sendiri sebuah bom nuklear.
Kini kawalan terhadap bahan radioaktif sebenarnya amat longgar memandangkan amalannya kian
meluas. Kesan daripada letupan bom kotor mungkin tidak sedahsyat bom nuklear tetapi boleh
menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas. Sudah tentu
ia memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai
keselamatan sinaran. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan ketakutan yang akan menjejaskan
kegiatan sesebuah masyarakat. Usaha pembersihan kawasan yang dicemari radiasi juga menelan
belanja yang tinggi dan membabitkan tenaga kerja yang ramai dan peralatan yang canggih.
Bukankah ia akan memberi kesan kepada ketenteraman awam, menyebabkan kegawatan ekonomi
negara malah ia turut tersebar melalui tiupan angin dan tekanan udara ke negara yang
bersempadan. Kesan inilah yang turut dibimbangi oleh banyak pihak kerana penyalahgunaan
kemajuan teknologi yang sedia ada.
Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan
masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh
diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan
dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Namun di
sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang
sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan
kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar
di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya,
internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan
kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini
akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan akan merosakkan pembangunan nafs mereka.
Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula
pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di mana maklumat sulit sesebuah
negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga, pengubahsuaian ke atas
sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan buruk kerana boleh menyebabkan
fitnah.

Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi
teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food)
yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta
meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang
dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan
pelbagai gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan ialah sumber genetik yang
digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian tersebut dikhuatiri daripada benda-benda
yang dilarang oleh syarak. GMF juga memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana
mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya.
Isu pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak. Hasil kemajuan teknologi
mampu memindahkan genetik dari satu organisma ke organisma lain. Ini akan menghasilkan satu
organisma yang sama dengan yang induk. Isu ini agak dibimbangi kerana takut disalahgunakan
oleh pihak tertentu untuk tujuan pengklonan manusia. Hal ini terlalu menyimpang dari landasan
agama yang sebenar. Begitu juga dengan teknologi "stem cell" yang banyak kelebihannya dalam
membantu mengatasi pelbagai penyakit. Namun apa yang dikhuatiri jika penggunaan "embryonic
stem cell" bakal disalahgunakan juga untuk pengklonan manusia.
Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada
kebaikan disamping terselit juga keburukan. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai
perlulah berlandaskan nilai- nilai Islam dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah
ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak terpesong dan tidak
mendatangkan keburukan kepada ummah kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya kita juga
yang menciptakannya.

kesan kemajuan sains


Sungguhpun kemajuan sains dan teknologi memberi sumbangan yang besar kepada bidang perubatan namun wujud beberapa masalah
daripada hasil kemajuan tersebut. Bincangkan.
Pengenalan:
Sains dan teknologi memberi sumbangan besar kepada bidang perubatan. Sumbangan itu dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti
kaedah rawatan, ubat-ubatan, peralatan dan aspek-aspek lain. Namun di sebalik semua sumbangan itu terdapat juga beberapa masalah
hasil kemajuan tersebut.
A. Sumbangan
1. Peralatan
Pelbagai peralatan perubatan dicipta. Peralatan ini digunakan untuk merawat dan mengesan penyakit. Alat-alat ini mampu mengesan
sesuatu penyakit dengan tepat dan merawat dengan berkesan. Sebagai contoh: x-ray, ultrasound. Pelbagai peralatan dicipta untuk
merawat. Sebagai contoh: peralatan pembedahan.
2. Ubat-ubatan
Kemajuan sains dalam bidang kimia dan biologi membantu bidang perubatan mencipta pelbagai ubat moden. Penemuan ubat-ubat untuk
bius, penahan sakit, antibiotik; pelbagai vaksin untuk membina ketahanan badan; pelbagai vitamin untuk pertumbuhan dan kesihatan
manusia.Penemuan-penemuan ini memberi sumbangan besar dalam bidang perubatan. Membantu menyembuhkan penyakit dengan
lebih cepat, mengurangkan kesakitan kepada pesakit.
3. Penyelidikan dan Pembangunan
Kemajuan sains memberi sumbangan besar kepada bidang perubatan dalam R&D. Pelbagai perlatan sains digunakan secara meluas
dalam R&D bidang perubatan. Banyak peralatan ICT digunakan secara meluas dalam R&D. Sebagai contoh penggunaan kamera.
Kemajuan sains membolehkan R&D dalam bidang perubatan berkembang pesat. Pelbagai jenis penyakit dapat dikesan. Pelbagai kaedah
dan ubat dicipta.
4. Kaedah rawatan
Pelbagai prosedur rawatan telah diperkenalkan dengan kemajuan sains dalam bidang perubatan. Pesakit dirawat dengan pelabagai
kaedah mengikut kesesuaian. Rawatan dibuat melalui pengambilan ubat, pembedahan, pemindahan organ, penggunaan organ tiruan dll.
Kaedah-kaedah ini ternyata kurang risiko, tidak menyakitkan, memeberi keselesaan kepada pesakit.
B. Masalah
5. Kesan sampingan
Pelbagai bentuk kesan sampingan dialami oleh pesakit. Ubat-ubatan yang berasaskan bahan kimia akan memberi kesan sampingan
kepada seseorang jika digunakan dalam jangka masa yang lama. Seseorang akan terdedah kepada kerosakan organ-organ badan lain
seperti hati dan buah pinggang. Alat-alat dan prosedur rawatan moden rawatan seperti x-ray dam kimoterapi turut memberi kesan
sampingan.
6. Alahan
Ramai pesakit mempunyai ketahanan yang yang rendah terhadap tindak balas yang terhasil akibat penggunaan sesuatu ubat. Keadaan
ini menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti gatal-gatal.
Kesimpulan:

Walaupun terdapat pelbagai kesan sampingan terhadap kesihatan, namun itu adalah masalah yang kecil jika dibandingkan dengan
sumbangan yang begitu besar kepada dunia perubatan.

Anda mungkin juga menyukai