Anda di halaman 1dari 14

Keangkuhan Raja Namrud

Nabi Ibrahim Dibakar Namrud


Di sebuah kota yang bernama Kota Babylon, semua orang yang tinggal di
dalam kota tersebut berkeyakinan dan menyembah suatu Tuhan iaitu
yang diperbuat daripada berhala. Jadi mereka mengukir patung-patung
berhala lalu mereka juga yang menyembahnya. Mereka beribadah serta
bersembahyang kepadanya dan mereka juga amat menakutinya tuhan
berhala itu tadi. Dan antara lain menjadi salah satu tradisi mereka ialah
apabila mereka selesai beribadah di rumah ibadah atau kuil mereka,
sebelum keluar setiap mereka mesti membeli satu patung berhala kecil
untuk mereka letakkan di dalam rumah dan juga untuk di sembah. Dan
sebenarnya siapakah yang menjadi tukang ukir bagi patung-patung itu
semua? Ia adalah seorang lelaki yang bernama Azar.
Pada suatu hari masuklah si anak kepada Azar tukang ukir patung
anaknya, itulah dia Nabi Ibrahim as. Lalu Nabi Ibrahim pun bertanya
kepada bapanya: Wahai ayahku, adakah engkau benar-benar yakin dan
percaya bahawa semua patung-patung yang kamu ukir dan jual itu
semuanya adalah Tuhan yang hakiki? Bila Azar mendengar pertanyaan
sebegitu dari anaknya terus dia menjadi marah akan tetapi Nabi Ibrahim
tidak memperdulikannya dan dia terus bertanya dan bertanya. Firman
Allah SWT yang bermaksud: Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada
bapanya Azar: Adakah engkau ambil berhala menjadi Tuhan?
Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaum engkau dalam kesesatan
yang nyata.
(Al-Anam: 74)

Berterusanlah si Azar bapa Nabi Ibrahim memarahinya

dia betul-betul marah kepada anaknya lantas dia berkata dengan suara
yang tinggi kepada anaknya sepertimana yang difirmankan oleh Allah
SWT yang bermaksud: Berkata bapanya: Adakah engkau benci kepada
Tuhanku ya Ibrahim? Demi jika engkau tidak berhenti nescaya kurejam
engkau dengan batu dan tinggalkanlah aku dalam masa yang panjang.

(Maryam: 46)

Sesungguhnya Nabi Ibrahim siang dan malam tidak

habis-habis memikirkan tentang dunia yang ada di sekelilingnya dia


tercari-cari manakah satu Tuhan yang sepatutnya dan semestinya dia
menyembah. Maka pada suatu malam yang gelap gelita tiba-tiba muncul
bintang yang cahayanya bergemerlapan di langit. Jadi dia terus berkata di
dalam hatinya: Inilah Tuhanku maka bermula dari hari ini aku akan
menyembahnya! Akan tetapi malang bila tiba waktu siang semua
bintang-bintang yang bergemerlapan di waktu malam itu tadi pun terus
hilang. Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala malam telah gelap
Ibrahim melihat bintang lalu dia berkata: Inikah Tuhanku? Tatkala bintang
itu terbenam dia berkata: Aku tidak mengasihi barang yang lenyap itu.
(Al-Anam: 76)

Keesokannya Nabi Ibrahim melihat kepada bulan pula

dia mendapati bahawa bulan di malam hari itu terlalu cantik itulah bulan
purnama namanya. Maka dia mula berkata-kata lagi di dalam hatinya:
Aku rasa inilah dia Tuhan aku. Maka aku akan menyembahnya mogamoga ada kebaikan buatku.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala dia melihat bulan telah terbit
dia berkata: Inikah Tuhanku? Tatkala bulan itu terbenam dia berkata
lagi: Jika aku tidak di tunjuki oleh Tuhanku nescaya aku termasuk kaum
yang sesat.
(Al-Anam: 77)

Akan tetapi sangkaannya itu meleset sama sekali kerana

pada keesokannya bulan terbenam dan hilanglah cahayanya yang terang


benderang pada waktu malam tadi. Tetapi dia tidak bersedih. bahkan
bergembira kerana dia berpeluang melihat matahari pula. Lantas dia
mengatakan: Matahari lebih besar pula cahayanya dari bulan dan
bintang, maka aku rasa inilah dia Tuhanku yang sebenar. Tapi sayang bila
sampai waktu petang di dapati matahari yang di sangkanya Tuhan itu
turut hilang. Maka Nabi Ibrahim pun tidak jadi untuk menyembahnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala dia melihat matahari terbit dia
berkata: Inikah Tuhanku? Ini lebih besar. Tatkala matahari itu terbenam
dia berkata: Wahai kaumku sesungguhnya aku berlepas diri dari apa-apa
yang kamu persekutukan itu. (Al-Anam: 78)

Akhirnya Nabi Ibrahim

mengambil keputusan bahawa dia tidak akan sama sekali menyembah


mana-mana tuhan kecualilah Tuhan yang menjadikan alam ini Tuhan yang
menjadikan bintang, bulan dan juga matahari juga dunia dan seisinya. Dia
tidak akan sama sekali menyembah Tuhan selain Allah SWT. Firman Allah
SWT yang bermaksud: Ingatlah ketika Ibrahim berkata: Wahai Tuhanku
perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang
mati. Allah berfirman: Tidakkah engkau beriman? Sahutnya: Ya... aku
beriman tetapi untuk mententeramkan hatiku. Allah berfirman: Ambillah
empat ekor burung dan hampirkan kepada engkau (potong-potong
semuanya) kemudian letakkan di atas tiap-tiap bukit sebahagian dari
burung-burung yang dipotong itu, kemudian panggillah semuanya
nescaya datanglah semuanya kepada engkau dengan segera dan
ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (AlBaqarah: 260)

Bermula dari hari itu Nabi Ibrahim mula menyeru kepada

kaumnya agar segera meninggalkan tuhan berhala mereka itu


sembahlah Allah Tuhan yang Esa dan juga Tuhan yang menjadikan kita
semua. Akan tetapi mereka tidak memperdulikan kata-katanya bahkan
mereka mengutuk dan memberikan ancaman kepadanya. Firman Allah
SWT yang bermaksud: Mereka berkata: Adakah engkau mendatangkan
kebenaran kepada kami atau engkau bermain-main? Dia berkata:
Bahkan Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakan
semuanya. Dan aku menjadi saksi atas demikian itu. (Al-Anbiyaa: 55 dan
56)

Mereka memang langsung tidak menghiraukan kata-kata Nabi

Ibrahim hinggakan sampai peringkat mereka mengatakan bahawa Nabi


Ibrahim adalah seorang yang bodoh lagi jahil dan juga akal fikirannya
terlalu sempit serta menyeleweng. Maka pada suatu hari seluruh ahli
penduduk kota itu keluar beramai-ramai kerana merayakan hari raya bagi
Tuhan berhala-berhala mereka dan perayaan tersebut di jalankan di luar
kota bukan di dalam kota. Jadi di kala itu tidak ada seorang pun yang
tinggal di dalam kota lengang kecuali Nabi Ibrahim sahaja. Begitu juga
dengan rumah ibadah mereka lengang tiada sesiapa.
Nabi Ibrahim merasakan bahawa inilah peluang untuk dia mengajar

kaumnya lalu dia bersegera menuju ke rumah ibadah kaumnya. Dia terus
masuk ke dalamnya yang mana terdapat satu kawasan lapang dipenuhi
dengan bermacam-macam patung berhala. Tanpa berlengah Nabi Ibrahim
terus mengambil kapaknya lalu dipukul dan dihancurkan ke semua
patung-patung itu tadi habis semua dimusnahkan cuma satu sahaja yang
tidak dimusnahkan iaitu patung yang paling besar. Kemudian yang
dilakukan oleh Nabi Ibrahim dia menyangkutkan kapaknya tadi ke leher
patung berhala yang besar itu dan Nabi Ibrahim terus pergi meninggal
rumah ibadah tersebut pulang ke rumahnya.
Di kala itu semua kaumnya sedang sibuk merayakan perayaan tuhan
mereka. Mereka merayakannya dengan penuh meriah sekali lebih-lebih
lagi si raja yang bernama Namrud iaitu raja Kota Babylon ketua bagi
mereka juga turut hadir. Bilamana perayaan tadi selesai terus raja
memberi isyarat kepada hamba-hambanya dan tanpa berlengah si
hamba-hamba tadi terus mengangkatnya untuk kembali semula ke dalam
kota mereka. Dan sebelum sampai ke istananya raja mengarahkan kepada
seluruh hamba-hambanya agar membawa dia ke rumah ibadah (kuil). Bila
sahaja raja Namrud menjejakkan kakinya ke dalam kuil dia terperanjat
besar begitu juga dengan rakyat-rakyat yang turut hadir. Dia dapati
bahawa ke semua patung-patung berhala telah habis musnah jatuh
bergelimpangan dan berkecai.
Kemudian Namrud berkata dengan suaranya yang tinggi: Siapakah
yang berbuat sebegini kejam sekali? Seluruh rakyatnya yang hadir terus
berkata: Lain tidak bukan ialah seorang pemuda yang tidak mahu
beriman kepada tuhan-tuhan kita ini. Pemuda itu namanya Ibrahim! Raja
Namrud terus menjerit: Bawa segera pemuda itu ke mari! Merekapun
bersegera pergi mendapatkan Nabi Ibrahim. Mereka menangkapnya dan
dibawa ke hadapan Namrud yang masih menunggu di dalam kuil.
Sampai saja terus Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: Kamukah yang
melakukan perbuatan ini kepada tuhan-tuhan kami? Nabi Ibrahim

berkata: Bukan aku yang melakukannya kamu tidak lihat di leher patung
berhala yang paling besar itu terdapat satu kapak yang besar. Sudah
tentulah dia yang memusnahkan ke semua patung-patung itu. Kalau tidak
percaya cuba kamu tanyakan kepadanya ataupun kamu tanyakan kepada
patung-patung yang telah binasa tentang siapakah yang memusnahkan
mereka semua?
Raja Namrud dan rakyatnya tidak semena-mena merasa malu dan
tersipu-sipu kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya patung-patung itu
sama sekali tidak boleh berkata-kata. Lalu Namrud pun terus berkata:
Wahai Ibrahim! Kamu sendiri pun tahu bahawa patung-patung itu semua
tidak boleh berkata-kata, tidak boleh berjalan-jalan dan juga langsunglah
tidak boleh buat apa-apa!
Terus Nabi Ibrahim as. menjawab: Jadi kalau begitu mengapa kamu
menyembahnya. Bagaimana kamu boleh menyembah sesuatu yang
langsung tidak memberi kamu apa-apa manfaat tidak memberi mudarat
buat musuhmu dan langsung tidak dapat untuk mempertahankan, dirinya
sendiri?
Firman Allah SWT yang bermaksud: Ibrahim berkata: Patutkah kamu
sembah selain Allah barang yang tiada manfaat kepadamu sedikitpun dan
tidak pula memberi mudarat kepadamu? Celakalah kamu dan apa yang
kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahaminya? (AlAnbiyaa: 66 dan 67)

Akhirnya Raja Namrud dan seluruh rakyatnya

mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim dibakar dengan api atau unggun
yang besar. Maka Namrud pun terus memerintahkan seluruh rakyatnya
agar menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat burung-burung
tidak berani untuk terbang di atasnya kalau terbang juga mereka akan
terbakar kerana nyalaan api yang besar itu.
Setelah sampai masa yang telah ditetapkan, Namrud pun duduk di atas
singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu di

dalam hatinya terselit kegembiraan yang sangat kerana sekejap lagi Nabi
Ibrahim akan mati dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan
seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka.
Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik
yang besar dan terus Nabi Ibrahim di lemparkan ke dalam api yang besar
itu. Mereka terkejut melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan
dia begitu tenang sekali langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan.
Lebih terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung
tidak di makan oleh api bahkan dia boleh berjalan ke sana sini pula dalam
api tersebut.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai api! Hendaklah engkau
menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim. Mereka hendak
memperdayakan Ibrahim dengan dia lalu Kami berkati di dalamnya untuk
seluruh alam.(Al Anbiyaa: 69 dan 70)

Sesungguhnya Allah SWT telah

menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman si Raja


Namrud dan rakyat-rakyatnya dan Allah menunjukkan kepada mereka
bahawa sebenarnya patung-patung berhala itu langsung tidak memberi
makna apa-apa langsung, tidak ada kekuatan dan bagi manusia yang di
kurniakan akal fikiran pula tidak wajarlah merasakan bahawa patung
berhala itu sebagai Tuhan yang mesti disembah.
Tidak lama selepas itu api yang besar tadi pun terpadam lalu Nabi
Ibrahim segera keluar dari longgokan-longgokan bara api dengan selamat
seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Dan terus Nabi
Ibrahim membawa dirinya meninggalkan kaumnya membiarkan mereka
itu semua dengan kehendak mereka, juga buatlah sesuka hati dengan
tuhan berhala mereka. Nabi Ibrahim menyerahkan segalanya kepada Allah
SWT untuk memberikan hukuman juga membinasakan mereka.
Bermusafirlah Nabi Ibrahim membawa diri kepada Tuhannya
ditinggalkannya kaum yang degil lagi bodoh sombong dalam

kebinasaannya yang telah Allah jadikan kepada mereka. Dia membawa


diri bermusafir hinggalah sampai ke bumi Palestin dan di sana dia
menyeru manusia supaya beriman Tuhan yang Esa iaitu Allah SWT dan
mengerjakan ibadah kepadanya. Ditakdirkan oleh Allah SWT bahawa di
mana sahaja Nabi Ibrahim pergi dia tetap menanamkan keimanan kepada
Allah dan akhirnya Allah SWT juga telah memberi hadiah yang besar
kepadanya iaitu lahirlah dari zuriatnya keturunan yang baik dan soleh
yang kemudian kebanyakan mereka itu menjadi nabi dan rasul yang Allah
utuskan kepada seluruh manusia agar membawa mereka kepada
bertuhankan Allah SWT dan menjauhkan mereka dari bertuhankan tuhan
selain Allah seperti berhala dan lain-lain lagi. kemudian memberi tunjuk
ajar kepada seluruh manusia untuk beribadah kepada Allah SWT. Dengan
sebab itulah Nabi Ibrahim digelarkan dengan gelaran Bapa sekalian nabinabi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Perhatikanlah riwayat Ibrahim dalam
kitab (Al-Quran). Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat benar
dan seorang nabi. (Maryam: 41)

Namrud Berlawan Dengan Tentera Nyamuk


Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT
dengan tentera nyamuk.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tidak ada yang mengetahui
tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. (Al-Muddatsir: 31)

Namrud

mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan


senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: Hai Ibrahim,
jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk
berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.
Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: Ya Ilahi sesungguhnya

Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka


kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu
iaitu nyamuk.
Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas,
maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah
tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian
nyamuk bertanya: Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?
Allah berfirman: Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini
berbentuk daging tentera Namruz.
Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk
tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud,
menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk
agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat
sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun
membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.
Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut.
Kemudian Allah berfirman kepadanya:
Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau
tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku
akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di
antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk,
tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.
Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan
seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling
di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia
masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia
memakan otak Namrud selama 40 hari.
Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak

menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat.


Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan
oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud
tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.

TAJUK:
KISAH ASHABUL KAHFI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .....
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang
arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya
akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk : KISAH
ASHABUL KAHFI

Hadirin sekalian..
Al-Kahf dalam bahasa Arab bermaksud gua Kisah ini mengisahkan 7 orang
pemuda yang mengasingkan diri mereka ke sebuah gua demi menjaga keimanan
mereka dan ketaqwaan kepada Allah Tujuan mereka hanya untuk berdakwah
..Mengapakah mereka mengasingkan diri?............
Tahukah hadirin sekalian .7 orang pemuda ini mengasingkan diri
mengelakkan diri daripada pimpinan seorang raja ketika itu Raja Daqyanus
yang terkenal dengan kekejamannya Demi menjaga keselamatan diri
mereka dibunuh dan dipancung maka bersembunyilah mereka di dalam gua.
Hadirin sekalian ,
Pemuda-pemuda itu berhenti melepaskan lelah.. Mereka sungguh letih. Tetapi
mereka tidak boleh berhenti lama. Musuh bila-bila masa sahaja akan dapat
menghidu gerak langkah mereka.. Akhirnya langkah mereka sampai ke gua.
Akhirnya duduklah pemuda-pemuda itu di dalam gua. Gua yang gelap menjadi
pilihan Allah untuk mereka. Boleh jadi ada kerahmatan dari sisi Allah untuk
mereka di sini setelah seisi kota memusuhi mereka malah ingin membunuh
mereka. Jika mereka terus tinggal, satu persatu nyawa mereka akan hilang

sedangkan mereka masih muda. Mereka masih baru. Mereka perlu selamatkan
diri. Dakwah ini lebih panjang.

Firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat 10 :


!/ ! ()

Ertunya : Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahankemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.
Hadiran sekalian,
Setiap perkara yang kita lakukan ada hikmah di sebaliknya. Oleh yang
demikian, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapat kejayaan. Kita tidak boleh
cepat berputus asa, malah kita mesti berdoa agar usaha kita ini akan diberkati
dan terpelihara.
Kawan-kawan
Akhirnya mereka bersandar di dinding gua, menghela nafas yang
panjang. Takut, waspada, redha dan syukur. Perasaan bercampur-baur. Tetapi
hati mereka tetap cemas. Bimbang dan cemas untuk menutup mata.
Bagaimanakah jika mereka tertidur musuh datang mengheret mereka?
Bagaimana jika mereka terlelap keselamatan saudara-saudara seperjuangan
akan terancam? Masing-masing memandang wajah-wajah saudara mereka yang
sudah keletihan. Mereka juga letih seperti dirinya. Tetapi mereka masingmasing sanggup buat apa sahaja untuk menjaga keselamatan sahabat-sahabat
seperjuangan.
Tiba-tiba berkata seorang dari mereka Sepatutnya kaum kita yang menyembah
tuhan-tuhan yang banyak nyatakan hujah .

Ya, sepatutnya mereka boleh datangkan hujah dan bukti tentang tuhan yang
mereka sembah sahut seorang lagi.
Mereka zalim dan menzalimi diri sendiri ujar yang lain pula.
Firman Allah Surah Al Kahfi Ayat 15 :
% (
Ertinya : Kaum kita itu, menyembah beberapa Tuhan Yang lain dari Allah
Hadirin sekalian ,
Setiap perkara itu hendaklah dilaksanakan bukan mengikut emosi dan bukan
hanya mengikut sahaja cara hidup tradisi. Kita seharusnya berpandukan kepada
Al-Quran dan As Sunnah. Kita lihat sekarang ramai orang Islam yang bijak
pandai tak semuanya berpegang teguh kepada akidah. Ada yang sanggup
menyekutukan Allah semata-mata mencapai cita-cita mereka.
Kawan-kawan
Akhirnya Allah tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu. Hari
berganti hari, minggu bertukar, musim berubahBiarpun matahari terbit dan
memacar cahaya menembusi gua di sebelah kanan dan tenggelam di sebelah kiri
mereka. Mereka terus lena. Sesekali posisi badan mereka berubah, anggota
mereka bergerak-gerak. Mata mereka tidak rapat tertutup lantaran cemas dan
waspada. Tetapi mereka tidur bertahun-tahun dalam jagaan Allah dengan seekor
anjing serigala penjaga di pintu gua yang menimbulkan rasa gerun jika ada
manusia yang hampir. Surah Al Kahfi ayat 18:
=) (
/=. /
Erttinya : Dan Kami balik-balikkan mereka Dalam tidurnya ke sebelah kanan
dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya
dekat pintu gua
Kawan-kawan...

Allah sentisa memelihara hambanya yang taat akan perintahNya dan


meninggalkan laranganNya. Apa jua malapetaka dan bahaya menimpa ada
hikmahnya. Yang penting adalah keikhlasan kita. Pada hari ini kita lihat ramai
pendakwah tumbuh bagaikan cendawan untuk berdakwah. Ada yang
dikutuk dan dicaci apabila masyarakat tidak mahu menerima kebaikan.
Kawan kawan,
Beberapa kemudian Allah bangkitkan mereka dari tidurnya, dan membuatkan
mereka tertanya-tanya sesama sendiri.
Berapa lama kita tidur?
Mungkin kita tertidur seharian atau separuh hari
Allah jua yang lebih mengetahui
Firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat :
. ]= ( )
Ertinya : ..dan mereka telah tinggal tidur Dalam gua mereka: tiga ratus tahun
Mereka perlu makan, jika tidak makin mudarat jadinya nanti. Jika ada seorang
yang sakit seluruh langkah usaha mereka akan perlahan atau lumpuh dengan
gangguan itu. Tiba-tiba berkata salah seorang mereka Bawa wang perak kamu
ke bandar dan pilihlah makanan yang baik dan halal. Pesan mereka lagi
Bawalah pulang ke sini makanan dari kota, tetapi ingat saudara perlu berhatihati dalam semua segi dan perlakuan. Tambah mereka lagi , Jika tidak,
mereka akan merejam dan bunuh atau mereka akan paksa kamu meninggalkan
akidah ini
Kawan kawan ...
Allah menyatakan mereka kepada orang ramai supaya manusia mengetahui
bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar. Mungkin
bagi kita , tidur hanya perkara yang kecil. Tetapi ia adalah suatu rahsia dari
Allah yang amat besar.Allah membuatkan kita tertanya-tanya agar kita tidak

berhenti untuk mencari-cari rahsia dan kemukjizatanNya. Agar jiwa kita hidup,
tidak buntu dan sentiasa berfikir.
Sampai sini sahaja kisah saya pada kali ini . Sekian, wabillahi taufik wal hidaya
wassallamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai