Anda di halaman 1dari 2

1. Minyak pada wajah pada waktu pagi adalah sesuai untuk tujuan urutan muka.

Oleh itu, sebelum mencuci


wajah, eloklah urutan dilakukan terlebih dahulu. Kalau tak sempat buat tiap-tiap pagi, buat lah waktu pagi
hujung
minggu.

2. Sebelum mencuci muka, jangan basahkan wajah anda kerana minyak pada wajah dan air tidak bercampur.
Cara yang betul adalah dengan mencuci tangan terlebih dahulu kemudian membuihkan sabun pada tangan
dengan air yang minima. Barulah muka betul-betul bersih.

3.

Cuci

muka

paling

maksima

adalah

sebanyak

kali

sehari.

Skrub

pula

sekali

seminggu.

4. Semasa mencuci muka, urutan wajah adalah ke atas.


5. Selepas mencuci muka, keringkan muka anda dengan hanya menekap (tapping) tuala bukannya mengelap
muka.
6. Liang roma pada wajah adalah terbuka selepas mencuci wajah. Oleh itu, pakailah toner atau jika tidak
mampu gunalah air ais untuk menutupnya. Selepas itu, tepuk-tepuk kulit wajah anda secara lembut untuk
membantunya menyerap dengan baik. Toner tidak boleh disapu di bahagian mata tapi firming lotion boleh.
Kalau pakai toner, pakai lah eye cream untuk kawasan mata. Oh ye, bagaimana anda pakai toner anda? Dengan
kapas ye? Tak perlu pun sebenarnya pakai kapas sebab toner tu hanya adan kat kapas, kulit tak serap pon.
Lebih baik pakai terus ke muka. Kalau nak lebih mudah, beli botol spray yang kecil dan masukkan toner anda
dalam tu. Mudah dan jimat dan lebih berkesan!
7. Pakai pelembab untuk elakkan kulit dari dehydration. Walaubagaimanapun, jika mempunyai masalah
jerawat, tidak digalakkan memakainya sebab boleh menyebabkan liang-liang di muka tersumbat. Kalau nak
pakai juga bolehlah dalam kuantiti yang sedikit. Cara untuk memastikannya; ambil satu tisu dan lekapkan di
muka setelah menyapu pelembap. Lebihan pelembap teresebut akan melekat di tisu.
8. Jangan sesekali menyentuh muka anda dengan tangan yang kotor untuk mengelakkkan pembiakan bakteria
pada kulit wajah. Lepas tu, dapat jerawat la pulak!
9. Set rawatan muka hanya sesuai digunakan dalam tempoh 7 hari sahaja. Jika melebihi tempoh ini, kulit anda
akan lebih teruk apabila berhenti menggunakannya.
10. Jika ingin menukar produk yang mempunyai kandungan kimia yang tinggi kepada jenis produk
berkandungan kimia yang tinggi, selangkan selama 7 hari dengan tidak memakai apa-apa produk supaya kulit
anda bersedia menerima yang baru.
11. Elakan membeli produk yang mengandungi hydroquinone kerana mengandungi merkuri yang boleh
menyebabkan kanser hati dan buah pinggang.Hyroquinone berfungsi sebagai agen pemutihan kulit dengan
menghalang reaksi enzim yang menghasilkan melanin. Melanin ialah komponen yang boleh memberi warna
kulit. Hyroquinone boleh menyebabkan masalah kulit iaitu Ochnronosisi; kulit menjadi tebal dan gelap,
berbintik-bintik coklat keabuan dan benjolan. Ini adalah disebabkan sel melanin yang telah rosak
menyebabkan pigmentasi berlebihan. Berbaloi ke kecantikan sementara selepas tu merana?
12. Elakkan menggunakan produk yang mempuyai SPF melebihi 30. Jika anda memakai pelembab dengan SPF
15 dan ingin memakai bedak juga mengandungi SPF , anda hanya boleh memakai bedak yang mempunyai SPF
15 sahaja.
13. Penghawa dingin menarik kandungan air dalam kulit kita. Oleh itu, letakkan segelas air jika anda berada
di bilik yang berpenghawa dingin untuk mengurangkan kehilangan air dalam kulit. Jika anda bekerja di dalam
bilik berpenghawa dingin, bolehlah memakai pelembap yang tebal sedikit.
Haaa itulah serba sedikit tips yang boleh dikongsi..dan untuk mengetahui teknik yang betul ketika mencuci
muka..klik sini..

Semoga bermanfaat buat semua.. (,")

Anda mungkin juga menyukai