Anda di halaman 1dari 1

Peranan Guru Moral Terhadap Kod Etika Perguruan

Guru pendidikan Moral perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan
profesion perguruan. Kod Etika Perguruan penting

kerana ia menyediakan garis

panduan tingkah laku dalam profesion perguruan yang perlu dirujuk dan diamalkan
oleh guru pendidikan Moral.
Tanggungjawab guru pendidikan Moral adalah sebagai pemegang amanah
dalam bidang pendidikan yang mana tugas hakiki guru menekankan dua amanah
penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.Kecemerlangan sesuatu profesion
dapat dilihat jika guru mengamalkan etika perguruan.
Menerusi kod etika guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan
secara hitam putih dan secara rasmi. Ini dapat membuka mata masyarakat untuk
mengetahui dan memahami tanggungjawab guru yang berat supaya mereka dapat
menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan Negara.
Pengamalan etika perguruan dapat memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas sebagai seorang guru pendidikan Moral serta memupuk
tanggungjawab bersama serta mengeratkan hubungan antara guru.Guru mesti
menunjukkan imej berpakaian, pertuturan, tingkahlaku yang dapat dijadikan contoh oleh
pelajar.Oleh yang demikian, setiap guru pendidikan Moral wajib memahami kod etika
perguruan sebagai panduan daan landasan yang betul demi membangunkan Negara
bangsa.

Anda mungkin juga menyukai