Anda di halaman 1dari 22

PERBANDINGAN GOLONGAN KATA

TATABAHASA DEWAN DAN

NAMA

ANTARA

PENGENALAN
Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. Dengan
pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini.
Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan
kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan
menggunakan tatabahasa.
Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas
untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa
dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan
itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta
mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.
Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan
bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan
perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum
struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.
terdapat ramai sarjana Melayu yang mengiatkan diri dalam penulisan tatabahasa. Sejarah
penulisan tatabahasa Melayu dimulai dengan Raja Ali Haji Bustan al-Katibin (1857), Zainal
Abidin Ahmad (Zaba) Pelita Bahasa Penggal 1 (1940) Asmah Hj. Omar
An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas
Kini (2008) Arbak Othman
Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), Nahu Bahasa Melayu (1986) Abdullah Hassan
The Morphology of Malay (1974), Penerbitan Kata (1986) dan Morfologi (2006) Asraf Hj.
Wahab
Petunjuk Tatabahasa (2007) Nik Safiah Karim dan et. al
Tatabahasa Dewan (1991), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga (2008) dan Zaharani Ahmad Nahu Praktis (2007), yang banyak membantu persuratan
Melayu berkembang yang mana seterusnya berkesinambungan kepada sarjana-sarjana
Melayu yang lain
Walaupun demikian, perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan
(Nik Safiah Karim et.al. 1996)

KONSEP
Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu
Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria
sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya
berdasarkan pemahaman masing-masing .
a. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):

Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

8.1 Penggolongan Kata Bahasa Melayu


Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.
Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan sesuatu kata mengikut gatra
tertentu dalam ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti
chameleon iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat. Misalnya perkataan rumah
adalah kata nama tetapi berubah menjadi kata kerja dalam merumahkan mangsa
kebakaran dan berubah kepada kata adjektif dalam orang rumah. (Abdullah Hassan, 2006).
Banyak lagi contoh-contoh seperti kata di atas. Justeru, kita seharusnya mempelajari
konsep penggolongan kata dengan betul dan boleh membezakan mengikut kelas kata
tersebut. Dalam menggolong kata, terdapat empat kriteria yang digunakan dalam linguistik
iaitu kriteria morfologi, kriteria sintaksis, kriteria semantik dan kriteria fonologi. Kriteriakriteria ini dihuraikan secara ringkas untuk mendapat kefahaman asas bagaimana hendak
menjeniskan perkataan.
Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata utama :
- Kata Nama

- Kata Kerja
- Kata Adjektif / Sifat
- Kata Tugas / Struktural

Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu


berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria
struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik.
Dalam buku ini, perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria
semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status
perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam bidang sintaksis, iaitu
frasa, klusa, dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi yang dibentuk oleh
perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat,
iaitu klausa dan frasa. Dengan hal demikian, perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah
bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsure bagi setiap konstruksi
sintaksis, iaitu ayat, klusa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen
utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama.
Frasa predikat pula dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa
kerja(FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa ini disebut frasa
utama.

Namun begitu, perbincangan yang akan dihuraikan


adalah berkaitan dengan golongan kata nama sahaja.
CIRI
1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama =nik safiah karim

Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996).Golongan kata nama merangkumi


sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan
lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini
boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata
nama khas, kata nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah.

Kriteria Penggolongan Kata


Ada empat ciri yang digunakan dalam menggolongkan perkataan iaitu ciri
semantik atau makna, ciri sintaksis, ciri morfologi dan ciri fonologi. Sarjana
tatabahasa bahasa Melayu khususnya menggunakan keempat-empat ciri ini
dalam menentukan golongan perkataan dalam bahasa Melayu.
8.1.1.1 Kriteria Semantik atau Makna
Ciri semantik bermaksud penggolongan perkataan dilakukan dengan melihat kepada
makna perkataan berkenaan. Berdasarkan kepada makna, maka perkataan dimasukkan ke
dalam golongan masing-masing. Sebagai contoh, Zaba (1965) menggolongkan kata nama
mengikut kriteria semantik. Beliau menggunakan ciri semantik sebagai asas bagi
memasukkan perkataan ke dalam golongan masing-masing. Sebenarnya pendekatan
sebegini sukar untuk menentukan golongan kata. Ini kerana ada kata nama yang berubah
menjadi kata kerja atau kerja adjektif. Perihal begini perlulah digunakan pendekatan kriteria
sintaksis dan kriteria morfologi.
8.1.1.2 Kriteria Sintaksis atau Struktur Ayat
Ciri sintaksis dikenali ciri formal. Istilah ini membawa maksud bentuk. Oleh
kerana itu ciri-ciri formal merujuk kepada fungsi sesuatu bentuk perkataan
dalam binaan frasa dan ayat. Perkataan yang mempunyai fungsi sintaksis yang
sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama. Fungsi perkataan dalam frasa
dan ayat itulah dikenali ciri-ciri sintaksis. Dengan demikian, kriteria ini dilihat
lebih bersifat saintifik. Dengan kata lain, subjek biasanya diduduki oleh gatra
frasa nama, secara tidak langsung setiap perkataan yang menduduki gatra
tersebut digolongkan kepada kelas kata nama. Begitu juga kepada frasa
predikat yang diduduki oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif. Peranan
setiap frasa tersebut yang menepati kriteria fungsi dalam pembentukan ayat
akan dimasukkan mengikut kelas kata yang sesuai. Ciri sintaksis ini dapat
dianalisis dengan melihat fungsi sesuatu perkataan itu dalam struktur frasa dan
ayat. Sebagai contoh, kata adverba berfungsi menerangkan kata kerja, kata
adjektif pula menerangkan kata nama. Justeru, ciri-ciri ini dapat diperhati secara
sistematis. Dengan tidak merujuk kepada maknanya kita dapat menentukan
penggolongan perkataan itu menurut kedudukannya dalam struktur sintaksis. Di
samping itu, kriteria ini mengkaji penyebaran kata-kata dan hubungan antara
satu kata dengan kata lain dalam satu-satu frasa atau ayat.
8.1.1.3 Kriteria Morfologi atau Pembentukan Kata
Kriteria morfologi melihat ciri-ciri bentuk perkataan dalam membuat penggolongannya. Ciri
ini banyak membantu menjelaskan golongan yang dihasilkan melalui kriteria semantik dan
sintaksis. Sebagai contoh, semua bentuk perkataan yang menerima awalan pe-, iaitu
penulis, pelatih, pemimpin dan lain-lain adalah termasuk ke dalam golongan nama sebab
awalan pe- menerbitkan kata nama. Begitu juga semua perkataan yang menerima awalan
me- seperti menari, menyanyi, menulis dan sebagainya termasuk ke dalam golongan kata
kerja kerana awalan meN- adalah awalan kata kerja dan membentuk kata kerja. Oleh itu,
kriteria morfologi mengkaji struktur kata-kata, umpamanya satu kata sempurna atau
bermakna boleh terbentuk daripada satu morfem bebas iaitu akar atau morfem bebas dan
morfem terikat.

8.1.1.4 Kriteria Fonologi atau Bunyi


Kriteria fonologi berkait rapat dengan proses morfofonologi. Abdullah Hassan
(2006) menyatakan morfofonologi ialah bidang yang mengkaji perubahan bunyi
pada sempadan morfem apabila dua morfem dicantumkan bagi menerbitkan
perkataan. Kriteria ini jarang digunakan kerana banyak melibatkan perubahanperubahan bunyi yang berlaku semasa proses pengimbuhan. Terdapat lima
perubahan bunyi dalam proses pengimbuhan iaitu penyegauan, penggetaran,
pengeluncuran, pengglotisan dan penduaan konsonan. Misalnya awalan meNyang diwakili oleh morfofonem N kemudiannya menjadi , m, n, ny, ng atau nge
menurut konteks fonologinya

JENIS/BENTUK/GOLONGAN
Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu

Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu perincian
kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.

5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama-tatabahasa dewan=nik safiah karim

Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama
khas, kata nama am dan kata ganti nama.
a. Kata Nama Khas

Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata
nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et al.(1996)
menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus
pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undangundang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata
nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula

dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup.
Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

Rajah 5.6: Kata nama khas


b. Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep
yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulankumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak
hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv)
konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut:

Rajah 5.7: Kata Nama Am


c. Kata Ganti Nama
Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi
pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada
dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk.

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri
orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang
dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan
ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

Rajah 5.8: Kata Ganti Nama

8.2 Golongan Kata Major (Kata Utama)


Golongan perkataan major merujuk kepada kelas kata yang bersifat terbuka. Terbuka
menurut Quirk dan Greenbaum (1973) mengatakan perkataan yang menjadi anggotanya
banyak iaitu tidak terhad bilangannya. Dengan kata lain, anggota dalam golongan yang
sama itu mempunyai ciri dan kemungkinan sintaksis yang sama dengan anggota yang lain
dalam golongan berkenaan.
Seterusnya kata-kata golongan major mempunyai makna. Kebiasaannya, golongan
perkataan major dirujuk menggunakan kriteria sintaksis di mana semua perkataan yang
dapat menjadi inti frasa predikat dimasukkan ke dalam golongan perkataan major. Itulah
sebab kenapa Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif tergolong dalam kata major.
Mengapa kata adverba yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan kata adverba
sendiri tidak tergolong dalam kata major? Walhal kata tersebut semacam fungsi dengan
kata adjektif yang menerangkan kata nama.
Sekarang, kita meneliti dahulu tiga golongan kata major barulah kita menghayati konsep
golongan kata minor nanti pula.
8.2.1 Kata Nama
Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam strukturstruktur tertentu ayat-ayat bahasa Melayu. Nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
Kata nama khas (Melayu, Prof. Ali, Dato Raja Sulaiman)

Kata nama am (jururawat, kolej, rumah, senyuman)


Kata ganti nama (itu, ini, aku, dia, mereka, awak, beta)

PERBANDINGAN /DAPATAN/EPRBINCANGAN
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi
kepada empat, iaitu :
a. Kata nama
b. Kata kerja
c. Kata adjektif
d. Kata tugas

a. Golongan Kata Nama


Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam
binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang,haiwan, tempat, benda atau
konsep.
Zaaba (1965) memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yang menyebut benda atau
orang dan sebagainya.Definisi Zaaba diperkemaskan lagi oleh Abdullah Hassan (2003) yang
memberikan definisi kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang,
nama tempat dan nama perkara.
Golongan kata nama dapat dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik
perkataannya iaitu :
i.

Kata nama khas

ii. Kata nama am


iii. Kata ganti nama

i.Kata Nama Khas


Nik Safiah karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk
rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa,
bahasa, pangkat dan seumpamanya.Huruf besar digunakan pada huruf pertama kata nama
khas apabila digunakan dalam penulisan.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama
sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.

Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu :


i.

kata nama khas hidup

ii.

kata nama khas tak hidup

Kata nama khas hidup dapat dibagikan kepada dua iaitu


i.

Kata nama khas hidup manusia

ii.

Kata nama khas hidup bukan manusia.

Contoh kata nama khas adalah seperti berikut :


Nama Khas Hidup
Manusia

Bukan manusia

Muhammad

Sang Bedal

Pasir Gudang

Datuk Sri Shaharudin

Si Tompok

Gunung Mulu

Datin Sri Normah

Bobo

Proton Waja

Tun Perak

Hibiscus rosasinensis

Bank Simpanan Nasional

Nama khas Tak hidup

(Bunga raya)
Tun Fatimah

Hibiscus sabdariffal

Jalan P.Ramlee

(roselle)

Kata nama khas hidup bagi manusia boleh didahului oleh nama panggilan atau
gelaran.Contohnya :
-

Datuk Sri Paduka Shaharudin

Toh Puan Sri Norlini

Profesor Ismail Abdullah

Doktor Husna

Penggunaan kata gelaran seperti si dan sang turut boleh digunakan bagi kata nama am yang
sudah diberi pengertian khas.Contohnya :
-

si mangsa

sang pendeta

Kata

nama

khas

hidup

bukan

manusia

boleh

menerima

kata

panggilan

atau

gelaran.Contohnya :
-

Sang Bedal

Si Tompok

Kata nama khas tak hidup


Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkatan yang merujuk benda-benda yang khusus
tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat,
undang-undang dan lain-lain.Contoh lain selain daripada yang diberi di atas ialah:
-

Sang Saka Merah Putih

Universiti Malaya

Iban

Negeri Perak

Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Datin Sri

Piala Sumbangsih

ii. Kata Nama Am


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada
benda atau perkara yang umum sifatnya.
Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk :
Sesuatu yang bernyawa seperti manusia dan binatang, dan yang hidup seperti tumbuhtumbuhan.
Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat, dan sebagainya.
Oleh itu kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri
makna perkataannya, iaitu :
Hidup atau tak hidup
Manusia atau bukan manusia
Institusi atau bukan institusi

Konkrit atau abstrak


Berbilang atau tak berbilang

a. Kata nama am hidup manusia


Merupakan kata nama yang merujuk kepada manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung
makna nama am.Contoh kata nama am hidup bagi manusia :
-

ibu

tentera

guru besar

pendidik

jutawan

b. Kata nama am hidup bukan manusia


Merupakan jenis kata nama yang terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup
jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am.Contoh kata nama am hidup bukan
manusia :
-

lembu

unta

iblis

jin

pokok

itik

c. Kata nama am tak hidup institusi


Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat
tidak hidup tetapi mendukung makna nama am.kata nama institusi boleh dikenal pasti melalui
kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi tersebut.
Contoh kata nama am tak hidup institusi :

sekolah

pertubuhan

dewan

balai raya

kelas

Contoh ayat :
Bantuan dalam bentuk komputer telah diserahkan kepada pertubuhan itu.

Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit


Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi bersifat konkrit.Kata nama
golongan ini lebih merujuk kepada tempat dan dalam ayat ia didahului oleh kata sendi nama ke
dan dari.
Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit :
-

lebuh raya

pekan

pondok

danau

waqaf

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang


Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak
sifatnya tetapi boleh dibilang dan boleh disertai dengan kata bilangan.Contoh kata nama am tak
hidup bukan institusi abstrak berbilang :
-

program

kesedihan

idea

senyuman

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang


Kata nama jenis ini merujuk kepada benda atau perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi,
abstrak sifatnya, dan tidak dapat dibilang.

Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang:
-

kemesraan

hawa

roh

ketibaan

kedamaian

iii. Kata ganti nama


Asraf (2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yang mengambil tempat kata
nama sebagai pengganti .Beliau membahagikan kata ganti nama kepada lima, iaitu :

kata ganti diri

kata ganti Tanya

kata ganti tempat

kata ganti tunjuk

kata ganti tak tentu

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi
pengganti kata nama khas dan kata nama am.Penggolongan kata ganti nama adalah seperti
berikut :
Kata ganti nama
tunjuk umum
Kata ganti nama
tunjuk
tunjuk

Kata ganti nama

Kata ganti nama


tunjuk tempat

Kata ganti nama diri


tanya
Kata ganti nama diri

pertama

Kata ganti nama diri


orang

kedua
ketiga

Kata ganti nama tunjuk merupakan perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan
mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.
Kata ganti nama tunjuk umum adalah kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau
benda.Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum iaitu itu yang menunjuk pada yang jauh dan
ini yang menunjuk pada yang dekat.Manakala kata ganti nama tunjuk tempat merujuk kepada
kata ganti nama yang menunjukkan tempat yang terdiri daripada sini (menunjuk pada arah
dekat), situ (menunjuk pada arah agak jauh) dan sana (menunjuk pada arah jauh).
Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk
tanya.Terdapat tiga kata ganti nama diri Tanya iaitu apa yang merujuk benda atau perkara,
siapa yang merujuk orang dan mana yang merujuk benda atau orang.
Kata ganti nama diri orang merupakan perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri
orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.
Kata ganti nama diri orang pertama adalah seperti saya, aku, beta, patik, kami dan kita.
Kata ganti nama diri orang kedua adalah seperti anda, saudara, engkau, awak dan kamu.
Kata ganti nama diri orang ketiga pula ialah ia, dia, beliau, mereka dan nya.

Perbandingan Utama Golongan Kata


Nik Safiah Karim (2008)
Asraf Abdul Wahab (2008)
Kata Nama
Kata Nama
i.
Kata nama am
i.
Kata nama am
ii.
Kata nama khas
ii.
Kata nama khas
iii.
Kata ganti nama
iii.
Kata ganti nama
Kata Kerja
i.
Kata kerja aktif
- Kata kerja aktif transitif
- Kata kerja aktif tak transitif
ii.
Kata kerja pasif
Kata Adjektif
i.
Kata adjektif sifat @ keadaan
ii.
Kata adjektif warna
iii.
Kata adjektif ukuran
iv.
Kata adjektif bentuk
v.
Kata adjektif waktu
vi.
Kata adjektif jarak
vii.
Kata adjektif cara
viii.
Kata adjektif perasaan
ix.
Kata adjektif pancaindera
Kata Tugas
a)
Kata hubung
b)
Kata seru
c)
Kata tanya
d)
Kata perintah
e)
Kata pangkal ayat
f)
Kata bantu
g)
Kata penguat
h)
Kata penegas
i)
Kata nafi
j)
Kata pemeri
k)
Kata sendi nama
l)
Kata pembenar
m)
Kata arah
n)
Kata bilangan

iv.
Kata bilangan
Kata Kerja
i.
ii.
iii.

Kata kerja tak transitif


Kata kerja transitif
Kata kerja pasif

Kata Adjektif
i.

Kata penguat

Kata Tugas
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Kata sendi
Kata keterangan
Kata hubung
Kata seru
Kata sandang

Perbandingan kata nama TD dengan NMM Berdasarkan keterangan di atas jelas


menunujukkan perbezaan dari segi pengkelasan kata nama. Ini kerana TD lebih
meluas dan lebih terperinci mengikut ciri-ciri semantik dengan mengasingkan
kepada tiga bahagian iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.
Seterusnya setiap kata nama itu pula dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang
lain secara terperinci dan menyeluruh. Pengelompokkan setiap kata nama dengan
jelas dan tepat ini telah memudahkan pengguna untuk memahami dan
mengaplikasi jenis kata ini dalam kehidupun seharian dengan betul . Manakala
dalam NMM hanya mengelaskan kepada dua jenis iaitu kata nama am dan kata
nama khas

KESIMPULAN
RUMUSAN
Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk
dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Penggolongan kata penting kerana kita
dapat meletakkan gatra tertentu dalam ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah
seperti chameleon iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat.Justeru itu kita perlu
mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul agar boleh membezakan mengikut kelas kata
tersebut. Dalam menggolongkan kata, Nik Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji Omar (2009)
menggunakan empat kriteria dalam linguistik iaitu morfologi,sintaksis,semantik dan
fonologi.Walaupun terdapat perbezaan dalam golongan kata utama antara Nik Safiah et.al (2008) dan
Asmah Haji Omar (2009),namun teknik mengkelasannya masih sama iaitu menggunakan empat
kriteria utama. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas oleh Nik
Safiah et.al tetapi Asmah Haji Omar mengolongkanya sebagai golongan kata utama. Manakala
Asmah mengkelaskan kata nama di bawah subgolongan benda berbanding Nik Safiah et.al yang
menggolongkannya sebagai golongan utama. Selain itu, kata sifat dan kata kerja berada di bawah
subgolongan karyaan oleh Asmah manakala Nik Safiah et.al menggolongkannya di bawah golongan
utama. Buku Nahu Melayu Mutakhir merupakan hasil kajian yang mendalam tentang golongan kata
memandangkan pengunaannya yang pesat pada masa kini. Sesuatu bidang ilmu boleh dikaji dan
diolah dari berbagai-bagai sudut fikiran ,yang dalam itu sendiri ditunjangi oleh teori dan pendekatan.
Asmah Haji Omar (2009) melihat bahasa secara eklektik. Dengan pendekatan seperti itu, maka cara
pemaparan butir-butir bahasa bersifat maksimalis dan dengan demikian memberi kemungkinan
menerangkan setiap butir yang berlaku dalam bahasa berdasarkan teori utama dan teori tunjangan
yang diterapkan. Buku Tatabahasa Dewan pula merakamkan sistem bahasa Melayu yang merupakan
salah satu korpus utama bahasa Melayu dan menjadi pegangan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
dan Kementerian Pelajaran.

RUJUKAN
1. Asmah Haji Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir. DBP.

2. Asraf (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara: Sasbadi


Sdn. Bhd.
3. Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4. HBML 4803 : PERBANDINGAN TATABAHASA MELAYU
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
2009
Sumber Internet:
Laman Sesawang: Http://id.wikipedia.org/wiki/Infiks (Tajuk : Infiks, Sufiks, Afiks)
Laman Sesawang: Http://www.wilta.org/ber_prefix.htm. -13.8.2008, (Tajuk: Prefiks)
Laman Sesawang: Http://staff.iiu.edu.my/mascitah/pengaplikasian.doc.
-13.8.2008, (Tajuk: Pengaplikasian Morfologi Bahasa Melayu
Sumber Jurnal:
Zaharin Yusoff (Universiti Sains Malaysia, Malaysia)
(Tajuk Artikel: Cintailah Bahasa Kita)
Deny Arnos Kwary (Univerisitas Sumatera Utara, Indonesia)
(Tajuk Artikel: Delapan Jenis Afiks : Analisis Afiks Bahasa Arab, Bahasa
Indonesia dan Bahasa Inggeris)

5.2 Golongan Kata Nama


Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan
yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini
menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.
Golongan kata nama pula dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan cirri-ciri
semantic perkataannya, iaitu seperti yang berikut:

Kata nama khas


Kata nama

Kata nama am
Kata ganti nama

Maksud cirri-ciri semantik kata nama ialah makna yang didukung oleh setiap
perkataan yang tergolong dalam kata nama. Dengan berdasarkan makna demikian

seluruh kata nama dapat dipecahkan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama khas,
kata nama am, dan kata ganti nama.

5.2.1 Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan
ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan,
iaitu kata nama khas hidup dan kata khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula
terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas
hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah
berikut:
manusia
hidup
bukan manusia
Kata nama khas

Tak hidup

(i) Kata nama khas hidup


(a)Manusia
Nina

Ahmad

Tun Abdul Razak

Rubi

Hamid

P.Ramlee

Hani

Jamil

Sultan Mahmud Shah

(b)Bukan manusia
Tompok

Ananas comosus (nanas hijau)

Si Belang

Vanda Diana ( sejenis orkid)

Sang Lamri

Nymphaea stellata (teratai kecil/telepok)

(ii) Kata nama khas tak hidup

Kuala Lumpur

Kapal Diraja Malaysia

Pasir Mas

Sri Andalas

Ahli Mangku Negara

Daya Bumi

Gunung Kinabalu

Wisma Pahlawan

Proton Saga

Planet Marikh

5.2.2 Kata Nama Am


Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya.
Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan
kata nama am abstrak, seperti rajah berikut:
Konkrit
Kata nama am
abstrak
(i) Kata nama am konkrit
Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan.
Contohnya:
Tangan

pekerja

Rumah

pelabuhan

Kambing

ketua

Sungai

jambatan

Lautan

kereta

(ii) Kata nama am abstrak

Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau
bukan kebendaan. Contohnya:
Mimpi

kedamaian

Roh

idaman

Idaman

kemerdekaan

Kehendak

perpaduan

Serapan

penyalahgunaan

5.2.3 Kata Ganti Nama


Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama
tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua, iaitu
kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama
diri pula boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri Tanya dan kata ganti
nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang
pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata nama diri orang ketiga.
Penggolongan kecil kata ganti nama diperincikan seperti yang berikut:
Kata ganti
nama tunjuk
Kata ganti nama

kata ganti
nama diri tanya
kata ganti

kata ganti

pertama

nama diri

nama diri

kedua

orang

ketiga

(i) Kata ganti nama tunjuk


Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi mengarah kepada
sesuatu perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara
atau benda disebut ganti nama tunjuk umum, manakala yang menunjuk pada
tempat, disebut kata ganti nama tunjuk tempat. Terdapat dua kata ganti tunjuk
umum, iaitu ini (menunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh).

Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini(menunjuk pada arah
dekat, situ (arah agak jauh), dan sana (arah jauh).
(ii) Kata ganti nama diri
Kata gani nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda,
perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
(a) Kata ganti nama diri tanya
(b) Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal
benda, perkara atau, manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu
siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang
merujuk benda dan orang.
Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan
terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga.
Contohnya adalah seperti yang berikut:
Kata ganti nama diri orang pertama:
Kata ganti nama diri orang kedua :

saya, aku, beta, patik, kami, kita


saudara, kamu, awak, engkau

Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya

Anda mungkin juga menyukai