Anda di halaman 1dari 16

Mendorong Anak-anak Kecil - Episod 2

Pagi hari kedua menjadi guru ganti, pelajar-pelajar 2 Omar kelihatan lebih
bersemangat belajar berbanding semalam. Nampak sahaja muka saya, mereka
tersenyum-senyum. Ada juga yang menjerit memanggil nama saya dan melambailambai tangan kepada saya.

Cikgu..cikgu. Sapa mereka.

Saya membalas sapaan mereka dengan memberikan senyuman yang paling manis.
Apabila melihat ada pelajar melambai-lambaikan tangan dari tempat duduk mereka,
saya juga membalas dengan lambaian tangan. Sesekali saya mengangguk-angguk
kepala kepada pelajar-pelajar yang memanggil. Seronok sungguh mereka apabila
sapaan dan lambaian tangan mereka berbalas.

Al-Quran merupakan subjek pertama bagi pelajar-pelajar kelas 2 Omar pada hari ini.
Selesai pelajar memberi salam dan membaca doa, saya telah mengaplikasi Teknik
Tidak Menegur Kesalahan Tetapi Menerangkan kepada pelajar-pelajar 2 Omar.

Berdasarkan hadith hadith 12 Malaikat, Anas melaporkan, pada suatu hari ada
seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang
sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh
mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran
thoyiban mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya,
Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Semua orang yang ada diam
sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, Siapakah
tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu
yang berdosa. Lalu seorang lelaki berkata, Tadi saya datang dengan termengahmengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu. Kemudian, Nabi Muhammad berkata,
Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata
itu. -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam hadith di bawah ini, seorang lelaki melakukan beberapa kesalahan secara
terbuka di dalam masjid semasa orang-orang lain sedang sembahyang:

1. Lelaki itu datang lambat.

2. Dia bercakap kuat di dalam masjid.


3. Apabila ditanya dia tidak mengaku.

Nabi Muhammad sama sekali tidak menegur kesalahan lelaki itu dengan berkata:

"Orang lain sudah mula sembahyang tapi kamu baru sampai." (SALAH)
"Perbuatan kamu itu mengganggu orang lain sedang khusyuk sembahyang"
(SALAH)
"Apabila saya tanya, kamu tidak menjawab." (SALAH)

Di sebalik sikap Nabi Muhammad yang tidak menegur kesalahan lelaki itu adalah
prinsip 'menyelamatkan maruah orang yang melakukan kesalahan'. Apabila lelaki
itu tidak ditegur oleh Nabi Muhammad dia tidak berasa dirinya dimalukan di
hadapan orang ramai, dengan itu maruahnya tidak jatuh.

Sebelum pelajaran dimulakan, apabila melihat ada di kalangan pelajar yang


bercakap-cakap dan mengusik kawan-kawannya di dalam kelas, saya tidak menegur
kesalahan mereka. Sebaliknya, saya hanya menerangkan perkara-perkara yang
tidak boleh dilakukan oleh pelajar apabila guru sedang mengajar.

Saya berkata, Apabila cikgu atau ustazah sudah berada di dalam kelas, dan dia
sudah siap untuk memulakan pelajaran, seorang pelajar tidak boleh melakukan
beberapa perkara ini. Antara perkara-perkara yang tidak boleh dibuat oleh seorang
pelajar ketika guru sedang mengajar ialah;

Pertama, seorang pelajar tidak boleh bercakap dengan kawan-kawannya. Ini


kerana, apabila kita bercakap dengan kawan, ia akan mengganggu kawan-kawan
yang mahu belajar. Selain itu, bercakap akan membuatkan kita tidak faham apa
yang sedang cikgu atau ustazah terangkan. Kecuali kalau cikgu atau ustazah
bertanya, baru kita jawab.

Kedua, seorang pelajar tidak boleh bermain seorang diri atau bermain dengan
kawan-kawannya. Apabila kita main, kita tidak dapat dengar apa yang sedang cikgu
atau ustazah ajar. Kita tidak akan faham apa yang cikgu atau ustazah ajar di
hadapan.

Ketiga, seorang pelajar tidak boleh bergurau atau usik kawan-kawannya. Ini
kerana, apabila kita usik kawan-kawan, kita sudah ganggu kawan yang mahu
belajar. Nanti, kita dan dia tidak akan faham apa yang cikgu atau ustazah cakap dan
ajarkan.

Keempat, seorang pelajar juga tidak boleh tidur di dalam kelas ketika cikgu atau
ustazah mengajar.

Belum pun selesai menerangkan perkara keempat yang tidak boleh dilakukan oleh
pelajar ketika guru mengajar, beberapa orang pelajar lelaki 2 Omar menyampuk,
Dia cikgu. Dia selalu tidur masa cikgu mengajar.

Ya, cikgu. Dia tiap-tiap hari tidur. Sambung seorang lagi pelajar lelaki 2 Omar
sambil menunding jari kepada seorang pelajar lelaki yang duduk di pertengahan
barisan meja pelajar.

Pelajar itu memandang saya takut-takut. Saya tidak berkata apa-apa, hanya diam
sambil memberikan seulas senyum kepada pelajar tegar tidur kelas 2 Omar
tersebut.

Kemudian, saya memulakan pelajaran dengan meminta para pelajar meletakkan


buku teks Al-Quran di atas meja masing-masing. Apabila melihat semua pelajar
meletakkan buku teks masing-masing di atas meja, saya memuji mereka
berdasarkan Format Pujian Nabi.

Saya memuji mereka dengan berkata, Sungguh ustazah kagum apabila semua
pelajar membawa buku. Inshaallah, siapa sahaja yang bawa buku akan menjadi
pelajar yang berjaya dalam pelajaran .

Alangkah sukanya pelajar-pelajar 2 Omar mendengar pujian saya. Mereka


tersenyum suka apabila dipuji.

Antara ciri-ciri pujian Nabi Muhammad ialah:


Pilih satu kebaikan yang dilakukan oleh orang itu dan berikan pujian serta-merta
serta secara terbuka supaya pelajar-pelajar lain dapat mendengarnya.
Pujian itu ditujukan kepada hasil kerja yang dilakukan oleh orang itu, bukan
ditujukan kepada diri orang itu.
Dalam pujian itu nyatakan impak positif perbuatan yang dipuji.
Format pujian Teknik Nabi;
1. Pujian dimulakan dengan ayat, Saya kagum,
Saya suka,
Saya bangga,
Saya gembira
Saya kagum dengan kata-kata itu.
ustazah kagum apabila semua pelajar membawa buku."

2. Puji hasil kerja:


Saya kagum dengan kata-kata itu.
Sungguh ustazah kagum apabila semua pelajar membawa buku.

3. Nyatakan impak positif perbuatan yang dipuji:


Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu.
Inshaallah, siapa sahaja yang bawa buku akan menjadi pelajar yang berjaya dalam
pelajaran.

Kemudian saya bertanyakan pula kepada pelajar-pelajar 2 Omar perkara yang sama
seperti semalam, Siapakah antara kamu semua yang mahu pinjamkan ustazah
buku teks?

Pelajar-pelajar 2 Omar berebut-rebut menjawab, Saya, ustazah sambil


mengangkat buku teks masing-masing untuk diberikan kepada saya. Seorang
pelajar lelaki yang kedudukan mejanya hampir dengan meja guru langsung bangun
berjalan menuju ke meja guru dan menghulurkan bukunya kepada saya.

Saya menyambut huluran buku tersebut dengan memberikan pujian kepadanya,


Terima kasih kerana pinjamkan buku ini pada ustazah. Ustazah kagum. Malaikat
pasti menulis kebaikan untuk kamu kerana telah meminjamkan buku ini pada
ustazah.

Sebaik pujian tersebut saya katakan, pelajar-pelajar 2 Omar yang lain mengeluh,
Ala, ustazah. Kitorang bagi juga buku, tapi ustazah tak ambil.

Nampaknya, impak memuji semalam telah mendorong pelajar-pelajar 2 Omar


berebut-rebut mahu meminjamkan buku kepada saya. Dan pujian kepada pelajar
yang memberikan buku teksnya kepada saya telah menyebabkan pelajar-pelajar 2
Omar tidak berpuas hati apabila buku mereka tidak diambil.

Bagi meredakan ketidakpuasan hati mereka, saya meneladani sikap Nabi


Muhammad dalam menangani orang yang tidak berpuas hati berdasarkan hadith
Bersin.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh saidina Anas bin Malik yang berbunyi,
Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad Dia melaporkan
suatu peristiwa yang dia pernah saksikan. Menurutnya, pernah berlaku pada suatu
masa ada dua orang lelaki bersin dekat dengan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad
berdoa untuk salah seorang daripada mereka berdua dengan ucapan,
Yarhamkallah. Manakala yang seorang lagi pula bersin tetapi tidak didoakan oleh
Nabi Muhammad. Lelaki itu tidak puas hati lalu berkata, Mengapakah apabila si
polan bersin, tuan mendoakan dia, tetapi apabila saya bersin, tuan tidak
mendoakan saya? Nabi Muhammad menjawab, Selepas dia bersin, dia membaca
Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak membaca Alhamdulilliah. (Lembaran
aktiviti 1, Mendorong Pelajar Kelas Corot: Teknik Memberi Ganjaran)

Dalam hadith ini, ada dua orang bersin dekat dengan Nabi. Yang seorang membaca
Alhamdulillah selepas dia bersin, dan seorang lagi tidak membaca,
Alhamdulillah selepas dia bersin. Nabi Muhammad mendoakan lelaki yang bersin
dengan membaca, Alhamdulillah itu dengan doa, Yarhamkallah." Manakala lelaki
yang bersin tanpa menyebut Alhamdulillah itu tidak didoakan oleh Nabi.

Lelaki yang tidak membaca, Alhamdulillah selepas bersin itu tidak berpuas hati
kerana Nabi Muhammad tidak mendoakannya. Dia bertanya kepada Nabi
Muhammad, Mengapakah apabila si polan bersin, tuan mendoakan dia, tetapi
apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya?

Nabi Muhammad hanya menerangkan sebab mengapa lelaki tersebut tidak


didoakan sebagaimana lelaki yang seorang lagi dengan berkata, Selepas dia
bersin, dia membaca Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak membaca
Alhamdulilliah.

Nabi Muhammad tidak melakukan perkara-perkara di bawah ini untuk


menyelesaikan ketidakpuasan hati lelaki tersebut;

Nabi Muhammad saw tidak memarahi orang yang tidak puas hati itu dengan
berkata: Kenapa awak cemburu? (Salah)
Nabi Muhammad saw tidak menasihati orang yang tidak berpuas hati itu dengan
berkata: Kalau awak hendak saya doakan awak, awak kenalah perbaiki kerja
awak. (Salah)
Nabi Muhammad saw tidak membandingkan orang yang tidak puas hati itu dengan
orang yang dapat ganjaran dengan berkata: Lain kali awak kenalah buat kerja elokelok macam Si Fulan, barulah saya beri awak ganjaran macam dia juga. (Salah)
Nabi Muhammad saw tidak mengkritik orang yang tidak puas hati tu dengan
berkata: Sikap awak tidak betul. Awak hendak saya beri ganjaran, tetapi kerja
awak tidak semenggah!" (Salah) ~(Lembaran aktiviti 1, Mendorong Pelajar Kelas
Corot: Teknik Memberi Ganjaran)

Mendengarkan keluhan pelajar-pelajar 2 Omar yang tidak berpuas hati kerana


pujian diberikan kepada pelajar yang meminjamkan buku teks tersebut, saya
berkata, Ustazah memuji dan mengambil buku dia kerana dia datang ke meja guru

dan memberikannya sendiri kepada ustazah. Sedangkan kamu hanya memberikan


buku untuk diambil dari tempat duduk masing-masing.

Pelajar-pelajar 2 Omar senyap selepas mendengar penerangan saya tersebut.


Barangkali penerangan saya tadi telah membuatkan mereka berpuas hati. Namun,
saya tetap memuji niat mereka yang mahu meminjamkan buku kepada saya
menggunakan Format Pujian Nabi. Ini kerana, niat untuk memberi pinjam buku juga
merupakan kebaikan. Dan pujian berdasarkan Teknik Nabi sudah boleh diberikan
sebelum, semasa dan selepas kerja dilakukan.

Saya berkata, Jangan risau. Walaupun ustazah tidak mengambil buku kamu, kamu
tetap mendapat pahala kerana ada niat nak beri ustazah pinjam buku. Ustazah
sangat gembira apabila semua pelajar mahu meminjamkan buku kepada ustazah.
Kamu akan mendapat pahala atas niat kamu yang mahu meminjamkan buku
tersebut.

Yeayyeay!
Yeay, kita pun dapat pahala. Sorak pelajar-pelajar 2 Omar sebaik mendengar katakata saya.

Selepas itu, P&P untuk mata pelajaran Al-Quran dapat dijalankan dengan lancar.
Setiap kali melihat kebaikan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar 2 Omar, saya akan
memuji mereka mengikut Format Pujian Nabi. Sepanjang P&P berlangsung, semua
pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik. Pelajar yang tegar ridur di dalam
kelas juga belajar sebagaimana kawan-kawannya yang lain.

Selepas tamat masa belajar subjek Al-Quran, saya mengajar mata pelajaran Jawi
pula di dalam kelas 2 Omar. Perbahasan untuk mata pelajaran Jawi kali ini adalah
berkenaan Suku Kata Nama Tertutup + Suku Kata Nama Terbuka.

Belum sempat saya membuka mulut bertanyakan kepada pelajar-pelajar 2 Omar


sekiranya ada yang sudi meminjamkan buku, seorang pelajar lelaki dari barisan
belakang bangun datang ke meja guru. Dia memberikan buku teks Jawinya kepada
saya untuk digunakan.

Katanya, Ustazah, ini buku saya. Saya pinjamkan pada ustazah untuk ustazah ajar
kami.

Sungguh saya amat terkejut dan kagum dengan perbuatan pelajar tersebut. Terharu
juga ada, hampir-hampir mahu menangis (oh, saya ini orang cengeng. Jangan lupa
itu). Dari tempat duduknya yang jauh di belakang, dia datang ke meja guru
semata-mata mahu meminjamkan buku teksnya kepada saya. Datang pula sebelum
ditanyakan. Allah maha besar, hebatnya Teknik Nabi.

Saya memuji perbuatannya tersebut berdasarkan Format Pujian Nabi. Saya


memujinya dengan berkata, Sungguh ustazah bangga kamu sanggup bangun
datang ke meja guru semata-mata mahu pinjamkan buku kepada ustazah. Allah
akan berikan pahala yang banyak kepada kamu. Setiap langkah kaki kamu berjalan
ke meja guru akan ditulis malaikat sebagai perbuatan baik yang kamu buat pada
hari ini.

Pelajar tersebut mengangguk-angguk dan senyum malu-malu mendengar pujian


saya. Dia kembali ke tempat duduknya dengan senang hati.

Format pujian Teknik Nabi;


Pujian dimulakan dengan ayat, Saya kagum,
Saya suka,
Saya bangga,
Saya gembira
ustazah bangga kamu sanggup bangun

Puji hasil kerja:


Saya kagum dengan kata-kata itu.
Sungguh ustazah bangga kamu sanggup bangun datang ke meja guru sematamata mahu pinjamkan buku

Nyatakan impak positif perbuatan yang dipuji:


Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu.
Allah akan berikan pahala yang banyak kepada kamu. Setiap langkah kaki kamu
berjalan ke meja guru akan ditulis malaikat sebagai perbuatan baik yang kamu buat
pada hari ini.

Selepas itu, saya memulakan P&P Jawi dengan membaca dan mengeja potonganpotongan ejaan Suku Kata Nama Tertutup dan Suku Kata Nama Terbuka.

Ba..alif..ba.
Bawau..bu.
Alifaaa.
Ha..nun..han.
Kaf..ro..kar.
Dal..alif.. Da.
Tha..nga..tang.
Alif..ha..ah.

Saya mengeja dan membunyikan ejaan suku kata satu persatu. Kemudian pelajarpelajar 2 Omar turut ikut membaca secara beramai-ramai.

Baiklah, sekarang kita akan bina perkataan dari suku kata yang telah dibaca.
Terang saya kepada pelajar-pelajar 2 Omar.

Cikgu, macam mana?

Begini. Kita akan menggabungkan setiap ejaan suku kata dengan satu ejaan suku
kata yang lain. Sebagai contoh, Ba..alif, bunyinya ba. Tha..nga..pula, bunyinya

tang. Apabila kita gabungkan ba + tang, jadilah perkataan yang bunyinya,


batang.

Ooo, macam tu. Senang saja cikgu. Dal..alif..da, Ha..nun..han (da + han), dahan.
Betul tak cikgu? Tanya seorang pelajar yang duduk di barisan hadapan.

Bagus, tepat sekali. Itu tandanya kamu faham apa yang ustazah ajarkan. Pelajar
itu senyum mendengar pujian saya.

Selepas itu, beberapa orang pelajar lagi mengangakat tangan mahu mencuba
membina perkataan.

Cikgu, alif..aaa, kaf..ro..kar (a + kar), akar.


Cikgu, ba..alifba, thanga..tang (ba + tang), batang.
Cikgu, ba..wau..bu, alif..ha..ah (bu +ah), buah.

Bagus, tepat sekali. Tiga bintang.

Sebaik selesai membina dan menuliskan sepuluh perkataan yang dieja pelajar di
papan putih, saya meminta pelajar-pelajar 2 Omar menyalin semula perkataanperkatan tersebut di dalam buku tulis sebagai latihan untuk mereka pada hari itu.
Mereka menyalin dengan senang hati.

Ketika menanti latihan tersebut siap disalin, saya memantau pelajar-pelajar 2 Omar
yang tekun membuat kerja dari meja guru. Ketika mata menyinggah pada barisan
pertengahan meja pelajar lelaki, pelajar tegar tidur tadi kelihatan menguap-nguap
sambil menyalin latihan. Sebaik dia meletakkan kepalanya di atas meja dan
matanya terkelip-kelip, saya buat-buat tidak nampak.

Dalam Teknik Nabi Muhammad mendorong orang-orang corot, apabila seseorang


malakukan perkara yang salah dan juga perkara yang betul dalam masa yang

sama, Nabi Muhammad pura-pura tidak nampak kesalahan yang dilakukan,


sebaliknya Nabi Muhammad memuji kebaikan yang dilakukan oleh orang tersebut.
Teknik ini disebut, Tutup Mata pada Kesalahan, Puji Kebaikan

Berdasarkan hadith 12 Malaikat, Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang
lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang,
dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu
sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan
fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, Siapakah tadi yang
mengucapkan kata-kata itu? Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang
pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, Siapakah tadi yang mengucapkan
kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa. Lalu
seorang lelaki berkata, Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya
ucapkan kata-kata itu. Kemudian, Nabi Muhammad berkata, Sungguh, saya
nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu. -- Hadith No.
271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Nota: 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' bermakna 'Segala


puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh kebaikan.' ~Blog Tim Hadith
Psikologi.

Kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu:


Lelaki itu datang lambat. Orang lain sudah mula bersembahyang dia baru sampai
dalam keadaan terkocoh-kocoh.
Dia bercakap kuat di dalam masjid sampai Nabi Muhammad yang khusyuk itu pun
dapat mendengar suaranya.
Apabila ditanya oleh Nabi Muhammad siapa yang bercakap kuat tadi, dia tidak
mengaku.

Kebaikan yang dilakukan oleh lelaki itu:


Datang lambat bukanlah perbuatan berdosa, cuma kuranglah pahalanya. Walaupun
dia datang lambat, tetapi dia datang juga ke masjid.
Dia sempat ikut sembahyang berjemaah.

Walaupun dia bercakap kuat, tetapi kata-kata yang diucapkannya adalah kata-kata
yang bagus, kerana dia memuji-muji Allah.
Walaupun dia lambat, sampai dalam keadaan terkocoh-kocoh dan termengahmengah, dia tetap ingat kepada Allah, dan mulutnya memuji-muji Allah.
Tidak ada sesiapa menyuruh dia berzikir tetapi dia mengambil inisiatif melakukan
perbuatan baik itu.
Seni kata dalam bacaan zikirnya itu adalah ciptaannya sendiri.

Saya cuba mempraktikkan teknik ini bagi mengatasi rasa mengantuk seorang
pelajar tegar tidur 2 Omar tersebut.

Dalam situasi pelajar 2 Omar, pelajar tegar tidur tersebut menguap dan mula mahu
tidur dengan meletakkan kepalanya di atas meja. Ini merupakan kesalahan kerana
di awal pelajaran, saya sudah menerangkan beberapa perkara yang tidak boleh
dilakukan oleh seorang pelajar apabila guru berada di dalam kelas antaranya adalah
tidur. Dalam masa yang sama, dia menulis latihan Jawi yang diberikan di papan
putih.

Saya tidak menegur, memarahi, mengkritik dan menyiasat mengapa pelajar


tersebut menguap dan mahu tidur. Sebaliknya, saya bangun daripada tempat duduk
menuju ke meja pelajar tersebut dan memuji kebaikan yang sedang dilakukan
pelajar tersebut iaitu menyalin latihan di dalam buku tulis walaupun dia amat
mengantuk.

Saya berkata, Ustazah kagum kamu tetap buat latihan walaupun kamu terpaksa
lawan rasa mengantuk. Apabila selalu kamu lawan rasa mengantuk ketika belajar,
kamu tidak akan tidur di dalam kelas. Kamu juga tidak akan tertinggal dalam
pelajaran.

Pelajar tersebut memandang saya tanpa sebarang reaksi di wajahnya. Namun,


sebaik saya mengangkat kaki dari tempat duduknya, dia bangun duduk seperti
biasa menyalin latihan.

Kemudian, saya memantau pula pelajar-pelajar 2 Omar yang sedang menulis


latihan. Kelihatan beberapa orang pelajar menguap-nguap seperti pelajar tegar
tidur tadi. Seperti yang dilakukan kepada pelajar tegar tidur tadi, saya juga berpurapura tidak nampak pelajar-pelajar 2 Omar lain yang sedang menguap-menguap.

Sebaliknya, saya memberikan penyelesaian kepada semua pelajar 2 Omar dengan


mengajak mereka bangun dan bermain. Saya berkata, Baiklah, letakkan pensil
kamu. Sekarang kita akan bermain sekejap bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Kamu ikut apa yang ustazah cakap, jangan ikut apa yang ustazah tunjuk.
Cikgu, macam mana? Tak faham.
Begini, apabila ustazah sebut hidung, kamu tunjuk hidung. Jangan ikut apa yang
ustazah tunjuk. Ini kerana, boleh jadi ustazah sebut hidung, tetapi ustazah tunjuk
perut. Itu sudah salah. Faham?
Faham, cikgu.

Kami bermain permainan Dengar dan Tunjuk ini selama beberapa minit. Apabila ada
pelajar yang silap dalam mendengar arahan, mereka akan salah menunjuk. Pecah
tawa seisi kelas. Ini membuatkan kelas ceria dan rasa mengantuk tidak lagi terasa.

Setelah selesai bermain, kami menyambung semula pelajaran yang tertangguh.


Tiada lagi pelajar yang mengantuk dan mahu tidur. Semuanya berusaha
menyiapkan latihan yang diberikan. Seorang demi seorang datang ke meja guru
menghantar latihan yang sudah siap disalin.

Catatan mengenai panggilan Ustazah Comel yang pernah dikongsi di Fb.

Ketika saya menanda buku tulis Jawi pelajar, beberapa orang pelajar 2 Omar
mengerumuni meja guru. Mereka bertanya, Cikgu, nama cikgu siapa?

Haah, nama cikgu siapa? Saya suka belajar dengan cikgu. Berulangkali
pertanyaan itu diajukan oleh pelajar-pelajar 2 Omar yang sedang mengelilingi meja
guru.

Pada mulanya, saya hanya diam memikir-mikir. Apakah perlu atau tidak saya
memberitahu nama kepada pelajar-pelajar yang bertanya. Namun entah bagimana,
tiba-tiba terasa mahu mengusik mereka.

Panggil saya Ustazah Comel. Jawab saya sengaja mahu bergurau dan melihat
reaksi mereka.

Haa.., nama cikgu Ustazah Comel? Tanya seorang pelajar yang mahukan
kepastian.

Saya hanya tersenyum sambil ketawa kecil. Mengangguk tidak, menggeleng juga
tidak. Melihat saya tidak berkata apa-apa, pelajar-pelajar yang sedang menanti
buku tulisnya ditanda melaung kepada kawan-kawannya yang masih berusaha
menyelesaikan latihan yang diberikan.

Wei, nama cikgu Ustazah Comellah. Kita kena panggil cikgu Ustazah Comel.
Nama cikgu Ustazah Comel. Sahut beberapa orang pelajar yang berada di
hadapan meja guru pula.

Tidak lama selepas itu, beberapa orang pelajar benar-benar memanggil saya
dengan gelaran tersebut.

Cikgu..Ustazah Comel... Ustazah Comel.


Ustazah Comel, saya sudah siap salin latihan di dalam buku tulis. Seorang pelajar
mengangkat tangan.

Cikgu Ustazah Comel, saya pun sudah siap.

Hampir sahaja terburai tawa saya mendengar kata-kata mereka. Niat mahu
mengusik, bertukar jadi malu pula. Sakit juga perut menahan ketawa. Lebih tidak
tahan, sudahlah dipanggil cikgu, dipanggilnya juga ustazah. Aduh, budak-budak
kecil ini memang lurus. Apa sahaja kita ajarkan mereka akan cepat ikut.

Eh, jangan panggil Ustazah Comel. Nama ustazah Siti Khadijah. Panggil Ustazah
Khadijah atau Cikgu Khadijah. Akhirnya saya terpaksa juga memberitahu nama
sebenar kepada semua pelajar-pelajar 2 Omar.

Ooo, nama cikgu Ustazah Siti Khadijah. Mereka mula membetulkan panggilan
daripada Ustazah Comel kepada Cikgu Siti Khadijah.

Selesai menanda semua buku latihan pelajar 2 Omar, saya memberitahu mereka
bahawa hari ini adalah hari terakhir saya mengajar mereka.

Saya berkata, Hari ini adalah hari terakhir ustazah mengajar kamu. Esok, guru
kelas kamu akan datang semula untuk mengajar kamu. Terima kasih kerana beri
kerjasama selama ustazah mengajar kamu. Ustazah suka mengajar kamu kerana
kamu semua ikut dan buat apa yang ustazah suruh. Ustazah sangat yakin, kalau
beginilah sikap kamu, kamu semua akan menjadi pelajar yang berakhlak baik dan
berjaya dalam pelajaran. Belajarlah rajin-rajin agar kamu menjadi orang berguna.

"Cikgu, saya pun suka belajar dengan cikgu."


"Saya pun suka cikgu."
"Saya pun."

Selepas waktu rehat, saya mengajar di dalam kelas 2 Abu Bakar pula sehingga
waktu balik. Apabila semua pelajar 2 Abu Bakar sudah pulang, seorang pelajar kelas
2 Omar datang menghampiri saya dan berkata, Cikgu, nanti bila-bila cikgu kelas
saya tiada, cikgu ganti ajar kelas saya ya. Saya suka belajar dengan cikgu.

Inshaallah. Jawab saya pendek.

Pelajar tersebut menyalami tangan saya dan kemudian menuju ke tangga untuk
pulang. Dia melambai-lambaikan tangannya kepada saya sambil berkata, Cikgu,
kan seronok kalau cikgu kelas saya pergi kursus hari-hari. =)

Anda mungkin juga menyukai