Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Kumpulan

Bismillahirrahmanirrahim
Setinggi-tinggi kesyukuran kami limpahkan kehadrat ilahi serta
kurniaannya kerana masih diberi kesempatan masa,ruang dan
tenaga bagi kami menyiapkan tugasan Kemahiran Belajar yang
telah diamanahkan kepada kami.Setinggi-tinggi penghargaan
juga kami berikan kepada En. Ramlan Bin Mustapha kerana sudi
memberi tunjuk ajar,nasihat serta pandangan mahupun teguran
kepada kami secara langsung ataupun tidak.Sesungguhnya tanpa
nasihat dan pandangan yang berguna daripada En.Ramlan sudah
pasti kami tidak akan berjaya menyiapkan tugasan ini.

Walaupun tugasan yang diberikan agak mencabar kriteria


kami untuk berfikir bagaimana hendak menyiapkannya,tetapi
kami cuba sedaya upaya kami untuk menyiapkannya kerana kami
merasakan amanah yang diberi haruslah dipikul dengan sebaikbaiknya.Kami mendapat kekangan yang cukup hebat untuk
menyiapkan tugasan ini kerana kami membuatnya secara individu
semasa cuti perayaan.Walaupun begitu,kami sempat lagi
membahagi-bahagikan tugasan yang diberikan dengan seadilnya
supaya setiap kerja yang dilakukan tidaklah terasa bebanannya
jika kita bersepakat. Pepatah ada mengatakan berat sama
dipikul,ringan sama dijinjing.Berdasarkan pepatah inilah kami
berpegang teguh tanpa ada perpecahan mahupun perbalahan
semasa kami menjalankan tugasan yang diberikan.

Semasa kami menyiapkan tugasan ini,kami didatangi


berbagai rintangan dan cabaran contohnya kami terpaksa
mengorbankan sedikit masa bersama keluarga.Berdasarkan

setiap apa yang kami lakukan didalam menjalankan tugasan


ini,kami mendapat banyak penambahan ilmu mahupun
pengalaman-pengalaman yang berguna.Ini kerana,tugasan ini
menggambarkan kepada kami bagaimana cara untuk kita
mengajar serta memahami murid-murid tentang pentingnya
kemahiran mendengar.Kerana kemahiran ini haruslah dikuasai
oleh semua murid-murid bagi mendapat kejayaan ataupun
pemahaman tentang apa yang diajar oleh gurunya.Tanpa
kemahiran yang kami rasakan penting ini,pelajar yang genius
sekalipun tidak akan berjaya tanpa pendengaran dan pemahaman
yang betul.

Tugasan yang kami lakukan ini juga sebenarnya


memerlukan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi kerana
tanpa komitmen,sudah tentu kami tidak akan berjaya
menyiapkannya.Contohnya ketika kami menemuramah
masyarakat kami perlu menyusun jadual untuk bertemu-ramah
dengannya.Kami juga terpaksa membahagi-bahagikan masa
untuk menyiapkan tugasan serta masa untuk mewawancara
masyarakat.

Secara kesimpulannya kami dapat simpulkan bahawa


setiap gerak kerja yang kami lakukan perlu dilakukan dengan
sebaik-baiknya.Dengan tugasan yang diberikan ini
juga,ukhuwwah diantara kami semakin rapat dan mesra.

Akhirnya kami berharap agar En.Ramlan dapat memberikan


perhatian sepenuhnya terhadap tugasan yang kami lakukan ini
dengan sebaik mungkin.Jika terdapat banyak kesilapan dan
kesalahan semasa kami menyiapkan tugasan ini,kami berharap

En.Ramlan dapat mempertimbangkan kerja ini dengan


sewajarnya.Sekian.Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai