Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan
Tugasan Projek WAJ 3112 Olahraga ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu
penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus saya ini.
Pertama sekali kepada Pensyarah Pembimbing, Encik Isa Bin Jantan kerana beliau telah
banyak memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk saya menyiapkan kerja
kursus ini sama ada secara langsung mahupun secara dalam talian.
Seterusnya, ribuan terima kasih juga kepada suami saya kerana memberikan sokongan
dan dorongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini disiapkan.Tidak lupa juga kepada ahli
keluarga yang begitu memahami situasi saya dan sentiasa memberikan semangat untuk
meneruskan impian saya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan seunit yang samasama berhempas pulas dalam menyempurnakan Tugasan Projek ini. Semoga kerjasama dan
kolaboratif yang erat antara kita ini membuahkan hasil yang baik.
Kepada rakan-rakan sekerja yang tidak jemu-jemu memberikan semangat dan bantuan
dari segi idea, maklumat dan sebagainya amat saya hargai dan saya begitu terharu dengan
kerjasama yang diberikan.Maafkan saya kerana saya telah mencuri sedikit masa kalian untuk
membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai