Anda di halaman 1dari 15

6.

KEWANGAN: MATEMATIK KEWANGAN


Pengenalan
Analisis tentang nilai masa wang perlu dibuat kerana penyediaannya membantu
perniagaan membuat keputusan belajawan modal syarikat. Nilai bagi RM1 sekarang
boleh menjadi lebih besar daripada nilai RM pada tahun-tahun akan datang kerana nilai
wang mempunyai kecenderung untuk susut atau merosot mengikut masa. Dalam topik
ini akan dibincangkan konsep dengan contoh-contoh bagi Nilai Masa Wang, Konsep kadar
faedah dan dividen, Konsep nilai masa depan (FV), Konsep nilai masa kini (PV), Aliran tunai
anuiti, Konsep nilai masa depan anuiti (FVA), Konsep nilai masa kini anuiti (PVA), Nilai kini bagi
perpetuiti, Aliran tunai tidak sama dan Pelunasan pinjaman.

Objektif
Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat:
1. memahami konsep-konsep dalam nilai masa wang
2. mengira nilai masa wang
6.1. Nilai Masa Wang
Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam analisis pelaburan ialah nilai masa
wang. Ia membentuk asas celik kewangan dan menjadi asas untuk memahami penilaian
dan pelaburan.
Warren Buffett, salah seorang pelabur paling berjaya sehingga kini, amat mempercayai
nilai masa wang, lebih gemar memilih untuk melaburkan semula wang yang dijana
daripada perniagaan daripada menggunakannya untuk membayar dividen kepada
pemegang saham syarikatnya. Dengan cara ini, wang itu terus berkembang. Begitu juga,
nilai pelaburannya akan berganda mengikut masa, sama seperti bagaimana bakteria
membiak, dan kesannya, pulangan akan datang meningkat lebih tinggi. Inilah yang
dikatakan kuasa masa terhadap nilai wang.
Apabila Buffett menerajui syarikat pelaburannya, Bershire Hathaway pada tahun 1964,
nilai bukunya hanyalah $19.46 dan nilai intrinsiknya lebih rendah lagi. Hari ini, nilai
bukunya bagi sesaham lebih daripada $20,000 manakala nilai intrinsiknya pula jauh lebih
tinggi. Kadar pertumbuhan nilai buku sesaham dalam tempoh ini melebihi 25% yang
terkompaun secara tahunan. Sesiapa yang membeli saham Bershire pada tahun 1964
menjadi kaya hari ini!
6.2. Konsep kadar faedah dan dividen
Konsep kadar faedah: Faedah boleh dikatakan sebagai pulangan kepada wang yang
dipinjamkan. Apabila kita meminjamkan wang kita kepada seseorang, kita
menjangkakan wang yang dipulangkan balik akan berserta dengan lebihan. Kadar
lebihan ini bergantung kepada tujuan penggunaan, risiko dan kadar inflasi. Secara
ringkasnya lebihan (faedah) ini adalah sebagai gantirugi kerana kita melupakan
kesenangan penggunaan wang tersebut terhadap kita pada masa kini.

Konsep dividen: Adalah pengagihan sebahagian keuntungan perniagaan (syarikat


sendirian berhad) kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimiliki
6.3. Konsep nilai masa depan (FV)
Nilai jumlah kini, contohnya RM100 pada masa depan diperoleh melalui faedah
terkompaun bagi satu tempoh masa. Apabila bercakap mengenai faedah terkompaun,
yang dimaksudkan ialah jumlah yang diperoleh daripada deposit tertentu (faedah)
menjadi sebahagian daripada jumlah prinsipal pada penghujung tempoh yang telah
ditentukan. Jumlah prinsipal ini ialah jumlah wang yang kemudiannya akan dibayar
faedah. Bezakan ini dengan faedah biasa, yang faedahnya akan hanya dibayar atas
jumlah prinsipal sahaja.
Contoh
Jumlah prinsipal sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam akaun bank memperoleh
faedah 8% setahun selama dua tahun.
Faedah Ringkas: Jumlah faedah ke atas RM100 pada akhir tempoh dua tahun ialah
sebanyak RM16, iaitu RM8 pada akhir tahun pertama dicampurkan RM8 pada
penghujung tahun kedua. Oleh itu, nilai masa depan RM100 pada akhir tahun pertama
ialah RM108, dan RM116 pada akhir tahun kedua
Sekarang

PV = RM100

Tahun 1

Tahun 2

RM100 + 8 = RM108

RM108 + 8 = RM116

Faedah terkompaun: Jumlah faedah yang diperoleh pada akhir dua tahun itu adalah
sebanyak RM16.64 iaitu RM8 pada akhir tahun pertama, dicampurkan dengan RM8.64 pada
tahun kedua. Perbezaan faedah bagi tahun kedua ialah disebabkan faedah 8% dikenakan ke
atas prinsipal (RM100) dan faedah yang diperoleh pada tahun pertama (RM8). Oleh itu, nilai
masa depan bagi RM100 ialah RM116.64, jika faedah terkompaun diaplikasikan.
Sekarang

Tahun 1

Tahun 2

PV = RM100

RM100 +1.08 = RM108

RM108 + 1.08 = RM116.64

Berdasarkan senario ini, tidak sukar memahami mengapa satu pelaburan kecil yang dibuat
pada hari ini, boleh menjadi satu pulangan yang banyak pada masa akan datang, disebabkan
kuasa faedah terkompaun dan masa. Pengiraan umum yang boleh digunakan untuk
menentukan nilai masa depan sesuatu jumlah pada akhir suatu tempoh tertentu ialah:
FVn = PV x (1 + r)

Penunjuk,
FVn = nilai masa depan
PV = nilai kini,
r = kadar faedah, dan
n = tempoh dalam bilangan tahun.
Daripada contoh di atas, nilai masa depan dikira seperti berikut:
FV = RM100 x (1 + 0.08) = RM100 x 1.1664 = RM116.64.
Kita boleh juga menggunakan jadual faktor faedah nilai masa depan (FVIF) lihat Jadual A-1
dalam Lampiran, untuk mendapatkan nilai masa depan bagi satu jumlah kini. Formula untuk
itu ialah:
FVn= PV x FVIF (r%, n)

Penunjuk,
FVn = nilai masa depan,
PV = nilai kini,
FVIF (r%, n) = faktor faedah nilai masa depan, untuk kadar faedah, r% dan bilangan tempoh,
n.
Daripada jadual FVIF, kita perlu lebih dahulu menentukan faktor untuk FVIF (r%, n); dalam
contoh yang diberikan, r = 8%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (8%), persilangan dengan
barisan (n = 2) ialah 1.166.
Dengan menggunakan faktor ini, kita mengira FV sebagai:
FV = 100 x 1.166 = RM116.60
Langkah seterusnya ialah mencari bagaimana nilai masa depan pelaburan RM100 yang
dibuat pada hari ini boleh ditingkatkan. Cara paling ketara ialah berupaya untuk
mendapatkan kadar faedah yang lebih tinggi, katakanlah 10% setahun dan bukannya 8%.

Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah sebanyak 8%


untuk dua tahun: RM116.64
Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah sebanyak 10%
untuk dua tahun: RM121

Walau bagaimanapun, kita juga boleh mendapat pulangan yang tinggi jika faedahnya
terkompaun lebih kerap daripada hanya sekali setahun (yang lazimnya dilakukan oleh
institusi kewangan). Melalui perolehan faedah yang dibayar dua kali setahun (setiap
separuh tahun) atau tiga kali setahun (setiap suku tahun), nilai masa depan RM100 yang
dimiliki itu akan meningkat lebih tinggi.

Dengan kadar faedah 8% untuk dua tahun, nilai masa depan RM100 ialah RM116.64 (di
mana faedah dikompaunkan setiap tahun) nilai masa depan RM100 pada akhir tempoh
yang sama, adalah sebanyak RM116.99 (jika pengkompaunan dibuat dua kali setahun) dan
RM117.17 (jika pengkompaunan dibuat setiap suku tahun).

Nilai masa depan RM100 pada kadar 8% - terkompaun pada kekerapan yang berbeza
Akhir Tahun

Tahunan

1
>2

108.00
116.64

Setiap Separuh
Tahun
108.16
116.99

Setiap Suku Tahun


108.24
117.17

Satu cara lagi bagaimana nilai masa depan wang RM100 boleh ditingkatkan ialah dengan
menyimpan wang itu di bank bagi satu tempoh yang lebih lama (iaitu dengan melanjutkan
tempoh, n dalam pengiraan ini). Contohnya, RM100 yang dikompaunkan pada kadar yang
sama iaitu 8% tetapi untuk satu tempoh yang lebih panjang, akan menghasilkan pulangan
yang lebih tinggi untuk tempoh empat tahun, nilai masa depan ialah RM136, manakala
bagi tempoh enam tahun, nilai masa depannya ialah RM158.70.
Nilai masa depan RM100 pada kadar 8% - terkompaun untuk tempoh
2 tahun
RM116.64
4 tahun
RM136.00
6 tahun
RM158.70
Perkaitan nilai masa depan (iaitu nilai pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) boleh
dilihat melalui carta yang berikut.
Perkaitan nilai masa depan
FV bagi
RM100

20%
15%
10%
5%

Masa

Daripada carta di atas, kita dapat melihat yang berikut:

Nilai masa depan RM100 meningkat mengikut masa, selari dengan peningkatan
kadar faedah.
Pada kadar faedah yang sama (katakan, pada kadar 5%) nilai masa depan
RM100 meningkat sambil tempoh masa juga meningkat.

6.4. Konsep nilai masa kini (PV)

Selalunya, elok jika dipastikan nilai masa kini (sekarang) bagi jumlah masa depan wang.
Nilai kini ialah nilai ringgit kini bagi satu jumlah masa depan, atau dengan kata lain, ia
merupakan jumlah yang perlu dilaburkan sekarang pada satu kadar faedah tertentu dalam
satu tempoh tertentu bagi menyamai jumlah masa akan datang. Proses mencari nilai kini
disebut sebagai pendiskaunan, dan sebenarnya adalah kebalikan bagi faedah
pengkompaunan. Proses ini ialah ciri utama dalam penilaian aset kewangan, contohnya,
dalam menentukan nilai saham menggunakan analisis aliran tunai terdiskaun (DCF).
Pada dasarnya, nilai kini digunakan untuk menjawab soalan, Jika saya boleh mendapatkan
satu kadar pulangan tertentu, (katakan, r%) bagi wang saya, apakah jumlah paling banyak
yang harus saya bayar bagi berpeluang menerima sejumlah wang (katakan, FVn ringgit),
pada masa depan (katakan, tempoh n dari hari ini)? Pendiskaunan bukan mencari nilai
masa depan ringgit kini yang dilaburkan pada kadar faedah tertentu, sebaliknya
pendiskaunan menentukan nilai kini bagi satu jumlah masa depan, dengan andaian bahawa
pembuat keputusan itu berpeluang memperoleh sesuatu kadar pulangan, r% atas wang
tersebut. Kadar pulangan ini biasanya disebut sebagai kadar faedah, kadar diskaun, kadar
pulangan yang diperlukan, kos modal atau kos melepas.
Contoh
Anda berpeluang mendapat RM100, dua tahun dari sekarang. Apakah jumlah paling banyak
yang anda perlu bayar, sekiranya anda boleh mendapat, katakan 6%, daripada pelaburan
anda?
Untuk menjawabnya, kita perlu menentukan berapa ringgit perlu dilaburkan pada kadar 6%
hari ini (terkompaun sekali setahun) untuk mendapat RM100 dalam masa dua tahun. Kita
gunakan PV sebagai nilai kini, yang tidak diketahui jumlahnya, dan dengan menggunakan
persamaan nilai masa depan, contoh ini boleh dikira seperti yang berikut:
PV x (1.06) = RM100

Dengan menyusun semula persamaan bagi mendapatkan jumlah PV, kita dapati jawapannya
ialah RM89 (atau, RM100 dibahagi dengan 1.1236). Dengan kata lain, nilai kini sebanyak
RM100 yang akan diterima dua tahun dari sekarang dengan peluang mendapat faedah
sebanyak 6% ialah bersamaan dengan RM89 pada hari ini.
Sekarang

Tahun 1

Tahun 2

PV = RM89

FV2 = RM100

RM89 sekarang bersamaan dengan RM100, jika kita boleh mendapat pulangan
sebanyak 6% bagi tempoh dua tahun (terkompaun secara tahunan).

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam contoh di atas, kita boleh mendapatkan nilai kini
dengan menyusun semula persamaan nilai masa depan. Oleh itu, persamaan nilai kini boleh
dinyatakan begini:
PV = FVn / (1 + r)
Dan, untuk itu, nilai kini dalam contoh ini dikira seperti di bawah:
PV = RM100 / (1 + 0.06) = RM89
Bagaimana nilai kini bagi sejumlah wang pada masa depan (FVn), katakanlah RM100, boleh
ditingkatkan?
Caranya:
1) Dengan menurunkan kadar faedah yang digunakan, nilai kini bagi satu jumlah masa depan boleh
ditingkatkan. Dalam contoh di sini, jika kadar faedah yang digunakan ialah 5% (bukannya 6%),
maka nilai kini bagi RM100 yang akan diterima dalam masa dua tahun lagi ialah sebanyak
RM90.70 dan bukannya RM89. Ini dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1.05).

2) Nilai kini RM100 yang akan diterima akan menjadi lebih tinggi jika tempohnya dipendekkan.
Dengan andaian kadar faedah tetap sama, (iaitu 6%), PV bagi RM100 yang akan diterima dalam
masa satu tahun dari sekarang ialah sebanyak RM94.33, iaitu lebih tinggi berbanding bagi
tempoh dua tahun (RM89). Ini boleh dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1.06).

Perkaitan nilai kini (iaitu pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) boleh dilihat melalui
carta yang berikut.
Perkaitan nilai kini (pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza)
PV bagi
RM100

0%
5%
10%
15%
20%

Masa

Daripada carta di atas, kita boleh melihat perkara berikut:

Nilai kini bagi RM100 turun mengikut masa, sambil kadar faedah meningkat.

Pada kadar faedah yang sama (katakan, 5%) nilai kini bagi RM100 menurun
ketika tempoh masa meningkat.

Sama dengan pengiraan nilai masa depan, nilai kini bagi satu jumlah boleh juga
ditentukan menggunakan jadual faktor, dikenali sebagai jadual faktor faedah nilai kini
(PVIF) lihat Jadual A-3 dalam Lampiran.
Jumlah nilai kini boleh dikira seperti berikut:
PV = FVn x PVIF (r%, n)
Penunjuk,
PV

= nilai kini,

FVn

= nilai masa depan,

PVIF (r%, n)

= faktor faedah nilai kini, bagi kadar faedah, r% dan bilangan tempoh, n.

Daripada jadual PVIF, pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi PVIF (r%, n); dalam
contoh di sini, r =6%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (6%), persilangan dengan barisan (n
=2) ialah 0.89. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira PV sebagai:

PV = 100 x 0.89 = RM89


7

6.5. Aliran tunai anuiti


Anuiti
Dalam bahagian sebelum ini, kita telah melihat konsep nilai kini dan nilai masa
depan, yang membabitkan satu jumlah tunggal. Contohnya ialah nilai masa depan
bagi RM100yang akan diterima dalam tempoh dua tahun dari hari ini terkompaun
pada kadar 8% atau nilai kini RM100 dalam masa dua tahun, didiskaun pada 6%.
Selain itu, penting juga melihat kepada situasi yang membabitkan lebih daripada
jumlah tunggal. Contohnya, bagaimana hendak menentukan nilai kini RM100 yang
akan diterima pada akhir tahun pertama, dan RM100 yang akan diterima pada akhir
tahun kedua, dengan mengambil kira kesan nilai masa wang? Jumlah sama (RM100)
yang akan diterima bagi setiap tempoh dikenali sebagai anuiti, iaitu aliran tunai
yang sama dan berkala.
Penting untuk memahami asas nilai masa wang, seperti pengkompaunan,
pendiskaunan dan anuiti, kerana ada banyak pengaplikasian yang menggunakan
konsep ini dalam hal-hal kewangan. Dan, sebahagian daripada pengaplikasian ini
adalah yang selalu kita temui dalam kehidupan harian, contohnya, dalam
memastikan jumlah deposit yang diperlukan untuk menghimpunkan satu jumlah
masa depan yang diperlukan (simpanan sebagai persediaan bersara) nilai masa
depan anuiti, atau dalam pengiraan pelunasan pinjaman bagi sewa beli rumah nilai
masa kini anuiti. Contoh lain termasuklah pengiraan nilai masa depan simpanan yang
dibuat dalam simpanan tetap.
6.6. Konsep nilai masa depan anuiti (FVA)
Contoh nilai masa depan anuiti
Nilai masa depan sesuatu anuiti (FVA) boleh juga ditentukan melalui pengkompaunan
bayaran secara berasingan. Sebagai contoh, nilai masa depan RM100 yang akan diterima
pada penghujung tahun pertama dan RM100 yang akan diterima pada penghujung
tahun kedua, boleh digambarkan seperti yang berikut:
Dengan mengandaikan dalam contoh ini, bahawa kadar faedah ialah 8%, nilai masa
depan anuiti boleh dikira seperti yang berikut:
FVA = RM100 x (1.08) + RM100
= RM208

Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan jadual anuiti faktor faedah nilai masa depan
(FVIFA) Jadual A-2 dalam Lampiran, untuk menentukan nilai masa depan bagi anuiti di
atas.
Nilai masa depan sesuatu anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:
FVA = PMT x FVIFA (r%, n)
Penunjuk,
FVA

= anuiti nilai masa depan,

PMT

= bayaran sama,

FVIFA (r%, n)

faktor faedah nilai masa depan anuiti, bagi kadar faedah, r% dan
bilangan tempoh, n.

Daripada jadual FVIFA, pertama sekali perlu ditentukan faktor bagi FVIFA (r%, n); dalam
contoh di sini, r = 8%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (8%), persilangan dengan barisan (n =
2) ialah 2.08. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira FVA sebagai:
FVA = 100 x 2.08 = RM208
6.7. Konsep nilai masa kini anuiti (PVA)
Contoh nilai kini bagi anuiti 1
Nilai kini bagi sesuatu anuiti (PVA), RM100 yang akan diterima pada akhir tahun
pertama, dan RM100 yang akan diterima pada tahun kedua, boleh ditentukan melalui
pendiskaunan jumlah secara berasingan, pada kadar faedah yang bersesuaian.
Andaian bahawa bayaran dilakukan pada penghujung tempoh. Bayaran yang sepatutnya
diberi pada awal tempoh dikenali sebagai anuiti awal tempoh.

Sekarang

Tahun 1

Tahun 2

PVA

RM100

RM100

Dalam contoh ini, jika kita mengandaikan bahawa kadar faedah ialah 6%, maka nilai kini
aliran tunai boleh dikira seperti yang berikut:
PVA = [RM100 / (1.06) ] + [ RM100 / (1.06)]
= RM94.33 + 89.0
= RM183.33
9

Bagi memudahkan pengiraan, kita boleh juga menggunakan jadual anuiti faktor faedah
masa kini (PVIFA) lihat Jadual A-4 dalam Lampiran.
Nilai kini anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:
PVA = PMT x PVIFA (r%, n)
Penunjuk,
PVA
PMT
PVIFA (r%, n)

= nilai kini anuiti,


= bayaran sama,
faktor faedah nilai kini anuiti, bagi kadar faedah, r% dan
=
bilangan tempoh, n.

Daripada jadual PVIFA, pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi PVIFA (r%, n); dalam
contoh di sini, r =6%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (6%), persilangan dengan barisan (n
= 2) ialah 1.833. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira PVA seperti ini:
PVA = 100 x 1.833 = RM183.3

Rumusan
Penting untuk memahami asas nilai masa wang, seperti pengkompaunan, pendiskaunan dan
anuiti, kerana ada banyak pengaplikasian yang menggunakan konsep ini dalam hal-hal
kewangan. Dan, sebahagian daripada pengaplikasian ini adalah yang selalu kita temui dalam
kehidupan harian, contohnya, dalam memastikan jumlah deposit yang diperlukan untuk
menghimpunkan satu jumlah masa depan yang diperlukan (simpanan sebagai persediaan
bersara) nilai masa depan anuiti, atau dalam pengiraan pelunasan pinjaman bagi sewa beli
rumah nilai masa kini anuiti. Contoh lain termasuklah pengiraan nilai masa depan
simpanan yang dibuat dalam simpanan tetap.

6.8. Nilai kini bagi perpetuiti


6.9. Aliran tunai tidak sama
6.10.
Pelunasan pinjaman

10

Ringkasan - Nilai Masa Wang


Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam menganalisis pelaburan ialah konsep nilai
masa wang.
Nilai jumlah kini pada masa depan, ditemui dengan pengaplikasian faedah kompaun (atau
pengkompaunan) mengikut masa, dikenali sebagai nilai masa depan.
Nilai masa depan bagi sesuatu pelaburan, boleh ditingkatkan dengan:
1) memperoleh kadar faedah lebih tinggi; dan/atau
2) melabur bagi satu tempoh yang lebih lama.
Pengkompaunan yang lebih kerap, contohnya setiap suku tahun dan bukannya setahun
sekali, boleh juga meningkatkan nilai masa depan bagi sesuatu jumlah.
Nilai kini ialah nilai masa kini ringgit bagi sesuatu jumlah masa depan, dan ditemui melalui
proses yang dikenali sebagai pendiskaunan.
Nilai kini bagi sesuatu jumlah masa depan boleh ditingkatkan melalui 1) merendahkan kadar
faedah yang diperoleh;
2) dan/atau memendekkan tempoh masa.
Anuiti ialah aliran tunai yang sama dan berkala.
Nilai kini dan nilai masa depan bagi sesuatu anuiti boleh ditentukan menggunakan jadual
faktor faedah masing-masing (PVIFA dan FVIFA).
Konsep anuiti penting dalam celik kewangan kerana kita akan menemuinya ketika membuat
simpanan persaraan, dan pelunasan pinjaman perumahan.

Rujukan:
K.K Wee. 2001. Matematik Kewangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
T.K. Lau., Y.N Phang.,K.K Wee.2012, Business Mathematics for UiTM, Forth Edition, Oxford Fajar,
Shah Alam.
http://kingofformulas.com/
http://hoileongchan.blogspot.com/2012/11/mathematical-tables.html

11

Lampiran

Nilai masa depan menggunakan formula berikut:

FVn= PV x FVIF (r%, n)

12

Nilai masa depan sesuatu anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:
FVA = PMT x FVIFA (r%, n)

13

Nilai kini boleh dikira menggunakan formula seperti berikut:


PV = FVn x PVIF (r%, n)

14

Nilai kini anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:


PVA = PMT x PVIFA (r%, n)

15

Anda mungkin juga menyukai