Anda di halaman 1dari 4

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH3106)

PPG
SOALAN KUIZ 2
TAJUK : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
ARAHAN : JAWAB SEMUA SOALAN
MASA : 1 JAM

1.

Sebagai seorang guru Sejarah,bagaimanakah anda dapat menggabungkan

mana-mana dua Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah daripada


Pembelajaran Kontektual,Pembelajaran Koperatif dan Kecerdasan Pelbagai
(Multiple Intelligence)? Jelaskan bagaimana pengajaran anda mampu mewujudkan
situasi kelas terkawal dan berkesan mencapai objektif.

Pembelajaran koperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam


pergerakan refomasi pendidikan. Pembelajaran koperatif sebenarnya merangkumi
banyak jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran. Asasnya ia menggalakkan
pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan
yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh digunakan oleh
pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran seperti Sejarah.
Pembelajaran koperatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajarpelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan
pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran
koperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif
pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Beberapa cara pembelajaran koperatif
telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teamsgames-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar
Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan
Meja Bulat (Round Table).

DISEDIAKAN OLEH
NORNALA BINTI LI
PPG SN AMBILAN FEB 2012

Selain itu, kecerdasan pelbagai pula adalah berdasarkan pada pemikiran. Ini
bermaksud bahawa kemampuan intelektual diukur melalui ukuran ujian IQ adalah
sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikalma tematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang
tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi
mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi
seseorang.
Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh
seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan
masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi
kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran
kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan
masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan
output yang efektif.
Justeru itu, setiap guru Sejarah yang bertindak sebagai fasilitator atau
pembimbing sewaktu PdP boleh menggabungkan kaedah pembelajaran koperatif
dan kecerdasan pelbagai dalam mewujudkan kelas terkawal dan mencapai objektif
PdP.Contohnya murid menyediakan carta salasilah keluarga asas dan menghasilkan
bahan kreatif seperti puisi,kad ucapan,album keluarga dan sebagainya (murid
kebolehan visual ruang dan muzik) di dalam kumpulan kecil yang mempunyai
pelbagai kecerdasan mengikut faktor-faktor yang sesuai seperti saiz kumpulan dan
ahli-ahli di dalam kumpulan.
Hal ini untuk membina hubungan yang lebih baik di dalam kelas dan objektif
PdP akan tercapai. Ini akan menjadikan hasil persembahan kumpulan akan lebih
kreatif dan menarik. Konflik yang berlaku di dalam kumpulan akan menjadikan
mereka lebih matang di dalam menyelesaiakan sesuatu konflik.
Di samping itu, guru perlulah menerangkan dengan jelas tentang tugasan
atau permasalahan yang perlu dibincangkan di dalam kumpulan. Seterusnya, guru
perlulah menerangkan prosedur pelaksanaan aktiviti jika diperlukan semasa aktiviti
PdP berlaku dan memberi arahan kepada murid dengan jelas. Guru juga perlu
DISEDIAKAN OLEH
NORNALA BINTI LI
PPG SN AMBILAN FEB 2012

melantik seorang ketua bagi mengawal aktiviti dan tingkahlaku rakan-rakan dalam
kumpulan masing-masing.
Selanjutnya, guru perlu menegaskan setiap anggota di dalam kumpulan akan
sikap bertanggungjawab dan akauntabiliti masing-masing. Penglibatan setiap pelajar
adalah penting untuk mencapai objektif PdP Sejarah dan ini secara tidak langsung
akan mewujudkan situasi kelas yang terkawal.
Seterusnya, guru sebagai pembimbing perlulah sentiasa mengingatkan
murid-murid peranan masing-masing dalam menyiapkan tugasan yang diberikan
Contohnya, tajuk mengetahui dan memahami sejarah sekolah, ketua kumpulan
boleh membahagikan tugasan kepada ahli-ahli kumpulan mengikut kemahiran yang
ada pada ahli kumpulan.Setiap ahli memainkan peranan masing-masing seperti
melukis simbol yang ada pada lencana dan bendera sekolah (murid kebolehan
visual

ruang).

Murid

yang

mempunyai

kebolehan

verbal

linguistik

akan

membentangkan hasil dapatan kumpulan.


Selain itu, murid-murid boleh membuat persembahan seperti lakonan asal
usul pembukaan Melaka. Murid-murid yang mempunyai kebolehan visual ruang
akan memainkan peranan untuk membawa watak yang akan dilakonkan oleh setiap
ahli kumpulannya. Mereka akan bertindak sebagai ketua dalam menentukan
peranan dan dialog yang akan dipertuturkan. Melalui kerjasama yang ditonjolkan
dalam kumpulan ini akan menjadikan persembahan murid lebih menarik dan kreatif.
Murid yang lebih cenderung kepada muzik akan menerapkan unsur-unsur seni
seperti lagu,puisi dan sebagainya agar persembahan mereka mudah diingati oleh
rakan-rakan yang lain. Ini secara tidak langsung objektif PdP sejarah pada hari
tersebut akan tercapai kerana penglibatan semua murid. Selain itu, kaedah yang
digunakan oleh murid-murid ini akan menjadikan mereka mudah untuk mengingati
fakta-fakta sejarah melalui teknik lakonan.
Oleh itu, dengan penggabungan dua kaedah pembelajaran ini di dalam PdP
Sejarah dapat mengelakkan kelas menjadi bising dan lebih terkawal. Ini kerana

DISEDIAKAN OLEH
NORNALA BINTI LI
PPG SN AMBILAN FEB 2012

murid-murid tahu peranan masing-masing dalam menyiapkan tugasan yang


diberikan oleh guru.
Akhir sekali, guru-guru perlulah sentiasa memantau pergerakan setiap
kumpulan di dalam kelas. Selain daripada untuk kegunaan menaksir atau menilai
tugasan yang diberikan, guru juga perlu sentiasa memantau untuk memastikan
proses pembelajaran berjalan dengan lancar.

DISEDIAKAN OLEH
NORNALA BINTI LI
PPG SN AMBILAN FEB 2012

Anda mungkin juga menyukai