Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya,

saya diberi ruang dan peluang untuk menyampaikan sepatah dua


kata untuk majlis yang penuh makna ini. Majlis ini dibuat khusus
untuk meraikan persaraan Puan Hamidah binti Ismail, guru besar
sk slg utama yang sangat saya hormati dan kasihi.

Saya sebagai PK HEM SK Slg Utama, ingin mengambil


kesempatan ini untuk menyatakan betapa saya sangat berbangga
kerana dapat berkhidmat di bawah pentadbiran Puan Hamidah.
Beliau adalah seorang pentadbir yang sangat dedikasi dan tidak
pernah lokek memberi tunjuk ajar kepada saya. Sehingga ke saat
ini, Puan Hamidah masih bekerja keras melunaskan amanah yang
diberikan kepadanya bagi memastikan semuanya berjalan lancar
selepas peninggalannya. Puan Hamidah yang saya kenali
mempunyai
wawasan
yang
jelas
dalam
melestarikan
kecemerlangan pendidikan murid-murid di sekolah ini. Beliau
tegas, berterus terang, cekap dan mempunyai pengetahuan yang
luas dalam pengurusan sekolah.

Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini menyusun jari


sepuluh memohon kemaafan dari puan hamidah seandainya ada
yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah tingkah laku.
Maafkan saya jika ada perlakuan dan tutur bicara
yang
menyinggung perasaan puan. Segala jasa bakti puan sepanjang
berkhidmat di sekolah ini akan saya kenang selagi hayat di
kandung badan. Semoga puandiberi kesihatan yang baik dalam
mengharungi kehidupan semasa pencen nanti. Sekian terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai