Anda di halaman 1dari 14

3.

0 KEBUDAYAAN MELAYU DALAM PROSA MELAYU TRADISIONAL


Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang amat berpegang teguh kepada adat resam
dan tradisi mereka. Dalam kehidupan seharian, ia banyak melibatkan norma-norma hidup,
peraturan, tradisi dan pantang larang yang wajib dipatuhi. Pengabaian terhadap adat resam itu
dianggap sebagai satu kesilapan yang besar sehingga boleh mengakibatkan jatuhnya status
atau maruah si pelaku mahupun keluarganya.
Pepatah Melayu yang mengatakan biar mati anak jangan mati adat menunjukkan
betapa tinggi komitmen masyarakat Melayu terhadap adat resam peninggalan moyang mereka.
Kehidupan masyarakat Melayu dilihat berpandukan kepada sistem rasa dan amat sensitif
dengan perasaan orang lain. Mereka diasuh dan diterapkan dengan amalan-amalan hidup yang
penuh dengan sifat bersopan santun, tidak suka menonjol diri dan sentiasa mengalah sebagai
tanda hormat dan toleransi yang tinggi. Oleh yang demikian, sejak zaman tradisional lagi, orang
Melayu telah melengkapkan diri mereka dengan mencipta panduan hidup dan peraturanperaturan yang dikenali sebagai sastera Melayu tradisional berbentuk puisi. Ia dapat dikaitkan
dengan insiatif masyarakat dahulu kala dalam menggambarkan kehidupan mereka. Masyarakat
Melayu yang pada ketika itu lebih mementingkan tradisi lisan telah menggunakan bantukbentuk kesusasteraan Melayu tradisional seperti syair, pantun, peribahasa, pepatah dan
perumpamaan bagi menggambarkan pencapaian serta pemikiran mereka.
Namun begitu, peranan dan kedudukan prosa melayu tradisional dalam masyarakat
moden hari semakin sepi. Ia semakin dipinggirkan oleh generasi muda yang dilihat semakin
tidak meminati warisan tradisi ini. Mereka dikatakan hilang ciri-ciri kemanusiaan dan gagal
menghayati keindahan warisan tradisional tersebut. Masyarakat moden yang sarat dengan
konsep logik dan mengutamakan soal-soal fizikal, material dan kejasmanian dikatakan hilang
sifat kerohanian sebaliknya digantikan dengan aspek-aspek logikal dan objek-objek yang
bersifat konkrit. Saya akan mengkaji secara kolaboratif kebudayaan melayu dalam Prosa Cerita
Rakyat yang bertajuk Padi berbuah emas.

Prosa (Cerita
Rakyat)
Othman Puteh & Aripin Said.(1995). Himpunan 366
Cerita
Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication
&
Distribution Sdn. Bhd

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan tentang seorang Pemuda bernama


Kasan yang bekerja menanam padi di dangau. Kasan
bimbang padinya habis dimakan burung pipit. Perjumpaan
dengan seorang perempuan tua telah menyedarkan Kasan
akan sikapnya yang tamak. Perubahan sikap Kasan
menyebabkan padinya berbuah emas.

Kebudayaan Melayu dalam cerita Padi


berbuah emas

Ekonomi
Cerita ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu

bekerja sebagai petani untuk menyara hidup. Ia ditunjukkan


melalui watak Kasan yang bekerja menanam padi di
dangau.

Pada zaman dahulu, di Kampung Jeram, ada


seorang petani bernama
Kasan. Kerjanya menanam padi. Apabila padi
sudah masak, dia datang ke
dangaunya(P1)

4.0 ANALISIS NILAI, FALSAFAH DAN TASAWUR MELAYU DALAM PROSA TRADISONAL
Prosa Melayu Tradisional memang mempunyai nilai estetik, sama ada tahap tinggi atau bertaraf
rendah. Nilai estetik ini seharusnya dapat menikmati sebagai nikmat ketika membaca,
menghayati dan memahami setiap hasil karya. Begitulah, bagi karya novel, cerpen, puisi
(pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak) drama dan sebagainya ada terselit nilai-nilai
estetika dan keindahan.
Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang
membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi
membawa maksud kepekaan manusia terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetik juga boleh
diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception), iaitu merupakan istilah estetika
yang digunakan untuk kajian falsafah. Selain itu, estetika juga membawa banyak pengertian
daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (17141716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika.
Estetik adalah rasa indah pada umumnya dan tentang kesenian pada khususnya.
Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat dengan kesenian. Apabila
disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara berkaitan seni
dan kesenian Estetika secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh sebab itu, estetika
merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni. Nilai estetika itu sendiri
melibatkan seni dan keindahan. Apabila dilihat dari konsep yang berkaitan dengan karya, kita
dapat mengaitkan unsure ini dengan karya yang dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang
estetik iaitu indah dan berseni. Secara umumnya, estetika dikaitkan dengan karya seni manusia
atau mengenai alam semesta.
William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang berhubungan dengan
sifat dasar nilai-nilai non-moral suatu karya seni. Estetika sering diungkapkan sebagai
persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan falsafah keindahan, kerana estetika tidak
semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah
berkaitan dengan karya seni, yang merangkumi bidang ilmiah, antaranya meliputi perbincangan
tentang keindahan dalam seni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan
seni dan sebagainya. Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam
bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan,
Selain itu, estetika juga dapat dikaitkan sebagai keindahan yang berdasarkan
penglihatan iaitu seni rupa dan keindahan yang boleh didapati melalui pendengaran contohnya,
muzik. Oleh sebab itu, keindahan dapat diertikan sebagai keindahan yang meliputi aspek

keindahan seni, keindahan alam, keindahan moral, dan keindahan intelektual. Estetika sebagai
keindahan dan keagungan. Estetika juga merupakan sebahagian penciptaan simbol- simbol
yang wujud dari perasaan manusia sebagai hasil kesenian dan juga sesuatu yang mewakili
perasaan amnesia. Maksudnya, estetika bersifat simbolisme iaitu simbol-simbol yang
dimaksudkan bukan sahaja hasil karya seni lukis tetapi hasil binaan yang mempunyai simbolik
tersendiri hasil ciptaan manusia. Sebagai contoh, seni binaan bangunan yang kaya dengan
simbol dan keindahan tersendiri seperti rekaan bangunan Menara Petronas, Kuala Lumpur.
Perkataan keindahan atau kata dasarnya indah merupakan salah satu istilah pokok
dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya
Melayu menurut V.I. Braginsky dalam Aminudin Mansor ialah terdapat tiga aspek yang jelas
dinyatakan dalam karya sastera menerusi penggantian perkataan indah dengan kata yang
sama maksud. Menurutnya lagi, keindahan sesuatu karya sastera dipercayai mampu
mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa penyembuh tetapi akibat daripada keindahan
itu lebih penting iaitu manfaat yang terselindung di sebaliknya. Misalnya, pembaca akan berasa
tenang atau sebaliknya bergantung kepada keadaan jiwa seseorang itu ketika menghayatinya.
Aspek pertama yang akan dibincangkan ialah berhubung dengan asal usul keindahan.
Pengertian indah dipadankan dengan cara tertentu melalui kuasa Tuhan atau kekayaan Allah.
Ianya meliputi kekuasaan Allah mencipta sesuatu yang tidak terbatas. Contohnya kehadiran
pelbagai kehidupan di muka bumi, sistem cakerawala, keindahan alam semula jadi dan
sebagainya sehinggakan yang tidak mampu ditanggapi oleh akal manusia biasa.
Kedua, estetika Islam juga membezakan keindahan mutlak daripada keindahan
fenomena dengan menggunakan perkataan elok dan indah dalam karya sastera dan karangan
tasawuf Melayu. Manakala, aspek keindahan ketiga ialah estetik atau keindahan tersembunyi,
tetapi bentuk iaitu susunan kata yang baik, makna yang berlapis-lapis mampu menyerlahkan
keindahan sehingga dapat dihayati. Tanpa bentuk yang baik pasti isi kandungan dalam
sesebuah karya tidak mempunyai daya tarikan. (Aminudin Mansor, 2012).
Sebenarnya cerita-cerita rakyat hanyalah merupakan sebahagian daripada tajuk kecil
yang terkandung di dalam Kesusasteraan Melayu Lama dan tidaklah begitu diambil perhatian.
Dalam hal ini, pelajar tidak berkesempatan mengenali dan memahami cerita jenaka dengan
lebih mendalam lagi. Hanya sesetengah guru sahaja yang dapat menjalankan tugasnya dengan
baik dalam memastikan pelajarnya mengetahui dengan lebih mendalam dan kritis mengenai
cerita jenaka Melayu.
Walaupun cerita rakyat hanya merupakan sebahagian tajuk kecil sahaja tetapi ada
banyak hal atau aspek atau perkara yang boleh diperlihatkan kepada pelajar seperti unsur-

unsur sosiologi dan moral. Pelajar tidak akan tahu bahawa banyak hal atau perkara atau aspek
yang terkandung di dalam cerita jenaka ini jika tidak dikupas. Guru seharusnya dapat membuka
mata pelajar untuk melatih mereka berfikir secara kritis dan kreatif mengenai unsur-unsur yang
terkandung di dalam cerita tersebut.
Cerita-cerita rakyat bukanlah semata-mata bahan hiburan dan penuh dengan kisah
dongeng dan khayal. Ditinjau dari segi kebudayaan dan kemasyarakatan, jelas bahawa ceritacerita ini dapat digunakan untuk mencari beberapa jawapan yang dapat menjelaskan budaya
sesuatu masyarakat itu di samping memberi unsur-unsur atau nilai-nilai moral dan pengajaran.
Unsur-unsur didaktif yang terkandung di sebalik kelucuan cerita itu dapat menuntun dan
menyedarkan yang lalai serta memberikan pengajaran secara spontan kepada yang
membacanya khususnya para pelajar. Disebalik kelucuan yang disampaikan atau diceritakan itu
terselit unsur-unsur moral dan nasihat untuk dijadikan sebagai panduan hidup dan membawa
mesej kritikan sosial yang ditujukan kepada golongan tertentu. Daripada sifat watak-wataknya
kita dapati bahawa ianya memberikan satu bentuk pengajaran dan tauladan kepada para
pelajar, dengan meneliti sifat-sifat bodoh wataknya, seorang guru dapat membuat kesimpulan
bahawa sikap kebodohan yang ditonjolkan itu boleh dijadikan contoh tauladan agar para pelajar
tidak mengikutinya.
Analisis cerita rakyat dengan menggunakan pendekatan sosiologi dapat membantu para
pelajar melihat cerita-cerita ini sebagai hasil budaya yang dapat memberi pengetahuan
mengenai budaya dan masyarakatnya. Selain itu juga dapat memperlihatkan corak pemikiran
pengarangnya dan juga masyarakatnya melalui tindak tanduk watak-watak dalam cerita, latar,
pandangan dan cita-cita watak mengenai kejayaan dan kegagalan serta corak masyarakat yang
tergambar dalam cerita-cerita tersebut. Manakala pendekatan moral atau pengajaran berguna
dalam mendidik para pelajar secara tidak langsung di sebalik kelucuan cerita-cerita tersebut
kerana tanpa disedari, cerita jenaka dapat memberi nasihat dan moral kepada para pelajar dan
memberi pengetahuan kepada para pelajar untuk berfikir secara kritis.
Dalam hal ini guru perlulah bijak memilih pendekatan, teknik dan kaedah yang boleh
merangsang para pelajar agar berminat untuk mempelajari dan mengenali cerita jenaka kerana
sebagai seorang pelajar sudah setentunya menginginkan sesuatu yang boleh menarik
perhatian mereka.
Pada keseluruhannya, cerita-cerita rakyat adalah bertujuan untuk menasihat dan
mengajar melalui watak-watak pelaku utamanya yang lucu itu. Pendek kata, biarpun ceritacerita itu mengandungi unsur-unsur kelucuan yang menggelikan hati namun di dalamnya terselit
unsur-unsur didaktif secara tidak langsung yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran di

sekolah. Cerita rakyat boleh dikatakan satu mata pelajaran yang boleh menarik minat pelajar
dengan menggunakan teknik yang sesuai seperti teknik bercerita dengan penggunaan intonasi
dan nada yang boleh merangsang pelajar, teknik perbincangan, soal jawab dan sebagainya di
samping alat bantu mengajar yang berkesan dan dapat menarik minat pelajar.

ANALISIS CERITA RAKYAT PADI BERBUAH EMAS

Nilai Murni

Cerita ini menunjukkan sikap masyarakat Melayu yang baik hati


yang diperlihatkan dalam peribadi Kasan yang telah menolong
seorang perempuan tua mengangkat barang.

Oh, banyaknya barang emak. Marilah saya tolong


hantarkan, kata
Kasan.Perempuan tua itu setuju. (P4)
Masyarakat Melayu turut mempercayai bahawa sikap tamak
hanya akan merugikan seseorang individu dan seharusnya rezeki
yang diperoleh dikongsi dengan orang/makhluk lain

Rezeki kamu murah, tapi kamu mungkin tamak.


Nak mengaut
rezeki seorang. Apa salahnya kamu berkongsi
dengan orang lain, kata
orang tua itu lagi (P10)

Kepercayaan Karut
Berdasarkan pembinaan cerita ini, dapat dilihat bahawa

masyarakat Melayu mempercayai perkara-perkara yang bersifat


magikal atau ajaib. Dalam cerita ini, perkara ajaib berlaku apabila
sesuatu sikap yang baik diamalkan contohnya:

Alangkah terkejutnya Kasan apabila melihat


padinya itu berbuah emas.
Kilau emas itu hanya terdapat pada tempat pipit
makan padi. Aku
tidak akan bersifat tamak lagi kata Kasan (P14)

Agama

Masyarakat Melayu mempercayai bahawa selain manusia,


burung juga merupakan makhluk Tuhan dan manusia seharusnya
mendapat layanan yang baik. Ini menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu mengakui kewujudan Tuhan sebagai pencipta
segala hidupan dan benda di dunia.

Burung itu juga makhluk Tuhan. Biarlah burung itu


makan sedikit.
Katanya. (P11)

Cerita ini mengajar bahawa kita tidak


seharusnya bersikap tamak. Rezeki yang
kita peroleh seharusnya dikongsi kepada
mereka yang memerlukan.
________________________
Sekian....

Anda mungkin juga menyukai