Anda di halaman 1dari 6

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh
yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan
peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan
sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan.
Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang
seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu
diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.
Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan
sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera
ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk
"bulan purnama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas
muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya,
cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara
dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.
Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan,
guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada turutan tindakan bahagian badan.
lni dapat membantu mereka memahami as as pengumpulan daya dan peranan
bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.
KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA
Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka
menjalani latihan melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku, guru hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkahlangkah
keselamatan ketika menjalani latihan dan pentingnya semua pelajar mematuhinya.
Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani
pelajaran melempar cakera.
(a) Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan guru.
(b) Pelajar menunggu gilirannya di tempat yang selamat dan tidak menunggu di
sekeliling atau berhampiran bulatan lemparan di mana pelajar lain sedang membuat
percubaan.

(c) Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada
sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau di hadapannya dalam kawasan pendaratan
ketika dia memulakan lemparannya.
(d) Amalkan prinsip keselamatan iaitu "semua melempar, semua memungut" jika latihan
berkumpulan diamalkan. oleh pelajar.
(e) Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh
pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membaling cakera kepada peserta yang menunggu
gilirannya.
FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA
Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:
(a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera
(b) Fasa hayunan awalan
(c) Fasa lemparan
(d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

TEKNIK MEMEGANG CAKERA

Salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan cakera di udara adalah cara alat itu
dipegang ketika ianya dilempar oleh seseorang pelempar. Oleh itu, teknik memegang
cakera hendaklah dianggap penting dalam keseluruhan proses melempar cakera. Para

pelajar perlu membiasakan dirinya dengan teknik yang betul melalui latihtubi yang
sesuai mengikut kemampuannya.
Cara memegang cakera hendaklah selamat, selesa dan sesuai dengan bidang tapak
tangan pelajar. Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini dipegang
dan tidak digenggam dengan jari-jari yang dibengkokkan. Para pelajar cuba
membayangkan cara mereka memegang sebuah buku di sisi badannya.
Tekapkan tapak tangan kanan (bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke atas
muka cakera di mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai
logam. Ibu jari reha t atas muka cakera. J ari-jari itu direnggangkan agak sarna jaraknya.
lni adalah cara asas memegang cakera

TEKNIK MELEMPAR CAKERA

Umumnya, terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu Gaya Berdiri dan
Gaya Berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lain yang
merupakan variasi oleh ahli-ahli sukan dalam bidang lempar cakera.
1 Teknik Gaya Berdiri
Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90.
Fasa 1: Persediaan
(a) Pelajar berdiri dengan gay a menghalakan bahu kirinya(tangan bebas) ke arah
kawasan cakera rnendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak
seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri ..

(b) Cakera dipegang dalam tangan,kanan. Badan direndahkan.


Fasa 2: Hayunan Awalan
(a ) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan
rnenyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan
kepada cakera., Lihat juga fasa 1.
(b) Cakera dihayun ke beiakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan
dihayun ke depan sernula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki
kananmengikut rentakhayunan.
(c) Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan
lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.
Fasa 3: Pelemparan
(a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir.
2 Teknik Gaya Berpusing dan Melempar
Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum
menguasai kemahiran asas melempar dengan gaya berdiri. Bagi para pelajar yang telah
mahir dengan gaya berdiri, teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan
melalui latihan yang beransur maju.
Dalam gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta
memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar di saat-saat akhir.
Fasa persediaan
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan
pendaratan cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gay a berdiri. Kaki
berjarak seluas bidang bahu.
Fasa 2: Hayunan Awalan
Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti
yang diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas
julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.

Fasa 3: Rotasi atau Berpusing


(a) Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan
berpaksi atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah
lawan jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.
(b) Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan
badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri
mencecah tanah (selesai tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan
diikuti pusingan badan.
PERATURAN ASAS ACARA LEMPAR CAKERA
(a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Peserta hendakiah memuIakan Iemparannya
dari perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan.
(b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasuki
bulatan dan memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuh sebarang bahagian
badannya di kawasan Iuar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of the
circle) atau terlepas cakera dari pegangannya ketika membuat percubaan.
(c) Bagi Iemparan yang sah, cakera hendakiah mendarat atau jatuh supaya bekas
(kesan)nya di dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor.
(d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. Ia
mesti tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri.
(e) Untuk mendapat pegangan yang baik peserta dibenarkan menggunakan bahanbahan pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian tangan
sahaja. Sarung tangan tidak boleh digunakan.
(f) Jika Iebih daripada Iapan orang peserta mengambil bahagian, setiap peserta
dibenarkan melakukan tiga percubaan. Daripada tiga percubaan itu, Iapan peserta yang
terbaik lemparannya akan membuat tiga Iagi percubaan untuk menen tukan pemenang.
Sekiranya ber Iaku seri di tempat kelapan, keputusan itu dibiarkan dan peserta-peserta
berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tiga percubaan itu.
Sekiranyahanya Iapan atau kurang orang yang mengambil bahagian, setiap peserta
akan membuat enam percubaan.

Anda mungkin juga menyukai