Anda di halaman 1dari 5

Bil

:(23)KPFB/A-01-11

Tarikh: 21 Julai 2008 Pengarah Besar FELDA Timbalan Pengarah Besar FELDA (Operasi) Timbalan Pengarah Besar FELDA (Pembangangunan & Perancangan) Pengarah Jabatan Ketua Eksekutif Pengurus Besar Kanan Pengurus Besar Pengurus Besar Wilayah Pengurus Rancangan Pengurus Projek Semua anggota, Tuan, SKIM BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN ANGGOTA DAN TANGGUNGAN ANGGOTA Adalah dimaklumkan bahawa bagi memperluaskan tanggungjawab sosial dan kebajikan kepada angota-anggota, KPF mewujudkan skim bantuan khairat kematian untuk anggota-anggota KPF. 2. Skim bertujuan memberi bantuan bagi membiayai urusan

pengkebumian anggota, isteri/suami dan anak-anak anggota yang masih di dalam tanggungan iaitu yang berumur 18 tahun ke bawah. 3. Peraturan dan syarat-syarat skim ini alah seperti berikut: 3.1 Kelayakan anggota untuk menerima bantuan kematian ini ialah seperti berikut: (a) Setiap anggota perseorangan telah menjelaskan modal syer layak minimum menerima maka bantuan keluarga khairat anggota yang (isteri/suami/anak yang berumur di bawah 18 tahun) kematian disediakan oleh KPF.

(b) Sekiranya kedua-dua suami atau isteri ialah anggota KPF hanya seorang sahaja yang layak membuat tuntutan bantuan urusan pengkebumian anak mereka. (c) Kadar bantuan yang diberikan sekiranya berlaku

kematian ialah: (i) Kematian anggota (ii) Kematian Isteri/suami (iii) Kematian anak :RM1,000.00 :RM 500.00 :RM 250.00

(d) Bayaran akan dijelaskan dengan cek kepada waris terdekat seperti berikut: i. ii. iii. jika bujang - kepada ibu atau bapa ; jika berkahwin - kepada isteri atau suami ; jika duda - kepada salah seorang anak yang telah berumur 18 tahun ke atas atau jika tiada mempunyai anak, kepada ibu atau bapa atau waris yang difikirkan layak menerima yang telah menguruskan pengkebumian jenazah anggota yang berkaitan ; iv. jika balu - kepada salah seorang anak yang telah berusia 18 tahun ke atas. Jika tiada anak, kepada ibu atau bapa atau waris yang difikirkan layak menerima yang telah menguruskan pengkebumian jenazah anggota berkaitan. v. Jika seseorang anggota itu tiada mempunyai keluarga seperti yang tersebut di atas, maka bantuan khairat kematian telah tersebut akan diberikan kepada sesiapa yang difikirkan layak menerimanya yang menguruskan pengkebumian jenazah anggota berkaitan.

(e) Untuk membuat tuntutan pembayaran khairat kematian, keluarga anggota hendaklah mengemukakan dokumendokumen yang berikut : i. Dua (2) salinan sijil kematian anggota itu (permit pengkuburan jika sijil kematian belum diperolehi) yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah atau Pegawai Perubatan atau Ketua Projek yang mana berkenaan ; ii. Dua (2) salinan kad pengenalan waris yang dikenalpasti layak menerima; iii. Alamat terkini waris berkenaan untuk urusan penghantaran cek. (f) Tuntutan pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian. 3. Skim Bantuan Khairat Kematian Anggota dan Tanggungan Anggota ini

berkuatkuasa 1 Julai 2008. 4. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Tuntutan Bantuan Khairat

Kematian Anggota dan Tanggungan Anggota, untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya Sekian. Yang benar, KOPERASI PERMODAAN FELDA BERHAD

(DATO AHMAD TARMIZI ALIAS) Pengerusi

KOPERASI PERMODALAN FELDA BERHAD


(Koop Negara No. 39)

BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN ANGGOTA DAN TANGGUNGAN ANGGOTA A. Diisi Oleh Pemohon:

Saya _________________________________ No.K/P ___________________ dan No. yang Anggota bernama ______________ yang beralamat/bertugas memiliki No di Kad _____________________ memohon bantuan khairat kematian isteri/suami/anak _____________________________yang Pengenalan/Surat Beranak _____________________yang telah meninggal dunia pada ____________ Tandatangan Pemohon ___________________ B. Tarikh:________________

Pengesahan Ketua Jabatan/Pengurus Syarikat/Pengurus Rancangan:

Saya memperakukan bahawa keterangan yang diberikan oleh pemohon adalah benar. Tandatangan & Cop __________________ C. Kelulusan Tarikh:________________

Diluluskan/tidak diluluskan bantuan sebanyak RM __________________________ Tandatangan & Cop __________________ Nota: Syarat-syarat permohonan seperti dibelakang. Tarikh:________________

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN


Kelayakan anggota/waris anggota untuk menerima bantuan kematian ini: (a) Setiap anggota perseorangan telah menjelaskan modal syer minimum maka keluarga anggota (isteri/suami/anak yang berumur di bawah 18 tahun) layak menerima bantuan khairat kematian yang disediakan oleh KPF. Sekiranya kedua-dua suami atau isteri ialah anggota KPF hanya seorang sahaja yang layak membuat tuntutan bantuan urusan pengkebumian anak mereka. Kadar bantuan yang diberikan sekiranya berlaku kematian ialah: (i) (ii) (iii) (d) Kematian anggota Kematian Isteri/suami Kematian anak :RM1,000.00 :RM 500.00 :RM 250.00

(b) (c)

Bayaran akan dijelaskan dengan cek kepada waris terdekat seperti berikut: (i) (ii) (iii) jika bujang - kepada ibu atau bapa ; jika berkahwin - kepada isteri atau suami ; jika duda - kepada salah seorang anak yang telah berumur 18 tahun ke atas atau jika tiada mempunyai anak, kepada ibu atau bapa atau waris yang difikirkan layak menerima yang telah menguruskan pengkebumian jenazah anggota yang berkaitan ; jika balu - kepada salah seorang anak yang telah berusia 18 tahun ke atas. Jika tiada anak, kepada ibu atau bapa atau waris yang difikirkan layak menerima yang telah menguruskan pengkebumian jenazah anggota berkaitan. Jika seseorang anggota itu tiada mempunyai keluarga seperti yang tersebut di atas, maka bantuan khairat kematian tersebut akan diberikan kepada sesiapa yang difikirkan layak menerimanya yang telah menguruskan pengkebumian jenazah anggota berkaitan.

(iv)

(v)

(e)

Untuk membuat tuntutan pembayaran khairat kematian, keluarga anggota hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang berikut : (i) Dua (2) salinan sijil kematian anggota itu (permit pengkuburan jika sijil kematian belum diperolehi) yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah atau Pegawai Perubatan atau Ketua Projek yang mana berkenaan ; Dua (2) salinan kad pengenalan waris yang dikenalpasti layak menerima/pemohon; Alamat terkini waris berkenaan untuk urusan penghantaran cek.

(ii)

(iii)
(f)

Tuntutan pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.

Anda mungkin juga menyukai