Anda di halaman 1dari 1

Berkaitan topik pengalaman membuat pengucapan awam, saya

dengan rasa berbesar hati ingin mengongsikan beberapa


pengalaman yang saya perolehi semasa mahupun sebelum berada
di Universiti Pendidikan Sultan Idris.Umum mengetahui pengucapan
awam memerlukan keyakinan diri yang amat tinggi untuk berucap
dikhalayak umum.Bagi saya semasa saya berada di alam
persekolahan perkara tersebut pada mulanya agak janggal
berikutan saya tidak terlatih mahupun terdedah dengan
pengucapan tersebut. Walaubagaimanapun, setelah usia semakin
meningkat, langkah demi langkah telah saya lakukan untuk
meningkatkan keyakinan diri berikutan pada usia 18 tahun saya
telah dilantik menjadi ketua pengawas sekolah yang seperti semua
sedia maklum memerlukan saya mempunyai keyakinan untuk
berucap di hadapan pelajar. Setelah daripada peristiwa tersebut
Alhamdulillah keyakinan diri untuk berucap di khalayak ramai
semakin meningkat walaupun tidak dinafikan masih banyak
kekurangan yang perlu diperbaiki.

Anda mungkin juga menyukai