Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

: 6/12

Minggu Praktikum

: Minggu Keenam

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 11 MAC 2015

Tajuk Jurnal
: Penguasaan Istilah Bahasa Inggeris.
a) Masalah / Peristiwa
Pada hari Selasa bersamaan 11 Mac 2015, saya telah melaksanakan satu pengajaran
dan pembelajaran bagi tunjang Komunikasi Bahasa Inggeris bagi standard
pembelajaran BI 2.1.7 Listen to and identify common objects in the environment. Bagi
mencapai objektif yang ditetapkan bagi standard pembelajaran tersebut saya telah
memperkenalkan empat objek yang terdapat di dalam kelas iaitu ceiling, floor, door dan
window. Semasa memperkenalkan objek tersebut kepada kelas, dapat diperhatikan
murid 6 tahun lebih cepat mengingat istilah objek tersebut dalam Bahasa Inggeris
berbanding murid 5 tahun. Oleh yang demikian, guru mengambil masa yang lebih lama
bagi membantu murid 5 tahun bagi membantu penguasaan mereka dalam Bahasa
Inggeris.
b) Analisis
Melalui pemerhatian yang dilakukan, murid 6 tahun lebih cepat menguasai istilah yang
diperkenalkan berbanding murid 5 tahun kerana mereka telah didedahkan dengan istilah
tersebut sewaktu persekolahan pada tahun lepas. Murid 5 tahun mengambil sedikit
masa dalam menguasai istilah iaitu ceiling, floor, door dan window kerana ini merupakan
pertama kalinya mereka didedahkan dengan istilah tersebut. Di samping itu, dapat dilihat
murid 5 tahun mengalami kekeliruan istilah floor dan door kerana kedua-dua istilah
tersebut mempunyai sebutan yang hampir sama. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah
ini saya telah melaksanakan aktiviti menyebut objek berdasarkan arahan guru. Saya
telah mengulang aktiviti ini beberapa kali sehingga murid dapat menyebut nama objek
dengan istilah yang betul. Disebabkan masalah tersebut, saya telah mengambil masa
yang agak lama sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya.
c) Cadangan Tindakan Susulan
i.
Saya akan menyediakan satu P&P yang lebih menarik seperti menggunakan
audio dalam memperkenalkan istilah Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak
seperti menggunakan bunyi ketukan pada pintu (door), tapak kaki (floor), dan
angin (window) bagi membantu murid 5 tahun dan 6 tahun untuk menguasai
ii.

sesuatu istilah dengan lebih cepat dan menyeluruh


Saya akan menggunakan suara yang jelas dan terang semasa memperkenalkan
istilah yang mempunyai sebutan yang hampir sama bagi mengelakkan kekeliruan
dalam kalangan murid.

iii.

Semasa melaksanakan aktiviti, saya akan berusaha untuk menguruskan masa


lebih baik dengan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan pada masa
akan datang bagi mengelakkan masalah pengurusan masa dalam pengajaran

iv.

dan pembelajaran yang telah dirancang.


Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang bersama rakan praktikum saya.

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pendedahan awal
dalam penggunaan bahasa yang kedua iaitu Bahasa Inggeris sejak bangku prasekolah
akan banyak membantu murid untuk berkembang dengan lebih baik seiring dengan
peredaran zaman kini. Di samping itu, penggunaan istilah Bahasa Inggeris yang betul
dan tepat pada awal persekolahan akan membimbing murid untuk mendalami bahasa
tersebut dengan lebih mudah sebelum menguasai peringkat yang lebih tinggi. Semoga
cadangan tindakan susulan yang dikemukakan dapat dilaksanakan dengan jayanya
pada masa akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : _______________________

Tandatangan : _______________________

Nama

: _______________________

Nama

: _______________________

Tarikh

: _______________________

Tarikh

: _______________________

Anda mungkin juga menyukai