Anda di halaman 1dari 1

Teknik Asas Makmal Berkenaan Kerja Kaca

Sebagai seorang guru Sains adalah penting menjadi bijak untuk memanipulasi kaca
menjadi sesuatu kegunaan di dalam makmal. Pada asasnya, guru Sains mestilah mengetahui
bahawa terdapat dua jenis alat kaca yang digunakan di makmal iaitu kaca borosilikat yang lebih
tebal, keras dan tidak mudah pecah oleh haba.(contoh: bikar, tabung uji dan condenser dan
kaca kapur soda yang lebih rendah ketahanan terhadap haba dan kimia.(contoh: botol dan
bekas kaca) Dalam pada itu, pengetahuan guru dalam kerja kaca dari segi memotong tiub kaca
bermula dari menanda bahagian yang hendak dipotong dengan pemotong kaca atau kikir tiga
segi dan kemudian meletakkan kedua-dua ibu jari kepada garisan yang telah dibuat dan
menyentap dengan perlahan lalu keratan yang dibuat itu perlu dilicinkan dengan cara dibakar.
ntuk memasukkan tiub kaca yang disediakan ke dalam penyumbat getah!gabus, adalah
penting untuk mempunyai kemahiran memasukkan tiub kaca ke dalam penyumbat dengan
memegang berhampiran lubang penyumbat, dan memasukkan tiub perlahan-lahan secara
putaran selepas menyapukan sedikit bahan pelincir pada kedua-dua lubang penyumbat dan
hujung tiub kaca tersebut.
Selain daripada itu, pengetahuan dalam mengendalikan kerja kaca juga melibatkan
kemahiran membaiki radas kaca yang rosak. "erosakan pada bahagian tertentu seperti
penyambung atau tiub sisi yang tidak melibatkan tiub utama boleh cuba diperbaiki. #adas kaca
yang mengalami kerosakan minor seperti terkopek pada bibir kelalang konikal boleh dibakar
untuk melicinkannya dan radas boleh digunakan semula. Pengetahuan dalam kerja kaca dapat
membantu guru Sains dalam mereka bentuk peralatan kaca yang kecil seperti penitis, rod kaca,
tiup penyambung berbentuk $ dan tiub % dan sebagainya untuk kegunaan di makmal dan
memperbaiki kerosakan pada peralatan dan ini secara tidak langsung dapat memberi keyakinan
pada diri guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai