Anda di halaman 1dari 10

TUTORIAL 5 :

PROGRAM KELAS INTERVENSI


AWAL ( KIA 2M )
Aina Khalisah bt Azami
Alina bt Jamalukhair
Masidar a/p Sudar
PENGENALAN
• Mulai tahun 2006, KPM telah memperkenalkan
Kelas Intervensi Awal Membaca dan
Menulis(KIA2M) bagi memastikan murid-murid
Tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca dan
menulis selepas enam bulan mengikuti
persekolahan.
• bertujuan untuk membantu murid yang belum
menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam
Bahasa Melayu pada tahun satu.
•  terdiri daripada mereka yang lambat atau belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.
KAEDAH
1) Berpusatkan guru
• Guru merancang dan menjalankan tugas
secara individu dan murid akan belajar
berdasarkan apa yang disampaikan dan
diarahkan oleh guru sahaja.
2) Berpusatkan murid
• Murid diberi galakan untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan
sama ada secara individu, kumpulan kecil
ataupun kelas.
3) Berpusatkan bahan
• Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan
telah disusun, sesuai dengan perancangan
yang dibuat.
• Murid diberi penerangan yang jelas tentang
keperluan aktiviti yang akan dijalankan.
PENDEKATAN
• pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga
individu perlu digunakan mengikut kesesuaian
dari segi kebolehan murid, aktiviti yang
dirancang dan juga kemahiran yang hendak
diajar.
1) Pendekatan secara kelas
• dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri
danmeningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti
berkumpulan yang lebih besar.
•  Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di
akhir waktu belajar.
2) Pendekatan secara berkumpulan
• Konsep pengajaran dan pembelajaran
berkumpulan berasaskan kepada perubahan
strategi pengajaran yang berpusatkan guru
kepada strategi yang berpusatkan murid
• Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada
murid yang menghadapi masalah yang sama
atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan
pengajaran dengan menggunakan modul
pengajaran yang disediakan.
3) Pendekatan secara individu
• Guru menumpukan perhatian kepada murid
secara individu bagi membantu membimbing
untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
• Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga
boleh digunakan jika perlu.
TEKNIK
• Pengendalian suatu perancangan untuk
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang
telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.
•  Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah
untuk menarik minat, mengekalkan perhatian
serta membangkitkan rasa ingin tahu murid
untuk mencapai objektif pengajaran guru.
Contoh teknik yang digunakan :
• teknik bercerita
• teknik latih tubi
• teknik tunjuk cara
• teknik bersoal jawab
• teknik main peranan
• teknik menyanyi
• teknik lakonan
• teknik kuiz
KESIMPULAN
• Penguasaan kemahiran asas membaca dan
menulis akan lebih berkesan jika murid
mendapat peluang yang luas dan pelbagai
untuk membolehkannya memahami sesuatu
konsep.
• Oleh itu adalah menjadi tugas dan
tanggungjawab para guru untuk merancang
pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran
dan aktiviti agar murid dapat memahami apa
yang disampaikan dengan lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai