Anda di halaman 1dari 16

PROGRAM KELAS

INTERVENSI AWAL
(KIA 2M)
DISEDIAKAN OLEH :
ATIQAH BT SABRI
HANIZA BT ZAKARIA
ROSNIWATI BT MOHAMAD
NOR BAZLIN BT MOHAMMAD
NOOR HIDAYU BT MOHD RAHIM

Pendahuluan
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis
(KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum
menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam
Bahasa Melayu pada tahun satu.
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang
lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca
dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada
murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid
yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.
Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang
hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan
untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini
dengan seberapa segera yang boleh.

Tujuan
Menggalak dan meningkatkan perkembangan
kanak-kanak.
Mengurangkan perbelanjaan pendidikan dalam
pendidikan khas apabila masalah dapat
dikurangkan melalui intervensi awal.
Mengurangkan keperluan kepada pusat
penjagaan dan menggalakkan kehidupan
berdikari.
Meningkatkan kemampuan dan kemahiran
keluarga dalam memenuhi keperluan kanakkanak berkenaan.

Fokus Strategi Pengajaran


dan Pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi
Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan
beberapa langkah berikut:
Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis
(KIA2M)

Pencalonan
Ujian penapisan
Perancangan
Pengajaran
penilaian
Tindakan susulan

Setelah melalui proses pencalonan dan


ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru
yang telah dipilih untuk mengendalikan
kelas ini perlulah merancang proses
pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai berdasarkan modul pengajaran
yang telah disediakan.
Berdasarkan modul berkenaan juga guruguru boleh menyesuaikan aktiviti dan
latihan yang dicadangkan mengikut tahap
keupayaan murid masing-masing.

Strategi berikut boleh digunakan


mengikut kesesuaian.
a. Berpusatkan Guru
Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu
dan murid akan belajar berdasarkan apa yang
disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.
b. Berpusatkan Murid
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara
individu, kumpulan kecil ataupun kelas.
c. Berpusatkan Bahan
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah
disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid
diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti
yang akan dijalankan.

Pendekatan
Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan
Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan
dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian
dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan
juga kemahiran yang hendak diajar.
a. Pendekatan secara kelas
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya
murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan
diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti
ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu
belajar.

b. Pendekatan secara berkumpulan


Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan
berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang
berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan
murid
Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang
menghadapi masalah yang sama atau hampir sama
dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan
menggunakan modul pengajaran yang disediakan.
c. Pendekatan secara individu
Guru menumpukan perhatian kepada murid secara
individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi
masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada
rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

Teknik
Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahanbahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu
objektif.
Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik
minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin
tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.
Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:
teknik bercerita
teknik latih tubi
teknik tunjuk cara
teknik bersoal jawab
teknik main peranan
teknik menyanyi
teknik lakonan
teknik kuiz

Bahasa Melayu Merentas


Kurikulum
Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid
menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu
secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran
Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah
dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan
strategi penggabungjalinan.
Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan,
Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran
dalam Bahasa Melayu

Pendidikan Jasmani
Kesihatan:
1. Pergerakan menggunakan abjad, suku
kata dan perkataan.
2. Permainan dalaman - dam abjad, suku
kata, perkataan.
3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola
berabjad/ suku kata.

Pendidikan Muzik
1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja,
kanak-kanak.
2. Pergerakan berirama
3. Bunyi-bunyian berirama

Pendidikan Seni
1. Binaan - menggunakan "play dough',
plastesin dsb. membentuk abjad.
2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad,
suku kata.
3. Capan - mengecap bentuk.
4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan
kolaj.

KESAN
Sebagai perkhidmatan untuk kanak-kanak dan keluarga
bagi mengurangkan kesan daripada masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.
Sebagai tindakan mencegah atau pemulihan:
memulihkan masalah sedia ada dan mencegah daripada
berulang atau masalah baru.
Dilaksanakan terhadap kanak-kanak dalam umur
persekolahan atau lebih muda
Sebaik-baiknya dilaksanakan di peringkat yang paling
awal.
Dilaksanakan dalam pelbagai setting sama ada di pusat
khusus, di rumah, di hospital atau secara kombinasi
tempat.

Kesimpulan
Penguasaan kemahiran asas membaca dan
menulis akan lebih berkesan jika murid
mendapat peluang yang luas dan pelbagai
untuk membolehkannya memahami sesuatu
konsep.
Oleh itu adalah menjadi tugas dan
tanggungjawab para guru untuk merancang
pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran
dan aktiviti agar murid dapat memahami apa
yng disampaikan dengan lebih baik.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai