Anda di halaman 1dari 10

Menyelesaikan Pergaduhan Berdasarkan Hadith Menjaga Perpaduan dalam

Barisan Kepimpinan
Beberapa hari sebelum peperiksaan pertengahan tahun berlangsung,
berlaku dua pergaduhan di kalangan pelajar 5 Ali dan 5 Omar. Untuk entri
kali ini, saya kongsikan dahulu aplikasi Teknik Nabi Muhammad
menyelesaikan pergaduhan yang berlaku kepada dua pelajar 5 Ali yang
bernama Abang Ngah dan Angah 2.

Seperti biasa sebelum memulakan P&P di dalam kelas 5 Ali, akan ada
beberapa orang pelajar meminta izin untuk turun ke surau bagi menunaikan
solat Zohor. Oleh kerana sudah sedia maklum akan perkara ini, saya sering
masuk ke dalam kelas lebih awal daripada waktu mengajar yang sepatutnya.

Pada hari itu, saya masuk ke dalam kelas 5 Ali lima belas minit lebih awal.
Saya duduk di meja guru sambil memerhatikan kebersihan kelas dan pelajarpelajar 5 Ali yang baru tiba di dalam kelas dengan menyandang beg sekolah
masing-masing.

Ustaz, saya belum solat Zohor. Saya nak turun solat di surau boleh? Tanya
Abang Ngah kepada saya.

Saya hanya menganggukkan kepala. Tidak lama selepas itu, datang lagi
empat lima orang pelajar ke meja guru meminta kebenaran melakukan
perkara yang sama seperti Abang Ngah. Mereka turun ke surau sekolah yang
terletak di bangunan seberang jalan bagi menunaikan solat Zohor.

Setelah berlalu beberapa waktu, Abang Ngah muncul kembali dengan wajah
mencuka dan kelihatan marah. Tanpa ucapan salam sebelum masuk ke
dalam kelas, dia langsung duduk di mejanya sambil menahan nafas yang
tercungap-cungap. Saya yang sedang berbual dengan pelajar-pelajar 5 Ali di
dalam kelas memandang Abang Ngah dengan pandangan yang berisi tanda
tanya. Namun tidak pula saya bertanya apakah yang sebenarnya berlaku
kerana mengikut Teknik Nabi Muhammad yang tidak menyiasat kesalahan.
Saya hanya memerhatikan tingkah laku Abang Ngah daripada jauh.

Dia kemudian memangku kepala dengan kedua tangannya. Bahunya tibatiba terenjut-enjut. Menurut saya, barangkali dia menangis. Tepat tekaan
saya. Abang Ngah benar-benar menangis.

Ustaz, Abang Ngah menangis. Tadi, dia dengan Angah 2 bergaduh di surau.
Aiman dan beberapa orang pelajar yang baru naik dari surau datang ke meja
saya memberitahu.

Ketika itu, semua pelajar yang mendapat kebenaran menunaikan solat Zohor
telah kembali berdiri di tempat masing-masing. Saya mencari kelibat Angah
2. Dia juga telah berdiri di tempatnya. Riak wajahnya tidak menampakkan
sebarang tanda-tanda muram, tidak berpuas hati apalagi marah. Angah 2
yang kecil molek di dalam kelas 5 Ali itu memang terkenal dengan senyum
manisnya. Dia sering tersenyum setiap kali saya atau siapa sahaja
memandang ke arahnya atau menghampiri tempat duduknya.

Dhirul, sudahlah. Engkau yang mula dulukan. Sabar sahajalah. Ikut apa
yang ustaz selalu pesan. Aiman cuba meredakan tangisan Abang Ngah

sambil menepuk-nepuk bahunya yang masih terenjut-enjut. Abang Ngah


tiba- tiba berdiri sambil menangis dan dengan wajah tidak berpuas hati dia
memandang Angah 2 yang sedang berdiri dalam senyuman melihat saya.
Dia tiba-tiba bertindak diluar jangka. Abang Ngah cuba menghampiri Angah
2 dengan menggenggam penumbuk. Syukurlah Aiman segera menariknya
sebelum dia benar-benar dekat dengan kedudukan Angah 2.

Mana ada, kau yang mula dulu. Abang Ngah tidak puas hati. Dia cuba
melepaskan diri daripada tangan Aiman sambil menghambur marahnya
kepada Angah 2. Angah 2 yang pada mulanya biasa-biasa sahaja dengan
senyumannya tiba-tiba menangis.

Mana ada. Dia yang kacau kami ambil wuduk ustaz. Senyum di wajahnya
hilang. Kali ini, air matanya menjujuh di pipi. Dia sedikit pun tidak bergerak
dari tempat duduknya untuk membalas perbuatan Abang Ngah yang masih
mahu menyerangnya. Tenang sekali tuturnya biarpun ada esak tangis yang
sesekali menggangu kelancaran tutur katanya.

Abang Ngah bertindak di luar kawal sekali lagi. Dia masih berusaha mahu
melepaskan diri daripada pegangan Aiman untuk menuju ke meja Angah 2.
Kaulah yang mula dulu. Engkau buat. Engkau tuduh aku pula.

Melihatkan keadaan yang makin tegang, dan tidak sanggup membayangkan


Angah 2 yang bertubuh kecil molek itu diapa-apakan Abang Ngah, saya
menghampiri kedua-dua pelajar tersebut. Ya, berada di tengah-tengah untuk
tidak berat sebelah menghukum apalagi memilih untuk memenangkan salah
seorang daripada kedua-duanya.

Oleh kerana saya tidak tahu apa yang berlaku dan Teknik Nabi Muhammad
juga tidak mengajar menyiasat kesalahan, saya mendiam diri. Sebaik
melihat Abang Ngah terlepas daripada pegangan tangan Aiman, saya segera
memegang baju sekolah Abang Ngah dan memaut tangannya di bahagian
siku. Kemas dan kejap. Saya turut melakukan perkara yang sama kepada
Angah 2 (semoga tidak berlaku salah faham di sini. Saya melakukan perkara
ini kerana mereka masih anak-anak dan belum cukup umur.)

Saya cuba mengaplikasi Teknik Menyelesaikan Pergaduhan berdasarkan


hadith Menjaga Perpaduan dalam Barisan Kepimpinan.

Abdullah bin Abi Aufa melaporkan bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah
mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid al-Walid. Lalu Nabi
Muhammad berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah saudara
menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata
saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara
masih tidak dapat menyaingi amalannya." Khalid al-Walid pun berkata,
"Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan
adalah mereka." Nabi Muhammad berkata, "Janganlah menyakiti Khalid,
sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa
jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir." - Hadith
ini direkodkan dalam koleksi hadith-hadith autentik Ibn Hibban. ~Kredit Blog
Tim Hadith Psikologi

Dalam hadith ini, Nabi Muhammad menggunakan beberapa strategi bagi


menyelesaikan pergaduhan yang berlaku di antara Abdul Rahman bin Auf
dan Khalid al-Walid. Strategi tersebut ialah;

1. Mengalihkan pandangan kedua-dua pihak yang bermusuhan itu daripada


melihat kelemahan dan kesalahan musuhnya kepada melihat kehebatan dan
kemuliaan musuh. Ini dilakukan supaya perasaan benci-membenci dialihkan
kepada perasaan saling hormat-menghormati dan kagum-mengagumi.

Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad memberitahu kehebatan dan kemuliaan


Khalid al-Walid kepada Abdul Rahman bin Auf, dan menerangkan kehebatan
dan kemuliaan Abdul Rahman bin Auf kepada Khalid al-Walid.

Kepada Khalid al-Walid Nabi Muhammad berkata: "Wahai Khalid, janganlah


saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai
kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara
masih tidak dapat menyaingi amalannya."

Kepada Abdul Rahman bin Auf Nabi Muhammad berkata: "Janganlah


menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang
Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang
kafir."

2. Menukar perasaan sakit hati dan benci terhadap musuhnya kepada


perasaan menghormati, memuliakan dan mengagumi musuhnya.

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad sama sekali tidak bertanya


tentang apa yang sebenarnya telah berlaku sehingga menyebabkan 2 orang
tokoh itu sakit hati dan berkonflik. Sebaliknya beliau menerangkan
kehebatan masing-masing. Teknik yang beliau gunakan adalah
menggantikan perasaan sakit hati kepada perasaan suka dan puas hati hasil
menerima pujian daripada pucuk pimpinan.

3. Memperkenalkan peraturan interaksi sosial yang dikenakan ke atas keduadua belah pihak.

Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad memberitahu Abdul Rahman bin Auf
supaya tidak menyakiti Khalid dal-Walid, dan memberitahu Khalid al-Walid
supaya tidak menyakiti Abdul Rahman bin Auf.

Setelah tangis Abang Ngah dan Angah 2 reda, saya berkata kepada Abang
Ngah, Abang Ngah, ustaz tahu kamu sayangkan ustaz dan kelas 5 Ali. Kamu
tidak boleh bergaduh dengan Angah 2 kerana dia merupakan pelajar 5 Ali
dan dia adalah anak murid ustaz. Dia selalu membantu ustaz memastikan
buku-buku pelajar di dalam kelas ini sudah berada di atas meja setiap kali
pelajaran mahu dimulakan. Jasanya sangat besar untuk kemajuan akademik
semua pelajar kelas 5 Ali ini. Kamu tidak mungkin dapat melakukan apa yang
telah Angah 2 buat untuk memudahkan pelajaran.

Abang Ngah diam. Perlahan-lahan, saya nampak dia angguk kepala.


Kemudian, saya mengulang kata-kata yang hampir sama kepada Angah 2
pula.

Angah, ustaz juga tahu kamu sayang ustaz dan kelas 5 Ali ini. Kamu tidak
boleh bergaduh dengan Angah 2 kerana dia juga merupakan pelajar 5 Ali dan
dia juga adalah anak murid ustaz. Abang Ngah selalu membantu ustaz
mengawal kelas dan mengangkat barang-barang guru yang mengajar kamu.
Jasanya juga amat besar kepada ustaz-ustaz yang mengajar kamu dan kelas
5 Ali ini. Sekiranya kamu membersihkan kelas hari-hari, belum tentu kamu
dapat menandingi kebaikan yang Abang Ngah telah lakukan.

Saya bertindak berdasarkan tiga strategi yang terdapat di dalam hadith ini.

1. Mengalihkan pandangan kedua-dua pihak yang bermusuhan itu daripada


melihat kelemahan dan kesalahan musuhnya kepada melihat kehebatan dan
kemuliaan musuh. Ini dilakukan supaya perasaan benci-membenci dialihkan
kepada perasaan saling hormat-menghormati dan kagum-mengagumi.

Dalam pergaduhan ini, saya memberitahu kebaikan dan jasa Angah 2 kapada
Abang Ngah, dan kebaikan dan jasa Abang Ngah kepada Angah 2.

Kepada Abang Ngah saya berkata, "Dia selalu membantu ustaz memastikan
buku-buku pelajar di dalam kelas ini sudah berada di atas meja setiap kali

pelajaran mahu dimulakan. Jasanya sangat besar untuk kemajuan akademik


semua pelajar kelas 5 Ali ini. Kamu tidak mungkin dapat melakukan apa yang
telah Angah 2 buat untuk memudahkan pelajaran.

Kepada Angah 2 saya berkata, "Abang Ngah selalu membantu ustaz


mengawal kelas dan mengangkat barang-barang guru yang mengajar kamu.
Jasanya juga amat besar kepada ustaz-ustaz yang mengajar kamu dan kelas
5 Ali ini. Sekiranya kamu membersihkan kelas belum tentu kamu dapat
menandingi kebaikan yang Abang Ngah telah lakukan.

2. Menukar perasaan sakit hati dan benci terhadap musuhnya kepada


perasaan menghormati, memuliakan dan mengangumi musuhnya.

Dalam pergaduhan di kelas 5 Ali, saya sama sekali tidak bertanya tentang
apa yang sebenarnya telah berlaku sehingga menyebabkan dua pelajar itu
bergaduh. Sebaliknya saya menerangkan kebaikan masing-masing. Teknik
yang saya gunakan adalah menggantikan perasaan sakit hati kepada
perasaan suka dan puas hati hasil menerima pujian daripada orang besar
(vip) iaitu ustaz mereka.

3. Memperkenalkan peraturan interaksi sosial yang dikenakan ke atas keduadua belah pihak.

Dalam pergaduhan di kelas 5 Ali, saya memberitahu Abang Ngah supaya


tidak bergaduh dengan Angah 2, dan memberitahu Angah 2 supaya tidak
bergaduh dengan Abang Ngah. Tindakan saya yang melarang mereka
bergaduh itu adalah strategi atau prinsip memperkenalkan peraturan
interaksi sosial.

Kedua-dua mereka diam mendengar kata-kata saya. Selepas itu, saya


menyambung kembali dengan berkata, Kamu bedua adalah orang yang
amat berjasa di dalam kelas 5 Ali ini. Saling bermaafanlah untuk terus belajar
di dalam kelas yang ceria seperti selalu. Sesungguhnya, orang yang
meminta maaf dan memberi maaf adalah orang yang terpuji dan amat
disukai di dalam Islam.

Angah 2 menghulurkan tangannya kepada Abang Ngah. Saya memuji


perbuatannya, Ustaz kagum dengan sikap kamu yang sanggup mendahului
dalam meminta maaf. Sungguh kamu telah melakukan dua kebaikan.
Pertama, mengakui kesalahan, dan kedua, menjadi orang pertama dalam
meminta maaf. Kamu akan disenangi rakan-rakan kerana sikap mulia ini.

Mendengar kata-kata saya, Abang Ngah menyambut huluran tangan Angah 2


dengan berkata, Aku pun minta maaf.

Mereka berpelukan. Selepas itu, P&P dapat dijalankan seperti biasa. Abang
Ngah dan Angah 2 tidak kelihatan seperti selepas bergaduh sepanjang hari

itu. Paling mengkagumkan, Abang Ngah dan Angah 2 boleh bekerjasama di


dalam kumpulan sepanjang pelajaran berlangsung. Pergaduhan hari itu
selesai tanpa perlu saya menyiasat punca mereka bergaduh, menegur,
mengkritik atau memarahi perbuatan mereka yang begaduh dan
menghukum mana-mana pelajar atas kesalahan bergaduh.

Cukup dengan memberikan penyelesaian, semuanya kembali kepada sedia


kala. Syukur pada Allah.

Anda mungkin juga menyukai