Anda di halaman 1dari 5

PBDT : Nota Topik 4 - Pengurusan Disiplin Bilik Darjah

Posted by KiTaORaNG AdaLaH.... | Wednesday, December 7, 2011

BAB 4: PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH


PENGENALAN
pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara
pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam
menguruskan bilik darjah dengan berkesan
KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk
mengawal dan mendapatkan tingkahlaku yang diingini
MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER
MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER
MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN
MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER
Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner
a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran
untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
b. Terdapat dua jenis peneguhan
- peneguhan positi-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah
laku murid yang diingini)
- peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali
menunjukkan tingkah laku yang diingini.
c. Peneguhan berbeza dengan dendaan
d. Peneguhan berkala

Kebaikan dan kelemahan model ini


hasil pantas tetapi tidak kekal lama
lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen
ganjaran
untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar
murid lebih teruja mendapat ganjaran daripa ilmu
Model disiplin asertif Canter
berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan
murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan
Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik
darjah. hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan
hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan
perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar
pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan
tegas). beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.
Terdapat tiga jenis guru
guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak
bertolak ansur
guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan
mengelirukan.
guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan
berlaku adil kepada semua murid
Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah
penerangan peraturan
cara pelaksanaan peraturan
semak kefahaman murid
maklumkan tentang ganjaran
penerangan tentang tindakan pembetulan
cara tindakan pembetulan dikenakan
semak kefahaman murid
Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid
bertindak dengan tenang
konsisten
berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa
Murid bermasalah
perlu ditangani dengan berhemah

paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian


guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk
berinteraksi dengan murid
Model akibat logikal Dreikurs
menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab
kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk
memahami peraturan di dalam bilik darjah
murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan
disiplin bilik darjah.
murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan
disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan
Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:
mendapatkan perhatian
mencabar kuasa
membalas dendam
mempamerkan kekurangan
Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku
berkomunikasi perkara yang positif
galak peningkatan murid
kenal pasti kelemahan murid
belajar daripada kesilapan
percaya kebolehan murid
bekerjasama
rasa bangga pencapaian murid
optimis
beri galakan dan motivasi
Model pengurusan kelompok Kounin
menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam
pengurusan bilik darjah
guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih
daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakuakan
dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan
kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru
terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan
lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius
guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa
kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang
baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkaraperkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi
fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan
pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh

momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia


melibatkan diri dalam aktiviti p&p
momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran
dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan
membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan
berkesan
Model terapi realiti oleh William Glasser
a. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh
individu berasaskan pilihan yang dibuat
b. Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas
mereka
c. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat
daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam
bilik darjah, keadan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi
keperluan asas mereka di sekolah.
d. Keperluan-keperluan asas
- kasih sayang
- mempunyai kuasa dan kawalan
- kebebasan
- keseronokan
e. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu
individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang
dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada
masa akan datang
f. Melalui terapi realiti, guru dapat:
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku
- bertindak sebagai pembimbing murid
g. Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi
keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Kurikulum yang berkualiti
akan meningkatkan mutu pendidikan
kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan
pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid
dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka yang diajar
Kualiti pengajaran
persekitaran bilikdarjah yang tenang dan kondusif
guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid
berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan
memperbaikinya

Guru yang membimbing akan:


memahami murid
menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
berbincang dengan murid
menggalakkan murid meneroka p&p
menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran
Membina bilik darjah yang berkualiti
tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh
kekalkan hubungan baik
mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
bina hubungan dengan guru murid
peraturan kelas
elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah
atau mengancam murid apabila timbul masalah
pengetahuan
kompentensi
kualiti
penilaian
kefahaman dan penggunaan
http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.html

Anda mungkin juga menyukai