Anda di halaman 1dari 5

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Menurut Matthew Entai Migang, Sazuki Mohamad Bee, Abdul Latiff Poli dan
Azhar Hussin di dalam Modul Program Pensiswazahan Guru bagi subjek Seni dalam
Pendidikan, Seni dalam Pendidikan terdiri daripada 3 bidang. Bidang-bidang
tersebut adalah Seni Visual, muzik dan pergerakan. Murid dapat memahami ketigatiga bidang ini melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti
Seni Visual, muzik dan pergerakan boleh diintegrasikan dalam mata pelajaran lain.
Contohnya Bahasa Melayu dan Sains.
Seni Visual

Muzik

Konsep dan
Prinsip Seni
dalam
Pendidikan

Pergerakan

Konsep dan prinsip Seni dalam Pendidikan


Seni Visual adalah tertumpu kepada seni tampak. Proses Seni Visual dapat
menjana daya kreativiti murid melalui pelbagai cara. Antaranya daya intuisi dan
imaginasi murid. Terdapat empat bidang di dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual.
Bidang tersebut adalah menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan
membuat binaan dan kraf tradisional.
Terdapat banyak teknik menggambar yang biasanya dilaksanakan di sekolah.
Antaranya ialah lukisan, catan, kolaj, resis, capan dan montaj. Membuat rekaan dan
corak pula boleh dibuat secara terancang dan tidak terancang. Antara teknik dalam
membuat rekaan dan corak terancang ialah cetakan, kaligrafi, lipatan dan guntingan.
Teknik membuat rekaan dan corak tidak terancang pula ialah tarikan, titisan,
renjisan, pualaman, tiupan serta ikatan dan celupan. Bidang membentuk dan
membuat binaan pula antaranya terdiri daripada arca timbul, arca assemblaj, arca

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

mobail, diorama dan boneka. Bidang kraf tradisional pula merangkumi jenis kraf alat
domestik, alat permainan, batik, seni tekat, anyaman dan ukiran yang diwarisi turun
temurun berdasarkan kaum masing-masing.
Muzik boleh dijadikan medium untuk PdP di sekolah kerana dapat
memperkembangkan potensi dan bakat murid selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Muzik mengkaji seni bunyi-bunyian yang terdapat di sekeliling
kita. Konsep muzik terdiri daripada irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur,
bentuk dan ekpresi. Melodi terdiri daripada aspek pic, skel, jeda, kontur, solfa dan
rangkai lagu. Harmoni pula terdiri daripada triad, arpeggio dan pergerakan kod.
Irama merangkumi corak irama, rentak, meter, tempo dan detik.
Selain itu, ekspresi terdiri daripada dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Bentuk
dalam konsep muzik pula adalah binari, tinari, rondo, strofik dan sonata. Warna ton
pula adalah sifat dan kualiti bunyi tertentu. Contohnya warna ton bunyi anjing
menderam adalah berbeza dengan kicauan burung. Jalinan pula terdiri daripada
jalinan monofoni, jalinan homofoni dan jalinan polifoni.
Pergerakan di dalam bidang Seni dalam Pendidikan pula terdiri daripada
kemahiran lokomotor, kemahiran bukan lokomotor dan kemahiran persepsi motor.
Contoh pergerakan lokomotor adalah berjalan, berlari, berlari serta berlonjak (leap),
melompat dan melompat ketingting. Kemahiran bukan lokomotor adalah pergerakan
statik. Contohnya membongkok, meregang, memulas, berpusing, mengangkat
badan, merebah dan menghayun. Kemahiran persepsi motor pula merangkumi
kemahiran mengimbang, kesedaran badan, kesedaran ruang, kesedaran hala datar,
kesedaran arah dan koordinasi tangan-mata atau kaki-mata.
Seni dalam Pendidikan perlu diterapkan kepada murid di sekolah. Ini kerana
konsep dan prinsipnya bertepatan dengan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard
Gardner. Menurut Gardner, setiap orang mempunyai tahap kecerdasan yang
berbeza. Kecerdasan itu boleh ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Oleh itu,
Seni

dalam

Pendidikan

dapat

memberi

peluang

kepada

murid

untuk

memperkembangkan dan meningkatkan kecerdasan mereka.


Konsep dan prinsip Seni dalam Pendidikan merangkumi kecerdasan visual
ruang, kecerdasan kinestetik dan kecerdasan muzik. Kecerdasan visual ruang
didapati apabila murid melukis sesuatu menggunakan stail, media dan bahan baru.

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Kecerdasan ini dapat diperkembangkan melalui seni visual. Kecerdasan kinestetik


pula dapat dipupuk apabila murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam
tarian dan drama. Kecerdasan ini dapat diperkembangkan melalui salah satu bidang
Seni dalam Pendidikan iaitu pergerakan. Sementara itu, kecerdasan muzik didapati
apabila murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan gemar
didengar. Kecerdasan ini dapat dipertingkatkan melalui bidang Seni dalam
Pendidikan iaitu muzik.
Ketiga-tiga komponen Seni dalam Pendidikan iaitu Seni Visual, muzik dan
pergerakan dapat diaplikasikan dengan mata pelajaran lain yang diajar di sekolah.
Pengaplikasian ini dapat dilaksanakan melalui penyerapan. Menurut Matthew Entai
Migang, Sazuki Mohamad Bee, Abdul Latiff Poli dan Azhar Hussin di dalam Modul
Program Pensiswazahan Guru bagi subjek Seni dalam Pendidikan, penyerapan
ialah proses menyebati dan menyatu padukan pengetahuan atau unsur isi
pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu
mata pelajaran yang diajar. Contohnya guru mengambil petikan sajak daripada buku
teks Sejarah. Petikan sajak ini digunakan semasa guru mengajar Bahasa Melayu. Ini
bermakna ketika belajar Bahasa Melayu murid dalam masa yang sama juga
memperoleh pengetahuan Sejarah. Penyerapan komponen Seni dalam Pendidikan
dapat dilaksanakan apabila murid mendeklamasikan sajak dengan gaya bersajak
(konsep pergerakan bukan lokomotor) dan diiringi alunan muzik sentimental (konsep
muzik).
Pengintegrasian seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran
lain juga dapat dilaksanakan di sekolah. Seni Visual dapat diintegrasikan dalam
mata pelajaran Sains. Ketika mempelajari mata pelajaran Sains, murid perlu melukis
spesimen hidup dan bukan hidup lebih-lebih lagi ketika aktiviti eksperimen. Aktiviti ini
dapat diintegrasikan dengan Seni Visual. Murid dapat mengaplikasikan teknik dalam
Seni Visual ketika melukis dalam mata pelajaran Sains. Selain itu, konsep muzik
juga dapat diintegrasikan dengan mata pelajaran

Sains. Contohnya guru

menggunakan lagu Tanya Sama Pokok ketika langkah set induksi untuk mengajar
topik rantai makanan. Konsep pergerakan juga dapat diintegrasikan apabila murid
diminta melompat ketika tiba rangkap lagu yang berbunyi katak minta hujan.

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengintegrasian seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran


Sejarah juga dapat dilaksanakan di sekolah. Contohnya murid diminta melukis
bendera Malaysia. Ketika ini konsep Seni Visual dapat diintegrasikan. Konsep muzik
dapat diintegrasikan apabila murid diminta menyanyikan lagu Tanggal 31 ketika
bulan

sambutan

kemerdekaan

Malaysia.

Konsep

pergerakan

pula

dapat

diintegrasikan apabila murid diminta berdiri tegak ketika menyanyikan lagu patriotik
tersebut. Aktiviti ini melibatkan pergerakan bukan lokomotor.
Pengintegrasian seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran
Sejarah juga dapat dilaksanakan di sekolah melalui persembahan boneka.
Contohnya guru membuat persembahan boneka ketika guru mengajar topik
pergaduhan antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Penghasilan boneka dapat
mengintegrasikan konsep Seni Visual iaitu dalam bidang membentuk dan membuat
binaan. Konsep muzik pula dapat diintegrasikan melalui iringan muzik yang
mempunyai warna ton tebal ketika babak pergaduhan sedang dijalankan. Selain itu,
konsep pergerakan dapat diintegrasikan ketika boneka berjalan, melompat serta
bergerak ke kiri dan ke kanan.

Bahasa
Melayu

Pengaplikasian
Konsep dan Prinsip
Seni dalam
Sejarah Sains
Pendidikan dengan
Mata pelajaran Lain

Pengaplikasian Konsep dan Prinsip

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni dalam Pendidikan dengan Mata pelajaran lain

Anda mungkin juga menyukai