Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya, Nik Mohd Ariff Bin Mad Kholid mewakili pihak bapa saudara saya Tengku
Mohd Yusof Bin Tengku Mamat, ingin membuat aduan ketidakpuasan hati kami
terhadap layanan pihak ETCM Kuala Terengganu.
Baru baru ini, pak cik saya ada menempah sebuah kereta model NAVARA (FULL
SPEC) yg bernilai RM 95 000. Tiada berlaku sebarang masalah semasa proses
pemberian dokumen daripada pihak bapa saudara kepada perunding jualan
(SURINAWATI BINTI HAMZAH). Namun, masalah mula timbul apabila perunding
jualan tersebut/pihak ETCMKT telah membuat tempahan model yang berlainan iaitu
NAVARA STANDARD. Selain itu, perunding jualan tersebut telah membuat
pendaftaran awal terhadap kereta tersebut sedangkan kereta belum sampai di
dealership.
Pihak kami amat tidak berpuas hati dengan cara tersebut kerana pendaftaran
kenderaan dibuat sebelum kereta di terima di dealership. No plat bagi kereta
tersebut telah didaftarkan sebagai QS 47 D. No plat tersebut telah di beli oleh bapa
saudara saya dengan harga RM 2500.
Disebabkan hal yang tidak memuaskan hati bapa saudara saya telah melakukan
pembatalan terhadap pembelian kereta tersebut. Oleh hal demikian, pihak kami
meminta pihak ETCM@ETCMKT membuat pertukaran nama terhadap no plat
berkenaan kepada pihak kami semula atau pihak ETCM@ETCMKT membayar ganti
rugi atas perbelanjaan untuk mendapatkan no plat berkenaan sebanyak RM 2500.
Saya berharap pihak ETCM@ETCMKT dapat menyelesaikan perkara ini secepat
mungkin
Sekiranya pihak ETCM@ETCMKT tidak dapat menyelesaikan perkara ini secepat
mungkin, saya mewakili pihak bapa saudara saya tidak akan ragu-ragu untuk
membawa perkara ini kepada pihak berkuasa.
Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai
Sekian, Terima Kasih
Nik Mohd Ariff Bin Mad Kholid (01125585056)

Anda mungkin juga menyukai