Anda di halaman 1dari 4

FALSAFAH INTUISISME

1.

PRINSIP ATAU KONSEP


Intuisisme bermaksud keupayaan seseorang untuk memahami suatu masalah tanpa
penaakulan formal, sama ada yang bersifat induksi ataupun deduksi. Pengetahuan yang
diperoleh melalui intuisi, sering dikaitkan dengan pengetahuan yang datang serta merta,
jelas dan diyakini kesahihannya.
Intusionis mendakwa bahawa Matematik berasal dan berkembang di dalam fikiran
manusia. Ketepatan dalil - dalil Matematik tidak terletak pada simbol - simbol di atas kertas,
tetapi terletak dalam akal fikiran manusia. Hukum - hukum Matematik tidak ditemui melalui
pemerhatian terhadap alam, tetapi ditemui dalam fikiran manusia.

2.

TOKOH TOKOH
2.1

Rene Descartes salah seorang ahli falsafah yang terkenal ada menyentuh persoalan
intuisi ini. Kaitan falsafah Descartes dalam perkembangan awal intuisisme ialah
penekanan beliau terhadap aktiviti berfikir. Descartes menulis dalam bukunya Rules
for the Direction of the Mind, ...Pemahaman kita boleh bertukar kepada ilmu
pengetahuan tanpa kita perlu merasa takut melakukan kesilapan.

2.2

Selain Descartes, ahli falsafah matematik yang turut menyentuh tentang intuisi ialah
Immanuel Kant (1724-1804), Leopold Kronecker (1823-1891) dan Jules Henri

2.3

Poincare (1854-1912)
Luitzen E.J. Brouwer (1881-1966) memperjuangkan aliran falsafah ini apabila selesai
menyiapkan

tesis

Ph.D

beliau

yang

bertajuk On

the

Foundations

of

Mathematics (1907).
iBrouwer memegang prinsip bahawa Matematik adalah aktiviti tanpa perlu
diutarakan (languageless) yang penting, dan bahasa itu sendiri hanya dapat
ii-

memberi gambaran-gambaran tentang aktiviti matematikal setelah ada fakta.


Beliau juga tidak mengendahkan kaedah aksiomatik yang memegang
peranan utama dalam Matematik. Membina logik sebagai kajian tentang pola
dalam linguistik yang diperlukan sebagai jambatan bagi aktiviti Matematik,

sehingga logik bergantung pada Matematik (suatu kajian tentang pola) dan
bukan sebaliknya.
3.

PERKAITAN DENGAN KURIKULUM KSSR


3.1

Kerangka kurikulum Matematik menunjukkan program Matematik yang diguna pakai


di peringkat sekolah rendah. Pembelajaran Matematik dirancang bermatlamatkan
pembentukan murid yang berfikrah matematik.

3.2

Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) membawa pengertian yang
sama dengan daya berfikir dan pemikiran. Dalam konteks pendidikan Matematik,
fikrah Matematik merujuk kepada kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan
melalui sistem pendidikan Matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah Matematik
ini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan Matematik dan memahami idea
Matematik, serta mengaplikasikan secara bertanggungjawab pengetahuan dan
kemahiran Matematik dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai
Matematik.

3.3

Fikrah Matematik mempunyai empat cabang utama iaitu; bidang pembelajaran,


proses, kemahiran serta sikap dan nilai. Falsafah Intuisisme ini memberi penekanan
kepada proses Penaakulan.

3.4

Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih


berkesan

dan

menjadikan

pengertian

tentang

matematik

lebih

bermakna.

Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek


dan komunikasi murid.
i-

Penaakulan berupaya mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran


logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang juga

merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan


bermakna.
ii-

Bagi mencapai objektif ini, murid harus dilatih dan dibimbing untuk membuat
konjektur, membuktikan konjektur, memberi penerangan logikal, menganalisa,
membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua
aktiviti matematik.

iii-

Selain itu, guru perlu menyediakan ruang dan peluang untuk perbincangan
matematik yang bukan sahaja engaging tetapi membolehkan setiap murid
terlibat dengan baik.

iv-

Elemen penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaran mengelakkan murid


dari menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma
yang perlu diikuti bagi mendapatkan penyelesaian, tanpa memahami konsep
matematik yang sebenarnya.

v-

Penaakulan bukan saja mengubah paradigma murid dari sekadar belajar


kepada berfikir, malah memberi pengupayaan intelektual apabila murid
dibimbing dan dilatih untuk membuat konjektur, membuktikan konjektur,
memberikan penerangan

logikal,

menganalisa,

menilai

dan memberi

justifikasi terhadap semua aktiviti matematik. Latihan sedemikian membentuk


murid yang yakin dengan diri sendiri dan tabah selaras dengan hasrat untuk
membentuk pemikir matematik yang berkeupayaan tinggi.

3.5

Selain daripada Proses Penaakulan, falsafah ini juga mempengaruhi pembentukan


kurikulum dalam menekankan kemampuan intuitif murid. Intuisi adalah kemampuan
psikik yang dikenali sebagai firasat, atau kemampuan untuk merasakan apa yang
akan terjadi selanjutnya. Kebanyakan manusia mempunyai kemampuan ini, dan
pernah mengalaminya termasuklah pengalaman murid murid di sekolah

i-

Sebagai contoh, murid tahun 1 dapat membezakan berat dan ringannya


sesuatu benda berdasarkan pengalaman mereka sendiri tanpa diberitahu
terlebih dahulu oleh guru

ii-

Selain itu, murid dapat membuat kesimpulan sendiri bahawa air di dalam
botol semakin berkurang setelah diminum. Ini berkait rapat dengan operasi
tolak yang terdapat di dalam kurikulum Matematik

Anda mungkin juga menyukai