Anda di halaman 1dari 2

1.

Peringkat-peringkat Kemahiran Mendengar

1.1

Peringkat Awal atau Pertama

Peringkat awal kemahiran mendengar, pelajar akan diajar untuk mengecam, mengajuk
dan memilih bunyi. Murid-murid juga diajar untuk mendengar dan mengecam makna
perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat dalam petikan. Dalam peringkat kemahiran
mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat, murid boleh
menjalankan aktiviti mendengar dan mengecam ayat arahan serta pesanan. Sebagai
contoh, murid boleh menjalankan aktiviti mendengar rakaman perbualan yang
mengandungi ayat arahan dan pesanan serta aktiviti menyebut ayat arahan dan
pesanan.
Pada peringkat ini juga, pelajar akan melakukan perkara dan aktiviti yang disuruh
oleh guru. Sebagai contoh, guru menyuruh pelajarnya mengayakan gaya seekor
kucing, maka pelajar akan bertindak balas dengan menggayakan aksi seekor kucing
mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, pelajar juga cepat bertindak terhadap
soalan yang mudah serta dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat
mudah dengan tepat.

1.2

Peringkat Pertengahan atau Kedua

Pada peringkat kedua atau pertengahan dalam kemahiran mendengar ini, pelajar
didedahkan

untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan

terperinci. Pelajar juga diajar untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau


maklumat khusus. Sebagai contoh, guru memberitahu pelajar tentang sebuah
kemalangan yang terjadi baru-baru ini. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar
serta pelajar dapat mengetahui cara-cara untuk mengelakkan kemalangan itu dari
berlaku.
Pada peringkat ini juga, pelajar didedahkan untuk mengenal sebab dan akibat
sesuatu tindakan yang dibuat. Pelajar juga akan diajar untuk mengenal perhubungan
orang-orang yang berinteraksi dalam kehidupan sosial serta diterapkan ilmu dalam

aspek mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap. Mereka akan dipupuk untuk
menjadi seorang pendengar yang baik dengan sentiasa menumpukan perhatian
terhadap penyampai. Hal ini adalah supaya pelajar

tersebut menjaga perasaan

penyampai agar ilmu dan maklumat yang disampaikan itu dapat memberi manfaat
kepada pelajar berkenaan.

1.3

Peringkat Maju atau Ketiga

Pada peringkat ini, dalam kemahiran mendengar, pelajar dilatih untuk mengenal isi-isi
penting. Sebagai contoh, dalam sebuah karangan, guru akan mengajar bagaimana
untuk mencari isi-isi utama dalam karangan tersebut. Selain itu, aktiviti untuk murid pula
adalah murid-murid berbincang secara berkumpulan untuk mencari isi-isi penting
daripada teks yang dibaca.
Di samping itu, pelajar diajar mengenal peranan dan perhubungan orang yang
bercakap. Pelajar akan diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang bercakap agar
dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam sesebuah pertuturan. Contohnya
dalam sukatan pelajar Tahun Empat, pelajar diajar mendengar dan mengecam intonasi
dalam soalan tanpa kata tanya. Mereka juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian
untuk mengatasi masalah yang didengar sama ada merujuk kepada guru atau kawankawan. Pelajar juga akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
serta mereka dapat mentafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur
nahu.

Anda mungkin juga menyukai