Anda di halaman 1dari 27

PLURALITI DAN

MASYARAKAT
PLURALISTIK DI
MALAYSIA

Konsep
Pluralisme: Ideologi yang menyama-

ratakan kepercayaan dan pegangan yang


berbeza dalam masyarakat.

Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa,

agama di suatu tempat pada satu masa


secara semulajadi masyarakat Melaka.

Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian

bangsa, agama di suatu tempat pada satu


masa secara dirancang dipaksakan oleh
pihak-pihak tertentu yang berkepentingan
era penjajah British.

PERBANDINGAN PLURALITI &


PLURALISTIK

PLURALISME ALAM
MELAYU
Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu.

Ianya sudah wujud sejak abad ke 5M lagi bila


alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang
Arab, Cina, India, Parsi dan dan kemudiannya
disertai oleh penjajah Eropah.
Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini

adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory).


Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang

erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui


aktiviti perdagangan.

CIRI-CIRI PLURALISME
Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah

secara sukarela, tanpa paksaan oleh mana-mana


pihak.

Sesetengah imigran membuat keputusan untuk

menetap di Alam Melayu. Keputusan tersebut adalah


keputusan bersama ahli keluarga.

Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan

mengamalkan budaya masyarakat tempatan i.e


pakaian kebaya dalam masyarakat Baba-Nyonya
Melaka.

Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan

budaya mereka kepada masyarakat tempatan, i.e


adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga
telur dan sebagainya.

PLURALISME ALAM
MELAYU
O Semasa Hindu Buddha
O Kemuncak Pluraliti di Zaman

Kesultanan Melayu Melaka


O Selepas kedatangan Penjajah
(Portugis, Sepanyol, Belanda dan
Inggeris)
O Selepas Merdeka

PERTAPAKAN HINDU BUDDHA


Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha

tidaklah begitu mendominasi masyarakat di


Alam Melayu berbanding dengan kekuatan
pengaruh ajaran Islam.

Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab

klasik mereka yang membincangkan secara


meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah,
metafizik, sistem sosial dan sebagainya.

Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya

agak jelas, seperti dalam aspek


kesusasteraan dan pemerintahan

O berasaskan metafizik (ilmu

bersumberkan alam ghaib, di luar


pengalaman pancaindera manusiabomoh, dukun, jampi, dll.)

Kemuncak Pluraliti di
Zaman Kesultanan Melayu
Melaka
Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu

telah memberi sumbangan terhadap


pembentukan masyarakat plural yang
dapat hidup secara bersama dalam
kepelbagaian
Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman

sebelum kedatangan orang Eropah


terbentuk melalui proses semula jadi tanpa
sebarang rancangan pemaksaan di
sebaliknya

O Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan

interaksi harmoni dengan penduduk, alam


sekitar dan sistem sosial, politik dan agama
telah sedia ada dalam dunia baru mereka.

O Mereka secara suka rela sanggup berkahwin

dengan penduduk tempatan.

O Faktor perdagangan menjadi punca wujud

hubungan dua hala antara Cina dan India.

O Alam Melayu telah menjadi tempat utama

persinggahan bagi kedua-dua pihak.

O Keadaan ini tanpa disengajakan telah

mewujudkan pluraliti di Alam Melayu.

O Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke

7M, telah menjadi pusat pengajian dan


perkembangan ilmu pengetahuan

FAKTOR YANG MEMBAWA KEAGUNGANNYA


SEHINGGA DIBERI JOLOKAN THE VENICE
OF THE EAST
O Pemerintahan yang bersistematik
O Perdagangan
O Kebudayaan
O Kependudukan

PEMERINTAHAN YANG
BERSISTEMATIK
Pemerintah telah mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi

melancarkan lagi sistem pemerintahan seumpama jawatan


Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya
Di samping itu, kerajaan Melaka tidak ketinggalan

mewujudkan hubungan diplomasi dengan kuasa besar pada


masa itu. Hubungan Melaka dengan negara China telah
membawa impak positif yang bukan sedikit baik dari segi
politik mahu pun dari segi ekonomi. Dari segi politik, Melaka
memperoleh jaminan perlindungan dari negara China yang
menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam.
Manakala dari segi ekonomi pelabuhan Melaka dapat
berkembang dengan pesat tanpa gangguan anasir-anasir
luar.

Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh

diplomasi dan terbuka. Perlantikan kejawatan


penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada
semua etnik .

Memberi peluang kepada etnik imigran untuk

tinggal di Melaka, bahkan untuk berkahwin dengan


wanita tempatan.

Menjalan dan menguatkuasakan undang-undang

yang tegas untuk memberi keadilan kepada semua


penduduk dan pedagang i.e Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan
Islam

PERDAGANGAN
O Perdagangan berkembang pesat hasil

jaminan keselamatan dan undangundang. Ancaman lanun dapat dikawal


sepenuhnya dengan wujudnya Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka

O Sokongan pemerintah dan pembesar

yang proaktif i. e laksamana, shahbandar


dan sebagainya yang menjalankan tugas
dan tanggungjawab dengan baik.

KEBUDAYAAN
O Kehadiran imigran adalah tanpa syarat

passport, visa dan sebagainya.


O Ia telah menjadikan Melaka sebagai
sebuah kota metropolitan
O Kedatangan para pedagang
antarabangsa ke Melaka juga telah
menyumbang kepada multi budaya yang
tersendiri.
O Wujud masyarakat baru seperti
masyarakat Baba.

KEPENDUDUKAN
O Masyarakat Melaka pada waktu tersebut

terdiri dari pelbagai etnik antarabangsa yang


hidup dalam suasana aman dan damai.

O Penghijrahan semulajadi, tanpa paksaan.


O Akomodasi antara pedagang Cina dan India

dengan penduduk tempatan.

SELEPAS KEDATANGAN PENJAJAH


(PORTUGIS, SEPANYOL, BELANDA DAN
INGGERIS)
Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat

utama iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi


kesan dalam sistem kehidupan masyarakat di alam
Melayu.

Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa

masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan


ekonomi dan politik Inggeris.

Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai

kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka.

Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan

mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomipolitik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara
hidup di antara masyarakat tidak berlaku.

Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk

selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris.

British membawa masuk imigran Cina dan India untuk

bekerja di lombong dan diladang getah.

Dasar yang digunakan oleh British pada masa itu ialah

divide and rule antara etnik di Tanah Melayu demi


kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu

Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah

Melayu semata-mata untuk mencari kekayaan, mereka


tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau
bagaimana pun sesetengah daripada mereka tidak
berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu
membentuk penempatan dan pergaulan hanya di
kalangan etnik mereka sahaja.

Walaupun penempatan etnik di Tanah Melayu secara

berpola dan berasingan, namun negara terus berada dalam


suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu
etnik dengan etnik lain.
Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada

penjajahan Portugis dan Belanda sebelum itu kerana


penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan
kolonialisme.
Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala

kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan sebagainya


diambil demi kekayaan negara mereka.
Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan

mereka seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya,


pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan.

Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa perkara bukti :


Politik dan pemerintahan

Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan bukan


agama (sains, ekonomi dan sebagainya)
Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa
(kehakiman, eksekutif, perundangan) yang tidak
membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap
badan yang lain.
Sistem dan Struktur

Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan


(pentadbiran, cukai, undang-undang dan sebagainya)
berada di tangan Raja-raja Melayu.
Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan
Malayan Union) kuasa tersebut telah berpindah ke tangan
gabenor British. Pemisahan tersebut tidak terhad kepada
pemerintahan dan pentadbiran sahaja etapi merebak
kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan
sebagainya.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT
PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA
Selepas merdeka, negara telah mewarisi

pola masyarakat pluralistik peninggalan


penjajah.
Kewujudan masyarakat pluralistik selepas
merdeka dapat dilihat menerusi beberapa
aspek :
POLITIK
PERLEMBAGAAN
EKONOMI
PENDIDIKAN

POLITIK
Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka

adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili orang


Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang
India.

Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti

UMNO, MCA dan MIC yang dikenali sebagai


Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan
lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang
lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional

Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak

ansur antara etnik. Ia telah berjaya mewujudkan


keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang
kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada soal
pembangunan negara.

PERLEMBAGAAN
Wujudnya Faderalisme berlapis (Persekutuan

Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia)

Perlembagaan Malaysia adalah berasaskan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


Beberapa perubahan telah dibuat bagi
membolehkan penyertaan Sabah Sarawak dan
Singapura menyertai Malaysia.

Dalam konteks ini Perlembagaan Malaysia

merupakan undang-undang tertinggi negara. Ia


menjadi asas kepada kontrak sosial dan juga
pembentukan parti politik

PENDIDIKAN
Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari

segi jenis sekolah, kurikulum, orientasi dan sebagainya


telah diteruskan selepas merdeka.

Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika

negara di ambang kemerdekaan dengan penubuhan


jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan yang
kemudiannya melahirkan penyata Razak 1956 dan
Penyata Rahman Talib 1960.

Matlamat utama kedua-dua penyata tersebut adalah

untuk menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di


bawah satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan
yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.

EKONOMI

Dasar ekonomi yang diamalkan British di Tanah Melayu


adalah dasar ekonomi bebas laissez faire.

Kesan amalan ekonomi tersebut telah mewujudkan dua


sistem ekonomi iaitu ekonomi tradisional (berasaskan
pertanian) yang melibatkan orang Melayu dan ekonomi
moden (berasaskan pasaran dan modal) yang melibatkan
orang Cina.

Sistem ekonomi penjajah tersebut telah melahirkan pelbagai


masalah ekonomi, antaranya wujud jurang pendapatan yang
luas antara etnik.

Selepas merdeka, kerajaan cuba memperbaiki kepincangan


ekonomi dengan memperkenalkan beberapa langkah
pembangunan berencana, antaranya
Rancangan Malaysia
DEB
Wawasan 2020 dan sebagainya

KESIMPULAN
Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan

masyarakat pluralistik, membahagikan Alam Melayu


kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga
mewujudkan sistem hidup barat seumpama politik,
ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik

telah membawa kemerdekaan Alam Melayu seperti


Malaysia, Indonesia dan sebagainya.

Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama

ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan negara


terus berada dalam susana aman dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai