Anda di halaman 1dari 5

ASPIRASI MENJANA PERPADUAN KAUM DAN KEJAYAAN

Cetusan barakah saya tujukan kepada tuan Pengerusi Majlis.

Kombinasi kehakiman intelek berkarisma.

Guru-guru,

Kawan-kawan

dan seterusnya saentaro dewan sekalian.

“Aspirasi Menjana Kejayaan dan Perpaduan Kaum ” demikianlah bunyinya


tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang mulia ini.

Tali tangsi pengikat lada,

Anak bersia terkena pukat;

Nilai aspirasi kukuh di dada,

1Malaysia pasti tercegat.

Burung kedidi dipohon nangka,

Anak bayan hingga di dahan,

Orang berbudi kita berbahasa,

Mesra ikatan erat perpaduan.

Pantun empat kerat ini menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum yang

diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak

asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti

Melayu , Cina, India, Kadazan, dan sebagainya. Peribahasa “rambut sama hitam, hati

lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama
tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Jadi, dengan mewujudkan

perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang

mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai.

Para hadirin yang dihormati,

Perpaduan jitu adalah asas kepada pengukuhan Malaysia sebagai sebuah negara
aman dan harmoni. Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai contoh negara
berbilang kaum yang hidup bersama dalam suasana damai dan harmoni.“Ini sesuatu
yang perlu kita kekalkan dan terus perjuangkannya, perpaduan adalah identiti kita
dan imej yang mentakrifkan Malaysia,” katanya dan menambah ini adalah satu
daripada aspirasi popular yang disuarakan semasa sesi dialog TN50 yang diadakan
setakat ini.

Beberapa langkah perlu diambil dan dikekalkan dalam usaha memastikan rakyat di

Malaysia ini terus bersatu padu.

Pemantapan lagi penggunaan bahasa Melayu khususnya melalui sistem pendidikan

sama ada di peringkat sekolah termasuk sekolah vernakular hingga ke peringkat

pendidikan tinggi.Menurut Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu

digunakan sebagai alat komunikasi yang penting untuk menyatu-padukan semua

lapisan masyarakat. Oleh itu anak-anak kecil daripada pelbagai kaum perlu diajar

menggunakan bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berkomunikasi bersama

rakan di sekolah dan seterusnya hingga ke peringkat universiti.

Selain itu, kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum haruslah

dihormati dan dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum

masing-masing dengan harmoni. Contohnya, melalui cara mereka berpakaian, amalan

beragama dan perayaan.


Sewajarnya sikap saling menghormati dan memahami budaya sesama kaum ini

perlu dipertahankan demi kesinambungan perpaduan negara. Amalan ini bukan

sahaja menggambarkan persefahaman malah meningkatkan lagi kemesraan sesama

kaum. Dalam pada itu amalan Rumah Terbuka 1Malaysia yang diadakan bagi meraikan

satu-satu perayaan dilihat mampu memupuk perpaduan. Rakyat Malaysia yang

berbilang kaum akan saling berkenalan, bermesra dan merasai juadah enak yang

disediakan.

Perpaduan kaum juga boleh dipupuk melalui amalan bersukan. Contoh terbaik ialah

menjadikan minggu ke dua bulan Oktober setiap tahun sebagai hari aktiviti sukan di

tempat tinggal kita seiring dengan penganjuran Hari Sukan Negara.Baru-baru ini,

filem arahan Teng Bee yang berjudul Lee Chong Wei telah mendapat sokongan padu

daripada rakyat Malaysia. Filem ini tidak saja menghiburkan, juga sarat dengan

mesej positif. Malah, ia rujukan terbaik untuk anak muda yang selama ini

mengangkat Lee Chong Wei sebagai hero mereka. Filem ini mengisahkan kehidupan

awal Chong Wei yang penuh liku sehingga beliau muncul sebagai pemain badminton

nombor satu dunia. Naskhah itu sarat dengan nilai kasih sayang, pengorbanan,

perjuangan, ikatan kekeluargaan dan semangat cintakan negara. Apatah lagi, ia

menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang mahu berjaya ke peringkat

antarabangsa.

Warga dewan yang budiman,

Ilmu tak kenal bangsa.

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan

sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan

pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi
sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini.

Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan

perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1 Malaysia. Pada

masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang

dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang

dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara

kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun

lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan

pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan

karyanya yang berjudul “Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu

Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-

dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak

sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara?

Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah

mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat

menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.

Seterusnya, perpaduan juga tidak akan memberi makna tanpa kestabilan politik.

Oleh itu, setiap pemimpin negara harus menjaga kestabilan politik supaya keamanan

rakyat tidak tergugat.Melalui kestabilan politik rusuhan kaum dan perpecahan dapat

dielakkan, pada masa sama akan mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara ini.

Masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan

kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti

kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen

Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum,


menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang

berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan

bangsa.

Sebagai intihanya, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Usaha-usaha

untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi

yang tidak berbelah bahagi oleh semua pihak. Setiap seorang daripada kita sama

ada remaja, belia, dewasa, warga emas, petani, ahli politik hinggalah ke tokoh

korporat perlu mengambil bahagian bagi memastikan perpaduan di negara kita lebih

kukuh kelak. Warga Malaysia, inilah satu-satunya negara kita, jadi menjadi

tanggungjawab kita untuk sama-sama berganding bahu membangunkannya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai