Anda di halaman 1dari 8

REFLEKSI

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


ribuan terima kasih kepada Puan Rosnah Bt Ahmad Zain selaku pensyarah bagi
mata pelajaran Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran kelas saya. Beliau
banyak membantu saya dan ahli-ahli kumpulan saya sepanjang proses menyiapkan
kerja kursus ini. Beliau tidak jemu-jemu untuk memberi penerangan, bimbingan dan
tunjuk ajar kepada kami agar kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih
baik dan mudah. Selain itu, sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan saya
yang turut berkongsi maklumat dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan
masalah sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.
Ketika mendapat tugasan ini, saya tanpa berlengah masa mencari bahan
rujukan sama ada di dalam internet atau dalam buku. Hal ini demikian, tugasan ini
bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Jadi masa begitu penting supaya
tugasan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Proses penerbitan video pembelajaran
dimulakan dengan penghasian Rancangan Pengajaran Harian. Saya perlumemilih
tajuk yang seusai untuk menerbitkan video tersebut berdasarkan kepada idea dan
maklumat yang banyak. Oleh yang demikian saya telah memilih Tajuk Bentuk 2
Dimensi matapelajaran Matematik kerana berseuaian dengan tugasan yang
mengkehendaki kami memilih matapelajaran major. Tajuk yang dipilih pula
berdasarkan kepada bahan yang sedia ada yang saya ada. Saya memilih untuk
menerbitkan video pengajaran Tahun 1 kerana pada saya tajuk ini sungguh mudah
untuk diperkenalkan kepada murid Tahun 1 kerana mempunyai grafik yang menarik
dan berwarna-warni.
Semasa menjalankan tugasan ini saya telah menggunakan software Window
Movie Maker. Saya mengakui saya tidak pernah lagi menerbitkan video pengajaran
sendiri. Namun demikian saya cuba untuk mengolah dan mencuba jaya perisian ini.
Ternyata pada sangkaan saya benda ini mudah rupanya banyak yang perlu
disediakan sebelum menerbitkan video pengajaran ini. Pada mulanya saya mencari
gambar-gambar yang bersesuaian dengan tajuk yang diberi. Kemudia saya simpan
dalam satu folder khas. Saya juga mencari lagu-lagu dan video menarik untuk
digunakan dalam penerbitan video ini bersesuaian dengan tajuk yang diberi.

Ternyata Negara kita Malaysia sangat kurang guru-gru penerbitan video pengajaan
sendiri. Sepanjang pencarian saya, saya boleh membuat kesimpuan bahan 1:5
video pendidikan dan lagu-lagu dalam Bahasa melayu. Kebanyakkannya adalah
dalam Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian saya terpaksa juga memasukkan video
dan lagu dalam Bahasa Inggeris dan Lgu kanak-kanak Indonesia.
Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah
menyiapkan kerja kursus ini. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap aplikasi
teori psikologi, teori pembelajaran, teori dan prinsip grafic, teori media pengajaran,
teknik penyoalan, kemahiran berfikir dan sebagainya dalam penyediaan pakej
TPP. Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak mencukupi bagi saya
untuk memahami sukatan pelajaran pada semester ini. Oleh itu, tugasan ini telah
banyak membantu saya menerokai segala perkara atau topik yang dipelajari dalam
sepanjang semester ini..
Malah, saya berpeluang untuk mengaplikasi beberapa teknik fotografi, video,
perisian persembahan elektronik dan sebagainya. Hal ini adalah penting kerana sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan di
samping mencapai objektif dan hasil pembelajaran. Guru juga dapat menarik
perhatian dan minat murid terhadap pembelajaran melalui kecanggihan teknologi
alat bantu mengajar yang disediakan. Di samping itu, nilai-nilai kerjasama dan saling
bantu-membantu juga dipraktikkan semasa menghasilkan tugasan ini walauun
tugasan ini dijalankan secara individu, kami telah bekerjasama berbincang dan
mencari maklumat bagi topik yang berkaitan jika menghadapi masalah atau
kekangan. Jadi, walaupun masa yang diberi singkat, tetapi tugasan yang dihasilkan
benar-benar memuaskan hati saya.
Antara masalah yang saya hadapi ialah kesukaran untuk menghasilkan video
klip yang menarik dan berkualiti. Hal ini kerana saya mengakui kurang
berpengalaman

dalam

menggunakan

perakam video

digital

dan

teknik

menggambar yang sesuai. Namun, nota dan bimbingan daripada Puan Rosnah Bt
Ahmad Zain amat saya hargai kerana telah berjaya membantu saya menyelesaikan
masalah tersebut. Melalui pencarian maklumat dan pengolahan kerja kursus ini,
saya berjaya meningkatkan pemahaman saya dalam topik ini dengan bantuan Puan

Rosnah Bt Ahmad Zain dan rakan-rakan saya. Oleh itu, saya ingin mengucapkan
terima kasih lagi kepada Puan Rosnah Bt Ahmad Zain kerana menyediakan soalan
kerja kursus yang sedemikian rupa kerana ia banyak menolong meningkatkan
kemahiran dan pemahaman saya dalam topik yang dipelajari.

Sepanjang melakukan tugasan ini, saya dapat menimba ilmu tentang caracara menghasilkan video yang menarik serta cara-cara penggunaan kamera video.
Sebelum ini, saya langsung tidak mengetahui cara-cara penggunaan kamera
apatah lagi untuk menghasilkan video. Sekarang saya sudah mampu untuk
menggunakan kamera dan serba sedikit mahir untuk meng edit video. Saya juga
dapat belajar tentang langkah-langkah penghasilan skrip untuk video. Untuk
menghasilkan video yang berkualiti, kita perlukan perancangan dan persiapan rapi.
Melalui tugasan ini, saya dapat belajar bagaimana cara untuk menghasilkan skrip
dan membuat perancangan untuk menghasilkan sesuatu video.

Jika saya diberi peluang untuk memperbaiki lagi mutu kerja kursus ini pada
masa hadapan, saya akan menghasilkan video klip yang lebih menarik dan
berkualiti. Saya akan memahirkan diri saya dengan teknik fotografi, penggambaran,
perisian komputer dan sebagainya supaya dapat menghasilkan hasil kerja yang
memuaskan. Selain itu, saya juga akan untuk menggunakan reka bentuk dan grafik
yang lebih menarik yang dapat menarik perhatian murid-murid.
Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus pendek
ini. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini
mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima kasih.

Syukur Alhamdulillah, segala puji terhadap Illahi kerana akhirnya saya berjaya
menyiapkan tugasan untuk mata pelajaran Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran ini. Saya juga bersyukur kerana tugasan ini dapat disiapkan pada
masa yang telah ditetapkan oleh pihak pensyarah. Ribuan terima kasih saya
ucapkan kepada pensyarah saya, Puan Mimma Sayuti yang banyak membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini.
Ketika mendapat tugasan ini, saya tanpa berlengah masa mencari bahan
rujukan sama ada di dalam internet atau dalam buku. Hal ini demikian, tugasan ini
bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Jadi masa begitu penting supaya
tugasan ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Pertama sekali, melalui tugasan Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran ini
saya dapat belajar bahawa kerjasama antara rakan sangat penting dalam
menyiapkan sesuatu tugasan. Tugasan ini memerlukan saya untuk bekerjasama
dengan rakan bagi mendapatkan maklumat. Segala pengetahuan yang ada di kongsi
bersama. Sekiranya tidak berbuat demikian, sudah tentu tugasan ini tidak dapat
dihasilkan dengan sempurna.
Melalui tugasan ini saya mendapat pemerolehan ilmu yang cukup tinggi.
Hal ini demikian kerana, kerja kursus ini memerlukan saya membuat perancangan
pengajaran yang mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bagi membuat RPH ini saya dan rakan perlu mengkaji beberapa aspek
seperti media pengajaran apa yang sesuai untuk diintegrasikan dalam perancangan
pengajaran dan pembelajaran. Walaupun banyak unsur TMK yang boleh dipilih
tetapi untuk mencari media pengajaran yang sesuai bukanlah mudah. Hal ini
demikian setiap media pengajaran yang dipilih hendaklah memberi manfaat kepada
murid-murid dan membantu mereka dalam aktiviti pembelajaran.
Melalui tugasan ini juga saya dapat menerokai pelbagai jenis media
pengajaran yang sebelum ini saya tidak pernah dengar. Sebagai contohnya
Voicethread, Google Docs dan bermacam-macam lagi. Di samping itu, apa yang
saya peroleh daripada melakukan tugasan ini pula, saya dapat mengetahui
bagaimana untuk merancang pengajaran mengikut format yang sesuai dan baik.
Sebagai contohnya saya memilih untuk mengambil sukatan KSSR Tahun 3. Jadi
untuk membuat RPH berdasarkan KSSR ini memerlukan saya mencari dan
membuat rujukan tentang format dan kandungannya dengan betul. Jadi,

pendedahan yang saya dapat dari awal ini sudah tentu dapat membantu saya
apabila saya menjalani praktikum kelak.
Selain itu, saya juga belajar bagaimana untuk memilih kaedah dan teknik
yang bersesuaian untuk perancangan pengajaran dan pembelajaran yang saya
hasilkan. Tambahan lagi, saya dapat mengaplikasikan segala pengetahuan sedia ada
dan baharu berkaitan teori pembelajaran saya dalam RPH. Pada pendapat saya,
tugasan ini agak sukar pada mulanya untuk dilaksanakan kerana saya bimbang
sekiranya apa yang saya rancangkan lari daripada konsep yang dikehendaki.
Namun begitu, saya bertuah kerana memiliki pensyarah dan rakan-rakan yang sudi
membimbing saya.
Manakala bagi tugasan seterusnya ialah saya perlu menghasilkan portfolio
dan mendokumenkannya dalam perisian LiveBinders. Bagi saya, tugasan ini paling
menyeronokkan. Hal ini demikian kerana sebelum ini saya tidak pernah
menggunakan perisian LiveBinders. Jadi, banyak perkara yang saya perlu terokai.
Salah satu kelebihan menggunakan perisian ini ialah saya dapat berkongsi
maklumat yang saya ada dengan orang lain dan begitulah sebaliknya.
Sepanjang saya membuat tugasan ini, saya begitu seronok kerana tugasan
ini melatih saya untuk menjadi bakal guru yang kreatif, bijak menganalisis dan
berfikiran tajam serta berani untuk melontarkan pendapat dalam menghasilkan
sesuatu perkara. Sebagai bakal guru, saya juga bersyukur kerana sudah mendapat
pendedahan yang mendalam pada peringkat awal tentang pelbagai media
pengajaran untuk saya gunakan dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran
saya.
Akhir sekali, kemuncak kepada pentingnya kerja kursus ini dilaksanakan
ialah saya dapat meningkatkan kompetensi diri saya untuk menjadi insan yang
mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan
seharian saya. Tugasan yang diberi cukup bermanfaat dan membantu guru pelatih
dalam meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.Insya-Allah.Sekian, terima
kasih

