Anda di halaman 1dari 7
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN Aras 3.8 4, Blok E2, Kompleks E MALAYS! Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan oe 62604 PUTRAJAYA MALAYSIA, Tel: 03-8884 9000 Faks : 03-8884 9315 Laman Web : www.noe.gov.my Ruj.Kami : KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jid.6(/2) Tarikh =: Q@ November 2014 ‘Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1/5 TAHUN 2014 PROGRAM KEMBARA SEJARAH BAG! PEMANTAPAN MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) MULAI TAHUN 2015 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, mata pelajaran Sejarah telah dilaksanakan kepada murid Tahap Dua di sekolah rendah mulai tahun 2014 dan menjadi mata pelajaran walib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. 3. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melalui. Jawatankuasa Penambahbaikan Mata Pelajaran Sejarah telah menegaskan agar kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sejarah dipelbagaikan termasuk mengaktifkan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2004: Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD). Aktiviti PLBD ini akan dapat menarik minat murid, mengukuhkan proses PdP di dalam bilik darjah dan memantapkan pelaksanaan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dalam menyokong pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan. 4. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa ini telah memutuskan agar Program Kembara Sejarah dilaksanakan di semua sekolah KPM. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Program Kembara Sejarah untuk rujukan dan tindakan pihak yang berkenaan KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PENDIDIKAN “4 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” Sila catatken rujukan Bahagian ini apabila dinubungi zo somes 5. Pihak YBhg, Datuk/Dato/Tuan/Puan dipohon mengambil tindakan memeklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut periptah, ’ HAJ ae Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia sik. 1. Setiausaha Sulit Kanan kepada ‘YAB Menteri Pendidikan Malaysia 2. Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Menteri Pendidikan Malaysia II 3. Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia | 4. Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia I! 5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Ketua Setiausaha I! Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 10. 1 12, 13. 14, 15, 16. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pend n Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Profesionalisme Keguruen) Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Jemaah Nazir Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian- Bahagian KPM GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KEMBARA SEJARAH BAGI PEMANTAPAN MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) LATAR BELAKANG Vata pelajaran Sejarah telah dilaksanakan kepada murid Tahap Dua di sekolah rendah mulai tahun 2014 dan menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. KPM telah mewujudkan sistem sokongan (support system) untuk membantu. murid meningkatkan peneapaian dalam mata polejaran Sejarah. Program Kembara Sejarah merupakan salah satu daripada sistem sokongan tersebut. Program ini merupakan suai aktiviti lawatan ilmiah ke stesen sejarah serta menguji_kefahaman murid dengan pertandingan yang bersesuaian. OBJEKTIF Objektif program ini adalah: Memantapkan pembelajaran murid dalam mata pelajaran Sejarah; mempelbagaikan kaedah PdP mata pelajaran Sejarah; menarik minat dan meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan sejarah; iv. melahirkan modal insan yang mempunyai kematangan tingkeh laku dan semangat patriotisme yang tinggl; dan V. menjalin kerjasama dua hala dengan pihak luar seperti Persatuan Sejarah Malaysia, Muzium Negara, Arkib Negara dan badan-badan bukan kerajaan KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran utama adalah murid yang memperoleh pencapaian prestasi sederhana dalam Penilaian Pertengahan Tahun bagi mata pelajaran Sejarah. Walau bagaimanapun pihak sekolah digalakkan untuk melibatkan semua murid dalam pelaksanaan program ini, Program ini hendaklah dilaksanakan mengikut Tahun/Tingkatan masing-masing seperti berikut: i, sekolah rendah : Tahun 4; Tahun 5; dan Tahun 6 ii, sekolah menengah: Tingkatan 1; Tingkatan 2; Tingkatan 3; Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ili, sekolah kurang murid (SKM): menggabungkan kumpulan murid daripada pelbagai Tahun/Tingkatan. GURU PENGIRING Guru mata pelajaran Sejarah waijib menjadi guru pengiring program ini. Walau bagaimanapun Pengetua/Guru Besar boleh melantik guru lain sebagai guru pengiring tambahan jika diperlukan. TEMPOH PELAKSANAAN Selepas Penilalan Pertengahan Tahun (Jun - September). LOKASI Lawatan ke stesen sejarah seperti muzium, arkib, galeri, tempat-tempat bersejarah, mercu tanda bersejarah, dan tempat lain yang bersesuaian. KEWANGAN Peruntukan PCG mata pelajaran Sejarah, kumpulan wang SUWA, sumbangan PIBG/agensi luar atau kutipan wang murid CONTOH JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM KEMBARA SEJARAH PERTANDINGAN PERKARA = FINDAKAN TEMPO Penyediaan kertas cadangan Program Ketua Panitia April kembara Sejarah dan mengenalpasti sumber kewangan Mengenaipasti dan mengesahkan tempat _ | Ketua Panitia/guru ‘April lawatan sejarah Persediaan bahan seperti _borang| Guru Sejarah Mei pertandinganlembaran kerja dan senarai tugasan untuk murid Mengenalpasti murid/peserta program Guru Sejarah Jun Taklimat program kepada peserta Ketua Panitia/guru ‘Jun-Ogos (seminggu sebelum program) sejarah Lawatan ke stesen/tempat bersejarah Guru pengiring dan ‘Jun- Julai murid Pertandingan Ketua Panitia/guru | Ogos sejarah/murid Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pentadbir September peringkat sekolah Sekolah/Ketua (sempena Panitia/guru sejarah | Majlis, Penutupan | Sambutan Hari Kemerdekaan) Pertandingan boleh diadakan secara individu atau berkumpulan. Antara aktiviti pertandingan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut: i) Kuiz sejarah, ii) Fotografi, ili) Pengkisahan sejarah (multimediay/lakonan, iv) Folio sejarah, v) Penulisan esei, vi) Syarahan dan vii) lain-lain yang bersesuaian Pertandingan di peringkat sekolah adalah sebagai pengisian aktiviti Kamival Sojarah sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah SURAT PEKELILING BERKAITAN Pelaksanaan program hendaklah mematuhi pekeliling berikut: i) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000: Lawatan Pendidikan Murid Di hari Persekolahan ii) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2000: Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah ill) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2004:Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) iv) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan v) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2007: Garis Panduan Lawatan Murid RUJUKAN/PERTANYAAN Sebarang pertanyaan sila rujuk pegawai berkaitan di Unit Akademik di Jabatan Pendidikan Negeti/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai