Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

BENGKEL PENGURUSAN PASCA


SISWAZAH
FAKULTI PENDIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN MANUSIA

29 HINGGA 31 DISEMBER 2014


1

1. TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan
Institut Pengajian Siswazah bagi mengadakan Bengkel Pengurusan
Pasca Siswazah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia pada 29
hingga 31 Disember 2014.
2. LATAR BELAKANG
Pada ketika ini, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
merupakan fakulti yang paling ramai dari segi bilangan pelajar pasca
siswazahnya dan juga penawaran kursus, berbanding fakulti lain di
UPSI. Dengan pelbagai program dan kursus yang ditawarkan kepada
pelajar-pelajar setiap semester, terdapat isu dan masalah dalam
pengurusan dan pentadbiran pasca siswazah telah dikenal pasti dari
semasa ke semasa.
Justeru bengkel ini perlu diadakan bagi
merancang,
memantau
dan
mengambil
langkah-langkah
penambahbaikan yang sewajarnya bagi menjamin proses pentadbiran
berlaku dengan lancar dan berkesan.
3. OBJEKTIF BENGKEL
3.1
3.2

3.3
3.4
3.5
3.6

Membina Pakej Program bagi program-program pasca siswazah


Membincang dan mewujudkan syarat-syarat khas bagi
pengambilan pelajar-pelajar memasuki program-program pasca
siswazah
Membincang dan menyelesaikan isu-isu berkaitan penyeliaan
pelajar
Membincang langkah-langkah proaktif dalam menambah
bilangan pelajar-pelajar luar negara
Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu
lain berkaitan pengurusan pasca siswazah
Membina takwim aktiviti untuk tahun 2015

4. PESERTA BENGKEL
2

Bengkel ini akan disertai seramai 19 orang kakitangan FPPM, seperti


berikut:
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8

Dekan
Timbalan Dekan Pengajian Siswazah
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi
Timbalan Dekan Akademik
Semua penyelaras program (seramai 12 orang)
Penolong Pendaftar
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Kanan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

5. TARIKH
29 hingga 31 Disember 2014
6. TEMPAT
De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang.
7. IMPLIKASI KEWANGAN
Sumber kewangan adalah menggunakan peruntukan daripada Institut
Pengajian Siswazah.
Butiran perbelanjaan adalah seperti di
Lampiran 1
8. ATURCARA BENGKEL
Seperti di Lampiran 2
9. SYOR
Pihak Institut Pengajian Siswazah adalah dengan ini dipohon untuk
meluluskan pelaksanaan bengkel ini dengan menggunakan peruntukan
kewangan Institut Pengajian Siswazah, seperti di para 7.
Disediakan oleh:


Encik Suhaimi bin Zulkipli
Penolong Pendaftar FPPM

Disemak dan disahkan oleh:

.....................
Prof. Dr. Abdul Malek bin Abdul Rahman
Timbalan Dekan Pengajian Siswazah FPPM

Anda mungkin juga menyukai