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dapat juga saya dan rakan-rakan menyiapkan
kerja kursus EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Jutaan
ucapan terima kasih didahulukan kepada pensyarah subjek ini iatu Puan Zainab
Binti Ahmad yang telah banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam

menyelesaikan masalah dan kerumitan yang timbul sepanjang melakukan tugasan


ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam
memberikan idea-idea menarik untuk penambahbaikan dalam melaksanakan
tugasan ini.
Sepanjang melakukan tugasan ini, saya dapat menimba ilmu tentang caracara menghasilkan video yang menarik serta cara-cara penggunaan kamera video.
Sebelum ini, saya langsung tidak mengetahui cara-cara penggunaan kamera
apatah lagi untuk menghasilkan video. Sekarang saya sudah mampu untuk
menggunakan kamera dan serba sedikit mahir untuk meng edit video. Saya juga
dapat belajar tentang langkah-langkah penghasilan skrip untuk video. Untuk
menghasilkan video yang berkualiti, kita perlukan perancangan dan persiapan rapi.
Melalui tugasan ini, saya dapat belajar bagaimana cara untuk menghasilkan skrip
dan membuat perancangan untuk menghasilkan sesuatu video.
Akhir kata, semoga pengalaman dan ilmu yang saya dapat sepanjang
tugasan ini dilakukan dapat diaplikasikan ketika berdepan dengan realiti sebenar
seorang guru. Ini kerana guru zaman moden dan interaktif ini memerlukan
kepakaran media untuk bergelar seorang guru yang serba boleh.
Sekian.

MOHD AMIN BIN OMAR


910604-02-5915
Pertama sekali saya amat bersyukur dapat kami menyiapkan tugasan ini tanpa
sebarang aral yang melintang . Pada kesempatan ini juga ,saya ingin merakamkan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat
sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini juga kepada Puan Zainab Binti Ahmad
kerana sudi meluangkan secebis masa untuk memberi tunjuk ajar, teguran serta
pandangan kepada saya dan rakan-rakan supaya dapat menyempurnakan tugasan
ini dengan jayanya . Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu
saya secara langsung atau secara tidak langsung .
Pada mulanya , semasa menjalankan tugasan ini , saya telah menghadapi
beberapa kesulitan . Ini berlaku disebabkan pengetahuan yang saya ada mengenai
bidang Teknologi dalam Pendidikan ini amatlah sedikit , ditambah pula dengan kerja
kursus dalam matapelajaran yang lain yang harus dilakukan serta disiapkan pada
masa yang sama di samping masa terluang yang saya ada amatlah singkat .
Walaubagaimanapun , saya menganggap ia sebagai cabaran kepada diri saya
sendiri sebagai bakal guru dimana saya haruslah pandai membahagikan masa
semasa menjadi seorang guru suatu masa nanti .

Meskipun berhadapan dengan beberapa masalah tersebut pada mulanya ,


saya bersyukur kerana tiada masalah yang dapat mencacatkan usaha saya dalam
melengkapkan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami . Akhir kata,
saya berharap agar hasil kerja kursus ini dapat memenuhi spesifikasi yang telah
ditetapkan disamping dapat memuaskan hati para pembaca dan pensyarah serta
dapat menjadi sumber rujukan untuk menambahkan pengetahuan kita bersama .

AZZUWA AZWAN BIN MUHAMAD


910117-13-6239

Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke atas hadrat Ilahi,


kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Selain itu, jutaan terima kasih juga saya hulurkan kepada pensyarah
Teknologi dalam P&P, Puan Zainab atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau semasa
P&P
mahupun
sewaktu
berkolaborasi
pada
waktu
luar
kelas.
Begitu juga jutaan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu Uzair dan
Amin. Dengan kerjasama yang kuat dan komitmen yang tinggi, dapat kami
menyiapkan tugasan dalam masa yang agak singkat. Tugasan-tugasan yang kami
bahagikan dalam menjalankan setiap kehendak soalan adalah sangat efisen dan
berguna.
Penyediaan video, blog, hasil kerja 2D dan 3D, dan juga album, amatlah memakan
masa yang lama. Dengan kerjasama dan pertolongan daripada rakan sekumpulan,
kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, melalui mata pelajaran ini, saya dapat mempelajari untuk
menyediakan pelbagai jenis kaedah dalam teknologi dan saya dapat bersedia
menghadapi segala cabaran dalam era teknologi ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai