Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

: 2/12

Minggu Praktikum

: Minggu Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 11 FEBRUARU 2015

Tajuk Jurnal

: Murid menghadapi masalah untuk menyebut lirik lagu

dengan sebutan yang betul.


1. Masalah / Peristiwa
Pada hari Rabu bersamaan 11 Februari 2015, saya telah menghadapi masalah semasa
melaksanakan Tunjang Fizikal dan Estetika Kreativiti (KTI) bagi standard pembelajaran
KTI 2.1.4 Menyanyi dengan sebutan yang jelas. Masalah yang timbul ialah murid
menghadapi masalah untuk menyebut lirik lagu Jari Saya dengan sebutan yang jelas.
Oleh yang demikian, terdapat segelintir murid tidak dapat menyanyikan lagu dengan
lancar dengan iringan muzik.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana terdapat beberapa perkataan yang digunakan dalam lagu Jari
Saya terlalu panjang seperti telunjuk dan terkecil. Berdasarkan pemerhatian, dapat
dilihat beberapa orang murid yang terdiri daripada umur 5 tahun menghadapi masalah
dalam menyebut perkataan tersebut. Hal ini terjadi disebabkan oleh kurangnya
penekanan daripada guru dalam aktiviti membaca lirik lagu terlebih dahulu sebelum
meneruskan kepada aktiviti nyanyian lagu Jari Saya. Tambahan pula, guru tidak
mengulang semula bacaan lirik lagu baris demi baris sebelum aktiviti menyanyi. Justeru
itu, hal ini menyebabkan murid menghadapi masalah dalam menyanyikan lagu Jari
Saya dengan sebutan yang jelas.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Semasa memperkenalkan sebuah lagu kanak-kanak kepada murid prasekolah, saya
akan melaksanakan aktiviti membaca lirik lagu baris demi baris beberapa kali bagi
memastikan setiap murid dapat menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul.
b) Saya akan menyediakan carta lirik lagu baris demi baris dalam satu slide show bagi
satu baris lirik lagu bagi memudahkan murid membaca lagu baris demi baris dengan
lebih mudah.
c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang bersama rakan praktikum saya.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Teknik menyanyi
merupakan satu teknik yang dapat menarik minat murid untuk menjalani sebuah
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bersemangat. Di samping itu, penguasaan

lirik lagu dengan sebutan yang betul akan membimbing murid untuk menguasai
kemahiran berkomunikasi serta meningkatkan ilmu pengetahuan mereka sambil berhibur
bersama rakan-rakan. Sekiranya, guru dapat mengaplikasikan teknik ini dengan baik,
maka pelajar akan dapat mencapai objektif pembelajaran secara menyeluruh.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : _______________________

Tandatangan : _______________________

Nama

: _______________________

Nama

: _______________________

Tarikh

: _______________________

Tarikh

: _______________________

Anda mungkin juga menyukai