Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya akhirnya KKBI
Olahraga ini dapat saya siapkan pada masa yang telah ditetapkan. Dalam melaksanakan
tugasan ini, kami menggunakan sepenuh masa yang telah diperuntukkan. Masa yang
diberikan oleh pensyarah, untuk melaksanakan tugasan ini walaupun terhad saya tidak
terlepas daripada melakukan tugasan-tugasan lain dan hal inilah yang menjadi cabaran
terbesar saya untuk membahagikan masa melakukan berbagai-bagai kerja dalam satu
masa. Jika kekangan ini tidak dapat ditangkis, maka tidak dapatlah tugasan ini disiapkan
seperti ini. Namun, pemikiran yang positif ditambah pula dengan pengurusan dan strategi
perlaksanaan kerja, pengurusan masa, kerjasama pensyarah dan rakan lain menjamin
kualiti kerja projek ini menjadi sebuah tugasan yang baik.
Pada semester ini, saya diberikan tugasan olahraga. Tugasan yang diberikan ialah
memerlukan saya membuat satu kertas kerja mengenai acara merentas desa atau olahraga.
Saya memilih untuk membuat kertas kerja merentas desa.Hal ini kerana, proses mencari
maklumat mengenai acara itu bukanlah mudah seperti yang dijangka. Sabagai seorang guru
yang pernah mengendali acara seperti merentas desa dapat membantu saya melaksanakan
tugasan ini. Berkat semangat yang telah ada dalam diri saya dapat melaksanakan tugasan
ini dengan baik dan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Mengakhiri ruangan refleksi ini, jutaan terima kasih dilayangkan kepada semua pensyarah
terlibat kerana tanpa bimbingan anda tugasan seperti hari ini tidak mungkin dapat disiapkan
dan walaupun ia berjaya disiapkan hasilnya tidak sepertinya. Peluang untuk menyiapkan
tugasan ini memberikan pengalaman yang begitu bermakna pada diri saya sebagai seorang
guru.

FAIROS AZMI BIN MARZAH


810809145533
PPG 4.07

Anda mungkin juga menyukai