Anda di halaman 1dari 2

Kelunturan Sosiologi Senario Makin Parah

-sosiologi merupakan ilmu tentang pengetahuan masyarakat dari segi cara


kehidupan dan pertumbuhannya.
Menurut Sengupta dan Chaudhuri (2008), penyalahgunaan maklumat yang tidak
benar serta menghantar ugutan dan mesej agresif dikira sebagai Internet abuse
sekali gus mampu mencemarkan maruah, kedudukan dan tekanan kepada individu.
Kesan penggunaan media sosial juga tidak boleh menafikan mampu mewujudkan
individu bersifat anti sosial terutama dalam kalangan kanak-kanak dan masyrakat
Malaysia TYDP.
Adakah dengan amalan anti-sosial ini mampu meningkatkan kemahiran bernilai
tambah TYDP ? Tidak sama sekali. Tertolak hujah kerajaan.
Dewan yang mulia,
Menurut Cris Rowan , pendedahan pada pelbagai jenis penggunaan teknologi
selama lapan jam sehari akan menyebabkan kanak-kanak menjadi tidak aktif secara
fizikal dan merugikan golongan itu keseluruhannya jika tidak ditadbir dengan
sistematik.
Media sosial juga mengakibatkan tekanan hidup dalam kalangan masyarakat
terutama golongan remaja dan membantutkan kemahiran bernilai tambah dari segi
kercerdasan pelbagai.
TYDP, pakar menggambarkan kehidupan remaja sebagai kehidupan yang sentiasa
bergelora. Sikap mengejar kemewahan penggunaan media sosial menjadi satu
budaya dalam kehidupan masa kini.
Keterlaluan penggunaan media sosial menyebabkan ibu bapa dan anak kurang
mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping
antara satu sama lain. Maka sesungguhnya hasrat kerajaan mahu menjadikan
media social sebagai platform atau wahana untuk meningkatkan kemahiran bernilai
tambah gagal ditegakkan.
Menurut satu artikel akhbar MStar pada 19 julai 2012 menyatakan bahawa
Salah Guna media Baru Jejas Pergaulan Generasi Muda . Dalam akhbar tersebut,
Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan, Che Azemi bin Harun menyatakan bahawa kemunculan media baru
seperti laman sosial boleh menyebabkan pergaulan di kalangan masyarakat
semakin terhad jika tidak dikawal. Menurut beliau, masyarakat kini terkongkong
dengan media social sehingga pengguna terutama golongan muda mudah
terpengaruh dengan anasir jahat.
Dewan yang mulia, apabila pegaulan secara realiti ini semakin terhakis maka secara
tidak langusng akan membantutkan masyarat dalam meningkatkan kemahirtan
bernilai tambah melalui kemahiran komunikasi secara berkesan. TYDP, apabila
keyakinan luntur dalam sukma masyarkat untuk berinteraksi dengan pelbagai
lapisan msyarat yg lain membuktikan bahawa medium media social ini tidak
mampu membawa kepada kemahiran bernilai tambah dari segi kecerdasan
pelbagai, kemahiran berfikir serta kemahiran berkomunikasi.

Keburukan laman sosial


1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga
menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Si Zool juga terkena efek ini sehingga
kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya
mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai games, group
provokasi/gossip dan sebagainya..
2. Obses. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang
darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial
di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap
laman sosial..
3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih
menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat
komuniti tempatan.
4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada
fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu
memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari
menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka
memasuki senarai kawan anda.

Anda mungkin juga menyukai