Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN UPSR : AUTOBIOGRAFI

AKU SEHELAI KEMEJA

Aku sehelai kemeja. Namakuku Boss. Aku dilahirkan di sebuah kedai jahit yang
terletak di Pulau Pinang. Badanku dihiasi dengan corak-corak menarik yang dilukis
sendiri oleh tuanku . Selepas aku di lahirkan, aku telah dimasukkan ke dalam
sebuah kotak dan kemudian dimuatkan ke dalam lori. Aku telah di hantar ke sbuah
gedung pakaian di Selangor.
Aku telah dipamerkan di suatu sudut bersama-sama rakanku yang lain. Tanda harga
yang diletakkan di badanku ialah RM120.00. Aku berasa amat bangga kerana dalam
kalangan rakanku, akulah yang paling mahal.
Banyak orang yang memandangku dan memuji akan kecantikanku. Namun, tiada
siapa yang sudi membeliku kerana hargaku yang agak mahal. Setelah seminggu
aku dipamerkan di situ, aku telah dibeli oleh seorang pemuda yang bernama
Zafran.
Zafran memakaiku pada suatu majlis keramaian di sebuah hotel. Kawan-kawan
Zafran memujiku. Setiap kali sebelum dipakai, Zafran akan menggosokkan badanku
dengan seterika yang panas. Aku berasa amat seronok kerana tuanku amat
menyayangiku dan dijaga dengan elok.
Pada suatu hari, zafran telah meletakkan aku di atas katil di biliknya. Seekor kucing
telah duduk di atas badanku.Tanpa disedari, badanku telah terguris dan koyak
kerana terkena kuku kucing yang tajam itu. Zafran tidak mengetahui apa-apa yang
berlaku kepada diriku.

Apabila Zafran datang dan mengambilku, didapatinya badanku telah terkoyak.


Dengan perasaan amat marah dan kecewa, aku dicampakkan ke hadapan pintu bilik
air. Kini, aku dijadikan sebagai alas kaki sehingga akhir hayatku.

Anda mungkin juga menyukai