Anda di halaman 1dari 26

Lompat jauh

SEJARAH
Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun
708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan
pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari
Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan
yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan
yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkali- kali
sama ada dalam bentukmul tiple, double triple atauqui ntriple.
Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah
dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam
kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan
teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan
yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk
dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan
lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencoba mendarat
sejauh yang boleh dari tempat yg dituju.Acara ini diminati walaupun tidak ramai orang
yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh.Dalam masa yang

singkat,atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat


gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki.
Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlu
menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi
pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan
kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan
awal.Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian
pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak,Disamping itu pelompat jauh harus
meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif.
Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga
dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang
acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang
tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.
Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang
atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini
akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah
momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke
hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di
mana

pada

Olimpik

656

SM

mencatatkan

lompatan

sejauh

cm.

Kini acara rekod acara tersebut telah dipegang oleh Mike Powell dari USA dengan
lompatan sejauh 8.95 meter manakala bagi acara wanita rekod acara tersebut telah
dipegang oleh Galina Chistyakova dari Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52
meter.

LOMPAT JAUH
Sebelum melakukan latihan lompat jauh,kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan
badan sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa
latihan.Regangkan otot-otot utama di bahagian kaki, paha, badan dan tangan. Pastikan
juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat
jauh.Kawasan pendaratan berpasir mestilah digemburkan dan diratakan agar
pendaratan dapat dilakukan dengan selamat.Pastikan papan lonjakan diletakkan
dengan baik dan betul.
LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
LOMPAT JAUH
a). Lakukan bangkit tubi L-seat.
Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal.
b). Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya,angkat kedua-dua kaki lurus dan
belakang badan rata di dinding.
Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa
mendarat).
c). Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal.Naik dan turunkan tumit pada
julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan).
Tujuannya:Menguatkan achcillies tendon.
d). Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba
naikkan badan setinggi yang boleh).
Tujuannya:Menguatkan quadriceps.
e). Latihan plyometric. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki.
Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan
bahu.
Tujuannya:Meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan.

f). Lakukan aktiviti juak lentik dinamik.Posisi duduk,lutut bengkok dan tangan di
belakang.Naikkan lutut kaki lonjakan.
Tujuannya:Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki.
g). Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang
mungkin dengan ayunan kaki bebas.
Tujuannya:Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan
koordinasi badan dan tangan (imbangan).
PERALATAN
Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun, sebenarnya ia
juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas.
Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan untuk acara lompat jauh.
LORONG LARIAN (RUNAWAY)

Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan,
larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m. Ia hendaklah
bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta
membuat lompatan.

PAPAN PELEPAS (TAKE-OFF BOARD)

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas
yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang diletakkan satu
meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan. Papan ini biasanya
diwarnakan putih seluruhnya.
PETUNJUK PLASTISIN (PLASTICINE INDICATOR)

Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam
satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan
sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu
batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

KAWASAN PENDARATAN (LANDING AREA)

Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasan


ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan
pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m panjang
dan 2.75 m lebar.
PITA PENGUKUR (MEASURING TAPE)

Pita pengukur digunakan unutk mengukur jaraj sesuatu lompatan. Jarak lompatan
diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam
kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita
pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan
pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.

PEENGUKUR HALAJU ANGIN (WIND VELOCITY INDICATOR)

Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu
lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut dibantu oleh
angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah atau kelab, alat
ini tidak digunakan.
BENDERA ISYARAT (FLAG)

Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua
jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih
untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal.

KASUT BERPAKU (SPIKE)

Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan kepada
pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan untuk acara
ini.

Prinsip Asas Lompat Jauh


Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum.
Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian pantas dan disusuli dengan lonjakan yang
cukup kuat dan tinggi.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa pelompat
berada di udara.
Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan
parabola di mana jarak lompatnya dapat ditentukan.
Sebenarnya,

gaya

badan

semasa

berada

di

fasa

layangan

adalah

untuk

mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk


mendarat dengan selamat dan berkesan.
Gaya layar adalah suatu gaya lompatan yang popular kerana ia mudah diajar.
~Walaubagaimanapun, gaya layar kurang berkesan untuk dijadikan sebagai satu teknik
lompat jauh yang dapat dicontohi kerana teknik ini menyebabkan pelompat cepat
mendarat.
Gaya selangkah diperkenalkan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani supaya para
pelajar mencapai objektif pembelajaran mereka.
~Gaya yang dicadangkan ini hampir sama dengan gaya tending kayuh, kecuali
tindakan kayuh itu tidak dilakukan di dalam gaya ini.
~Kelebihan gaya ini ialah dapat memudahkan para pelajar mempelajari gaya tending
kayuh apabila sampai masanya.

GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUH


Terdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :

Gaya layar

Gaya gantung

Gaya tendang

GAYA LAYAR

GAYA GANTUNG

GAYA TENDANG KAYUH

FASA LOMPAT JAUH


Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan. Keempatempat fasa itu ialah :

fasa penujuan lari menuju ke papan lonjak

fasa lonjakan melompat dari papan

fasa layangan badan berada di udara.

fasa pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan tempat


mendarat.
FASA PENUJUAN

Fasa ini memerlukan seseorang atlet berlari dengan kepantasan yang optimum
dan terkawal.

Bilangan langkah larian ini berbeza di antara setiap individu.

Faktor penting ialah bilangan itu mesti membolehkan peserta mencapai


kepantasan yang maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.

Gaya berlari untuk kompat jauh adalah sama dengan gaya lari pecut. Apabila
hampir sampai papan lonjak, dia mesti bersedia untuk melonjak.

Pada langkah terakhir atlet harus merendahkan sedikit bahagian badannya untuk
mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok.

FASA LONJAKAN

Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi.

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak
dengan tepat di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di
hadapan papan.

Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-hujung kaki. Tolakan kaki hendaklah
kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke
hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke hadapan dan ke
atas untuk membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi.

FASA LAYANGAN

Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini bergantung kepada gaya yang
hendak digunakan.

Tujuan utama ialah supaya pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama untuk
melambatkan pendaratannya.

Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:-

Bagi tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya


tegak.

Bagi gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan


dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga
hujung kaki.

Bagi gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas


seolah-olah bergantung di udara.

Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.

Bagi gaya selangkah, pelompat menhayunkan bahagian kakinya yang bebas ke


hadapan selepas lonjakan.

Tindakan seperti di dalam gaya tendang kayuh tidak dilakukan.

Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari belakang.

Ini bererti kaki pelompat berada di dalam keadaan terkangkang semasa


membuat layangan.

Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke hadapan supaya


bersama dengan kaki bebas.

FASA PENDARATAN

Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada
imbangan badan dan pencapaian jarak.

Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki
dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan
tangan dihayunkan ke atas.

Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke


hadapan.

LATIHAN ANSUR MAJU


Latihan ansur maju

Menentukan kaki lonjakan pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat


mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.

Latihan lonjakan

Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa
tinggi yang boleh.

Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.

Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.

Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

Latihan mendarat

Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.

Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu)
atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.

Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

Mengukur penujuan

Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk


lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat
mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan
menanda titik tersebut.

Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan
lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.

Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.

Latihan gaya lompatan berbeza

Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.

Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung,
tendang kayuh).

Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya gantung
dan gaya tendang kayuh.

Ansur maju 1 Larian menuju ke papan lonjak:

Dilakukan secara berpasangan.


A mula berlari dari tempat permulaan menuju ke papan lonjak manakala B berdiri
berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak.
Sekiranya A menapak lebih atau kurang pada papan lonjakan, ubahsuai jarak ukuran di
tempat permulaan.

Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke
belakang satu atau dua langkah.
Jika menapak sebelum papan lonjak, anjakkan tempat permulaan satu atau dua langkah
ke hadapan.
Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.
Kawal kelajuan semasa berlari. Larian yang baik ialah lari pecut.
Menggunakan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian.
Ansur Maju Lonjakan

Ansur maju 1:
Lonjak dari papan lonjakan.
Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan
tumit
Ansur maju 2:
Melonjak dari hujung bangku.
Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.
Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki
yang termampu.
Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.
Mendarat dengan tumit.

bebas

seberapa

tinggi

Ansur maju 3:

Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali

Rentangkan

seutas

tali

di

atas

pasir

berjarak

1-1.5

meter

dari

papan lonjakan.

Lari sejauh lima hingga enam langkah.

Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat

3. Ansur Maju Layangan dan Mendarat

Ansur maju 1:
Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan
dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

Ansur maju 2:
Mencecah bola dengan hujung tangan.

Gantung

sebiji

bola

pada

jarak

1-2

meter

kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.


Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.
Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.

dari

papan

lonjakan

di

Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:
Mencecah bola dengan dahi.

Gantungkan

bola

pada

jarak

1-2

meter

dari

papan

lonjakan

di

kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh.


Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.

Lakukan

layangan

setinggi

yang

boleh

dan

lentikkan

badan

serta

tangan ke atas.
Cuba sentuh bola dengan dahi.

Ulang

lakuan.

Berlari,

melonjak,

lentikkan

badan

serta

dongakkan

kepala ke atas.
Mendarat dengan tumit dahulu.

Hulurkan

tangan

ke

hadapan

dan

gerakkan

badan

ke

hadapan.

FASA -FASA LOMPAT JAUH


Dalam keseluruhan gaya atau teknik acara lompat jauh boleh dibahagikan kepada
empatfasa:
Lari landas
Lonjakan

Layangan
Mendarat

TEKNIK-TEKNIK LOMPAT JAUH


1.Teknik Lompat Jauh Gaya Layar
Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan
mudah dilakukan.Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya
dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.
Fasa lari landas
=Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal.Lari 21-23 langkah atau jarak
35-45 meter.
=Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah ditandakan.
=Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah
untuk mengatasi halangan graviti.
Fasa lonjakan
=Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.
=Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan
menegak.
Fasa layangan
=Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dank e hadapan.
Fasa mendarat
=Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh.
=Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.
=condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.
2.Teknik Lompat Jauh Gaya Gantung

Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke atas
semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan dan kaki
semasa mendarat.
Fasa lari kandas
=Sama seperti lari landas gaya layar.
Fasa lonjakan
=Lonjak dengan kuasa kaki maksimum
=Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama
angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan.
Fasa layangan
=Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan
keadaan seperti tergantung.
=Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.
=Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan
mendarat.
Fasa mendarat
=Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.
=Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas
serta badan dihamburkan ke hadapan.
3.Teknik Lompat Jauh Gaya Kayuh
Teknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana
seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah
langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.
Fasa lari landas dan lonjakan

=Sama seperti lari landas gaya layar dan gantung.


Fasa layangan
=Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua setengah langkah.
=Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah:
>Langkah 1-Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan.
>Langkah 2-Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.Kaki bebas dan
kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan. Tangan lurus ke
hadapan.
>Langkah setengah-Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Baran
bongkok sedikit ke hadapan, tangan lurus ke hadapan.

Fasa mendarat
=Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan.
=Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.
=Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk
mengimbangi pergerakan badan dan tumit.
MENENTUKAN KAKI LONJAKAN
Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan.Ada beberapa cara
untuk menentukan kaki lonjakan:
>Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh. Secara
automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah.Kaki itu adalah kaki yang
kuat untuk lonjakan.
>Berpasangan.A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan.B menolak A dari belakang
tanpa isyarat.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.
Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansur maju.
ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

1.Ansur Maju Lari Landas


Berpasangan.A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan.
B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di
papan lonjak.
Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di
tempat permulaan.
Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke
belakang satu atau dua langkah.
Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua
langkah ke hadapan.
Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas.
>Kawal kelajuan semasa berlari.
>Jarak langkah yang kosisten dalam setiap larian.Langkah pertama adalah sangat
penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.
>Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.
>Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut diangkat
tinggi.
>Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidak kurang dari jarak
empat langkah dari papan lonjakan.
>Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan yang
terkawal.
>Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka
ganjil.
2.Ansur Maju Lonjakan
Ansur maju 1:
Lonjak dari papan lonjakan.
Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.

Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.


Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat
dengan rumit.
Ansur maju 2:
Melonjak dari hujung bangku.
Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.
Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu.
Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.
Mendarat dengan tumit.
Ansur maju 3:
Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali
Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.
Lari sejauh lima hingga enam langkah.
Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.
3.Ansur Maju Layangan dan Mendarat
Ansur maju 1:
Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan
dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.
Ansur maju 2:
Mencecah bola dengan hujung tangan.
Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat
dengan ketinggian yang boleh dicapai.
Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.
Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:
Mencecah bola dengan dahi.
Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat
dengan ketinggian yang boleh disentuh.
Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.
Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas.
Cuba sentuh bola dengan dahi.
Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas.
Mendarat dengan tumit dahulu.Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke
hadapan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH
1.Kawasan Lari Landas
Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan
sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.
2.Papan Lonjakan
Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga
1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100
milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari
kawasan permulaan mendarat.
3.Papan Penanda Plastesin
Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter
lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang
sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila
melakukan lompatan batal.

4.Kawasan Mendarat
Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di
penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan
mendarat.
5.Peraturan Umum
Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta,setiap peserta diberi tiga kali
percubaan lompatan.Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali
percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian.Jika terdapat lapan
peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta diberi
masa satu minit untuk melakukan lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk kepada
lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik.Jauh lompatan
diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.

Contoh tempat mendarat dan lintasan lari yang digunakan dalam acara lompat jauh

Contoh teknik lompat jauh yang diguna pakai dimasa kini

Anda mungkin juga menyukai