Anda di halaman 1dari 2

Aku adalah sebatang pensil.Aku diperbuat daripada kayu yang berkualiti.

Nama
aku Faber-Castell.Aku dilahirkan di sebuah kilang pensil yang terletak di Shah
Alam, Selangor.
Badanku berwarna hitam tetapi kawan-kawanku berwarna biru,kuning,merah dan
hijau.Setelah siap diproses , aku dan beribu-ribu kawanku yang lain disusun ke dalam
kotak .Kemudian kami dihantar ke kedai buku.
Pada suatu hari, ada seorang murid memasuki kedai buku. Murid itu ternampak aku lalu
membeli aku. Aku dijaga dengan baik .
Tuan aku sentiasa menggunakan khidmat aku kerana mata aku hitam dan pekat.Badan aku
cantik ,baru dan aku adalah tertinggi dikalangan pensil lain yang terdapat didalam kotak
pensilnya.
Semakin hari badanku semakin pendek kerana badanku diasah untuk sentiasa nampak
tajam.Apabila badanku pendek ,tuan aku jarang menggunakan aku lalu dia membeli pensil
yang baru untuk menggantikan aku.Aku pula dibuangnya ke tong sampah.
Aku berasa sedih kerana dibuang ke dalam tong sampah yang busuk tetapi aku tetap bangga
kerana dapat berkhidmat kepadanya.Begitulah riwayat hidupku sebagai sebatang
pensil.Bersemadilah aku dalam tong sampah yang busuk itu.

Aku Sebatang pen berjenama Pilot. Aku dilahirkan di sebuah kilang alat tulis Pilot
yang terkenal di negeri Melaka. Badanku berwarna merah gelap. Darahku berwarna merah.
Selepas aku diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Badanku dibalut
dengan sekeping plastik. Kemudian, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah
lori untuk dihantar ke sebuah kedai alat tulis. Dalam perjalanan, aku telah berkenalan dengan
ramai kawan-kawan yang baru yang berlainan jenama iaitu seperti Kilometrico, Faber
Castell, Luna, Pappermate, Pelikan dan sebagainya. Perjalanan itu mengambil masa dua jam
untuk tiba ke destinasi.
Sebaik sahaja kami tiba di sebuah kedai alat tulis. Aku terus dipamerkan bersama
barangan lain. Aku dipamerkan di dalam almari kaca bersama-sama dengan pen-pen yang
berjenama daripada luar negara. Disitu, aku telah berkenalan lagi dengan kawan baru. Pada
suatu hari seorang wanita bernama Linda datang membeliku. Rupa-rupanya Linda merupakan
seorang guru.
Linda selalu membawaku ke sekolah. Aku digunakan untuk menanda buku-buku
latihan murid-muridnya. Linda seorang guru yang berdedikasi dan murah hati. Apabila rakan
sekerjanya memerlukan pen, Linda akan meminjamkan aku kepada mereka. Kesemua
rakannya memuji aku kerana darah merahku yang terang dan mudah digunakan. Begitu juga
dengan Linda. Dia sangat menyukai aku. Linda menjaga aku dengan baik. Setiap kali selepas
aku digunakan, aku akan disimpan dengan baik.
Lama-kelamaan darahku mulai kering. Aku tidak dapat bekerja lagi. Linda berasa
sedih kerana aku tidak dapat berkhidmat lagi kepadanya. Walau bagaimanapun, Linda telah
menyimpan aku dengan baik di dalam sebuah bekas pensel. Aku berasa bangga mempunyai
tuan yang baik hati seperti Linda. Kini tuanku Linda telah mempunyai pen yang baru.

Anda mungkin juga menyukai