Anda di halaman 1dari 2

Soalan perbincangan kumpulan kecil 1 b : Bincangkan bagaimana

seseorang guru boleh meningkatkan ciri-ciri profesion keguruannya.


Sebagai seorang guru yang professional, kemahiran dan pengetahuan
mengenai kaedah dan teknik pengajaran perlu diperkemaskan dari semasa
ke semasa. Guru perlu melengkapkan diri dengan pembaharuan dan
perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan terhadap perkembangan yang
pesat dalam bidang pendidikan. Dalam bidag pendidikan hari, sering kita tidak
dapat

memisah

penggunaan

ICT

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Oleh itu, guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan


ICT. Hal ini bukan semata-matanya untuk menyesuaikan dirinya dengan
keadaan bidang pendidikan hari ini tetapi dapat memberi pengetahuan yang
lebih kepada murid kerana maklumat-maklumat tambahan boleh didapati
dengan mudah dan cepat sekali.
Selain itu, sebagai seorang guru yang sentiasa berusaha untuk
meningkatkan kualiti kerjayaan, guru boleh menulis jurnal reflektif selepas
proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah catatan tentang sesuatu
peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat pencapaian murid agar guru
dapat mengambil tindakan susulan untuk menyelesaikannya. Ia memberi
peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan
kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta
membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Maka ia dapat
memastikan guru sentiasa mempertingkatkan kualiti pengajaran dan dan
pembelajaran dalam kelas.
Tambahan pula, seorang guru haruslah bertingkah laku begitu rupa
supaya menjadi contoh teladan yang baik terhadap murid-murid. Murid sering
melihat guru mereka sebagai contoh teladan yang positif. Guru yang dilihat
sebagai baik, berkelakuan sopan dan berjaya dalam pelajaran akan dijadikan
idol oleh seseorang pelajar itu. Pada mata pelajar, guru seperti ini berupaya
untuk memberikan mereka semangat untuk berjaya dalam hidup lalu menjadi
seorang insan yang berguna di dunia ini sama seperti guru mereka itu. Oleh
itu, guru perlu mempunyai identiti sahsiah dan ketrampilan sebagai guru agar
dapat menjadi teladan yang baik untuk diikuti oleh murid-muridnya.

Di samping itu, guru harus berupaya membuat keputusan dalam hal


bilik darjah dalam profesion keguruan. Profesion keguruan bukan sahaja
mengajaratau mendidik anak bangsa, malah pentadbir dan guru harus boleh
membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan
menilai semula hasil sesuatu perkarayang dijalankan. Kini pentadbir bersama
dengan guru perlu membuat keputusan secara kritis dan kreatif di dalam dan
di luar bilik darjah demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dalam
pengurusan sekolah.
Seterusnya, guru boleh mempertingkat tahap professional diri guru
melalui aktiviti perbincangan intelektual antara guru. Guru boleh mengadakan
perbincangan intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai
pengetahuan baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti
pembinaan item soalan. Melalui aktiviti ini, guru yang berpengalaman di
tempat bertugas berkongsi pengalaman dan makluat dengan memberi
nasihat, dan bimbingan berterusan antara guru agar dapat meningkatkan
tahap profesionalisme mereka.
Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah.
Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Usaha
guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan
dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia perlu
diamalkan dari semasa ke semasa untuk memastikan cirri-ciri profesionalisme
keguruan dapat ditingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai