Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

: 7/12

Minggu Praktikum

: Minggu Ketujuh

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 27 MAC 2015

Tajuk Jurnal

: Pic suara bagi aktiviti menyanyi dalam Tunjang Fizikal

dan Estetika Kreativiti (KTI)


a) Masalah / Peristiwa
Pada hari Jumaat bersamaan 27 Mac 2015, saya telah melaksanakan satu pengajaran
dan pembelajaran bagi tunjang Fizikal dan Estetika Kreativiti (KTI) bagi standard
pembelajaran KTI 2.1.4 Menyanyi dengan sebutan yang jelas. Pada hari tersebut saya
memperkenalkan sebuah lagu kanak-kanak yang bertajuk Sembunyi. Lagu
Sembunyi merupakan sebuah lagu kanak-kanak yang mempunyai pic yang tinggi.
Semasa P&P dijalankan, saya telah menyanyikan lagu tersebut dengan iringan muzik.
Namun demikian, pic suara semasa menyanyikan lagu tersebut tidak sampai ke aras
yang tinggi. Oleh yang demikian, saya tidak dapat untuk memberikan pic yang tepat dan
jelas kepada murid bagi menguasai lagu Sembunyi dengan baik.
b) Analisis
Melalui pemerhatian yang dilakukan, murid dapat menguasai lagu dengan baik hasil
daripada bantuan audio yang diiringi dengan suara penyanyi dan iringin muzik. Pada
mulanya, semasa memperkenalkan lagu, saya telah mendapati pic suara saya tidak
tepat. Oleh itu, hal ini telah menimbulkan kesilapan dalam kalangan murid semasa
melontarkan suara mereka semasa menyanyi. Kemudian, saya telah mengambil
tindakan dengan memasang lagu Sembunyi di laptop. Berdasarkan pemerhatian, dapat
dilihat bahawa murid mula dapat menguasai lagu tersebut baris demi baris dengan lebih
mudah.
c) Cadangan Tindakan Susulan
i.
Saya akan membuat latihan menyanyikan sebuah lagu kanak-kanak sebelum
memperkenalkannya kepada murid agar saya dapat menyampaikan teknik
nyanyian yang tepat semasa menyanyikan lagu dan membantu murid untuk
ii.

menguasai lagu dengan lebih baik.


Saya akan mencari lagu yang lebih sesuai dengan suara saya dan memperbaiki
teknik nyanyian dari semasa ke semasa supaya saya dapat menyampaikan lagu

iii.

yang pelbagai kepada murid.


Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang bersama rakan praktikum saya.

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Teknik nyanyian

seorang guru bagi memperkenalkan sebuah lagu kanak-kanak kepada murid merupakan
satu aspek yang sangat penting dalam elemen muzik. Melalui teknik nyanyian yang
betul, kita akan dapat membentuk bakat murid dalam bidang muzik. Oleh itu, saya
berharap semoga cadangan tindakan susulan yang dikemukakan dapat dilaksanakan
dengan jayanya pada masa akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : _______________________

Tandatangan : _______________________

Nama

: _______________________

Nama

: _______________________

Tarikh

: _______________________

Tarikh

: _______________________

Anda mungkin juga menyukai