Anda di halaman 1dari 2

Lampiran 5.

4a

Aktiviti-Aktiviti Penulisan Reflektif

Penulisan reflektif
Satu penulisan di mana pelajar mengeluarkan idea dan pendapat serta menjana dan
menyusunnya menjadi satu penceritaan memerlukan seseorang itu menggunakan
semua kuasa intelek yang ada dan seterusnya mewujudkan tumpuan atau fokus yang
diperlukan untuk membuat refleksi sesuatu perkara yang boleh dijadikan fokus atau
topik untuk pengajaran dan pembelajaran
Penulisan Jurnal
Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau
bidang yang perlu diberi penekanan. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung,
menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan.
Penulisan jurnal bertujuan untuk memberi peluang pelajar menyimpan catatan
penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk renungan, menilai tugas dan
tanggungjawab yang telah dijalankannya, dan menjadikannya asas/panduan tindakan
susulan serta sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah pembimbing/guru
pembimbing. Dalam pada itu, penulisan jurnal dapat meningkatkan kemahiran
profesionalisme pelajar.
Garis Panduan
3.1.
Pelajar dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum.
3.2.
Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian
dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan
dan cadangan untuk tindakan pembetulan/dan penambahbaikan.
3.3.
Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan
mengatasi masalah yang telah dicatatkan.
3.4.
Pelajar dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan
susulan yang telah dicatatkan.
3.5.
Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai guru.
3.6.
Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masa
praktikum untuk disemak.

Temuduga Reflektif
Proses ini biasanya dilakukan secara berpasangan di mana individu pertama akan
mengemukakan sesuatu perkara atau isu selama lebih kurang 15 minit diikuti dengan
rumusan yang dibuat oleh peserta kedua tentang apa yang diperkatakan. Seterusnya
peserta bertukar peranan di mana peserta kedua pula yang bercakap dan peserta
pertama membuat rumusan; temuduga reflektif ini memberi peluang kepada pesertapeserta untuk mendengar idea mereka sendiri semasa mereka bercakap dan
mendengar orang lain bercakap.

Wacana Analitikal (Analytic Discourse)


Strategi ini mempunyai persamaan dengan temuduga reflektif tetapi dalam strategi ini
panel seramai 3 ke 6 orang yang berkongsi minat atau keraguan yang sama melakukan
temuduga tersebut.
Refleksi kumpulan
Gabungan antara penulisan reflektif dan temuduga reflektif di mana setelah setiap ahli
membuat penulisan reflektif masing-masing satu perjumpaan akan diadakan dan
temuduga reflektif akan dijalankan dengan memanggil secara rawak mana-mana
pasangan untuk melakukannya; setelah semua ahli selesai melakukan temuduga, setiap
isu atau idea yang sama yang telah dikenal pasti akan dikumpul dan dijadikan sebagai
fokus yang boleh dijadikan topik kajian.
Refleksi Mingguan
Strategi ini merupakan refleksi pangalaman sepanjang minggu yang merangkumi
aspek-aspek berikut:

Pemerhatian yang direkodkan dalam bilik darjah, murid dan guru


Pengertian atau soalan-soalan tentang pemerhatian-pemerhatian atau aktiviti-aktiviti
Aktiviti-aktiviti yang diperhatikan
Pencapaian-pencapaian yang paling membanggakan
Bidang-bidang yang memerlukan tugas tambahan
Matlamat utama untuk minggu berikut
Bidang yang mana anda ingin bantuan daripada pembimbing anda

Refleksi ini boleh dibuat dalam satu atau dua muka surat. Adalah berfaedah untuk
pelajar mencatat pemerhatian setiap hari supaya dapat membuat rujukan semasa
membuat refleksi.

Anda mungkin juga menyukai