Anda di halaman 1dari 4

EDU 3063 ISL 5: Berdasarkan pengalaman anda di sekolah sewaktu

menjalankan latihan Praktikum, imbas kembali aspek yang dilakukan oleh


guru dalam menangani ketaksamaan peluang pendidikan di bilik darjah yang
terdiri daripada kumpulan minoriti.
Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang
merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini
penting bila murid keluar dari sistem persekolahan kelak, mereka mempunyai
budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang
terdiri dari pelbagai kaum
Untuk merealisasikannya, guru perlu menerapkan amalan-amalan
berikut didalam bilik darjah.Bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah
yang dapat memberikan persekitaran yang membantu keinginan murid untuk
belajar. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan asas,
peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga penting
terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar belakang. Guru
perlu bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini
boleh dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan bangsa
murid yang terdapat di dalam kelas.
Guru juga harus mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut
kaum mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan dan membuat
kumpulan murid mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu berkumpulan
dengan kaum Melayu sahaja. Guru perlu mengambil langkah dengan setiap
murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam
satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka

luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk berinteraksi, langkah


mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak membantu
mereka untuk mempelajari secar tidak langsung mengenai budaya kaum
kaum lain.
Sekiranya didalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial dikalangan
murid, guru harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid
yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu
terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan. Guru harus
bijak dalam menggalakkan murid murid untuk bergaul dengan bebas tanpa
ada sekatan budaya. Guru juga dapat menerapkan nilai murni did lam kelas
yangmempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari
kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta
meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.
Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap
amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan
dari menyentuh atau mempertikaikan amalan kepercayaan murid. Ini penting
sekiranya seorang guru itu mempunyai murid berketurunan Orang Asli yang
mengamalkan amalan nenek moyang mereka. Guru perlu memikirkan dan
merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak tersinggung.
Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai
kepercayaan, guru perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu
sebagai contoh kerana dikhuatiri akan menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh
itu, guru perlu mengetahui dan mengkaji latar belakang murid agar

perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan semua kepercayaan,


nilai, dan agama murid.
Guru harus bijak bertindak sekiranya

berhadapan dengan situasi

dimana berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang


melibatkan kaum yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan
jantina. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk melihat masalah dari sudut
pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi pengantara
apabila konflik menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan
kerjasama dalam kehidupan dan pembelajaran di sekolah.
Antara kemahiran lain untuk menanggani masalah perselihan faham ini
ialah menyatakan pendirian guru, berunding antara pihak yang terlibat dan
membuat keputusan berdasarkan persetujuan murid yang terlibat. Sifat guru
yang adil ketika menanggani permasalahan ini membantu mengelakkan
berlakunya ketidakpuasan hati terutama di kalangan murid yang berbeza
kaum atau berbeza status kelas sosial.
Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititikberatkan oleh guru
ketika mengajar didalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan
sekiranya mempunyai murid yang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan
bahasa standard bagi mengelakkan jurang jika menggunakan bahasa dialek.
Penggunaan bahasa standard akan membuka peluang yang sama rata untuk
murid mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
memudahkan sesi pengajaran kerana murid dapat memahami penggunaan
bahasa murid. Hal ini kerana, jika guru berasal dari Kelantan, dialek Kelantan

perlu dikurangkan apabila mengajar di luar kawasan Kelantan kerana tidak


semuamurid dapat memahami dialek Kelantan dengan baik.
Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan
ialah isu-isu yang melibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih
kasih. Sebagai contoh, guru perempuan bias kepada murid perempuan dan
sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan kerana akan wujudnya jurang diantara
murid. Guru sememangnya harus mengelakkan dari melakukan perkaraperkara

begini.

Selain

itu,

dalam

sesetengah

matapelajaran,

wujud

ketaksamaan peluang antara pelajar permpuan dan pelajar lelaki seperti


matapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan menjadi kebiasaan,
kebanyakan murid lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat melibatkan lebih ramai
murid perempuan. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan
untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki.

Anda mungkin juga menyukai